Tidak ramai tahu betapa gilanya John F. Kennedy. Beliau terpaksa jadi gila kerana situasi negara sudahpun gila. Kesatuan Soviet sentiasa di hadapan, meninggalkan Amerika Syarikat dalam keadaan terkejar-kejar. Malah rangkuman ketika itu membayangkan Soviet akan letak stesen angkasa pertama, sebelum Amerika Syarikat.

Jadi Kennedy buat suatu keputusan yang drastik. Beliau mengisytiharkan cita-cita baharu: mendarat di Bulan. Ramai tidak setuju; malahan lebih kurang 58 peratus bancian menentang. Apa yang menarik adalah, NASA sendiri tidak tahu pasal rancangan ini. Mereka tahu kerana mereka tengok TV dengar ucapan Kennedy.

Tuntutan Program Apollo

Semasa awal merancang, pihak White House dan NASA bertikam lidah. NASA bercerita apa yang diperlukan untuk mendarat di Bulan. Perlu bahan api khas. Perlu perisai anti-haba. Perlu itu. Perlu ini. Apabila pegawai White House dengar setiap satu, beliau bertanya “jadi kalau dah dapat semua ni, kita boleh mendarat?”

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ketika itu NASA baru sedar. Ini bukan PR. Ini bukan psy-ops. Ini bukan fakery. Ini benar. Amerika Syarikat mahu mendarat di Bulan. Maka setiap satu benda yang diperlukan kena bina dulu. Bina dari skru dan nat pertama. Basic of basics.

Limpahan Teknologi Luar Biasa

Banyak saja benda yang dicipta dalam dunia ini sebenarnya terjadi secara tidak sengaja. Saya bagi contoh. Ketuhar gelombang mikro (microwave oven) kat rumah tu tercipta selepas Percy Spencer menguji magnetron (tiub vakum berkuasa tinggi). Magnetron ni menghasilkan gelombang yang mencairkan coklat dalam poketnya. Maka Spencer failkan paten bawah “cooking” untuk jual ketuhar gelombang mikro.

Berbalik pada kisah Apollo. Kalian mesti sudah tahu pasal mesin pengimbas magnetik (MRI)? Mesin ini adalah cara paling selamat (noninvasive) untuk memeriksa organm tisu dan tulang. Gambar-gambar diimbas berkualiti tinggi sampai membolehkan doktor kenal pasti sesuatu yang tidak kena, jika ada.

MRI (Liz West/CC BY SA 2.0.)

Teknologi ini walau bagaimanapun tidak lengkap tanpa alat yang membolehkan komputer proses gambar secara digital. Senang kata, tanpa pemproses tersebut, MRI tidak sempurna (tak boleh guna). Dan dari mana MRI tumpang alat pemprosesan? Ya. Pendaratan Bulan.

Untuk mengenal pasti kawasan-kawasan pendaratan, saintis NASA menggunakan gambar Bulan. Gambar mesti resolusi tinggi yang berkualiti. Untuk memperolehi gambar-gambar ini, pihak Jet Propulsion Laboratory mencipta “digital image processing” untuk mempercepat kerja-kerja NASA supaya tidak membazir masa buat benda-benda tidak sepatutnya.

Dalam misi mengejar Soviet, NASA perlu menggandakan usaha agar dapat mencapai misi dengan cepat, selamat dan sempurna. Maka digital image processing ini banyak membantu, terutamanya dalam latihan ketika para angkasawan NASA dilatih seorang saintis Islam bernama Farouk el-Baz.

Farouk el-Baz

Selepas musim Apollo, teknologi ini digunakan pemain-pemain industri perubatan. Mereka mengenakan alat pemprosesan untuk mencapai kesempurnaan MRI. Malah mereka juga guna alat robotik dan pengecilan (miniaturization) untuk menyempurnakan proses pembedahan.

Malah bercakap pasal perubatan, para angkasawan juga diberi latihan untuk menjaga diri. Jika tiba-tiba terkena masalah kesihatan, mana boleh jumpa doktor. Maka para doktor disediakan di stesen untuk berkomunikasi dengan angkasawan. Doktor dan angkasawan berlatih dalam aspek komunikasi, dengan segala data dilombongkan untuk kajian susulan.

Hasilnya? Saintis menemui cara untuk melatih doktor-doktor baharu dari segi komunikasi. Para doktor yang menerima latihan ini didapati sangat bijak berkomunikasi dengan orang yang tidak tahu tentang perubatan. Jika jadi sesuatu, mereka pandai memberitahu dari jarak jauh (melalui telefon) apa yang patut dibuat untuk menyelamatkan orang dalam masalah kesihatan.

Maka sini kalian nampak tak? Tiga perkara ini saya sediakan sebagai contoh-contoh mudah untuk memahami limpahan teknologi. Ada banyak limpahan sebenarnya. Cukup tiga dulu.


Nak jadi macam Farouk el-Baz? Jom kenali saintis-saintis fizik agung yang telah menyumbang bakti pada kita semua. Buku THE PHYSICIST’S ODYSSEY sedia membantu korang. Link: https://bit.ly/3CQNQTH


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply