Şanlıurfa mengejutkan satu dunia. Sebuah bangunan 7 tingkat di Haliliye telah runtuh menyembah bumi.

Gempa bumi 7.8-magnitude direkodkan melanda Turki. Kalau buka youtube atau tiktok, boleh cari balik rakaman tragedi yang disiarkan Urfa TV.

Selain daripada Sanliurfa, daerah lain di Turki yang terkesan ialah Gaziantep, Malatya dan Diyarbakir. Di jalanan Kahramanmaras sahaja, 12 bangunan habis musnah. Bayangkan ramai mana korbannya?!

Pada 8 Februari, jumlah kematian akibat gempa di selatan Turki dan utara Syria mencapai 3,400 nyawa. Manakala 9,622 orang dijumpai cedera dan lebih ramai lagi yang masih terperangkap dalam timbunan batu.

Sanliurfa adalah kampung Nabi Ibrahim. Ia menjadi lokasi dakwah baginda kepada Raja Namrud. Justeru ia tidak sekadar penting bagi anthropologist, bahkan kota Sanliurfa mengandungi nilai sentimental dan sejarah bagi Umat Islam.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kru Jejak Rasul yang biasa kita tengok kat tv sambil tunggu buka puasa, pernah singgah ke Sanliurfa. Boleh cari kat Youtube. Di halaman Masjid Halil-Ür Rahman, tersedia kolam air dipenuhi ikan-ikan yang tak ditangkap orang. Dikatakan lokasi ini menjadi saksi kegigihan dakwah Nabi Ibrahim. Baginda juga dipanggil khalilullah iaitu kekasih Allah. Ada yang mengatakan panggilan ini kerana baginda takkan menjamah makanan kecuali secara berjemaah. Maka kerana menjaga kasih sayang sesama manusia, Allah menaikkan darjat Nabi Ibrahim sebagai kekasih Allah.

Barangkali, di sinilah medan debat Nabi Ibrahim yang masyhur itu:

Ketika bintang terbenam, baginda berkata, ”Aku tidak suka kepada yang terbenam.” Masa bulan terbenam baginda jelaskan, “Sungguh, jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat.” Bila matahari pulak tenggelam, Nabi Ibrahim terus bersaksi, “Wahai kaumku! Sungguh aku berlepas diri apa yang kamu persekutukan. Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh kepasrahan mengikuti agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang musyrik.”

Berdekatan kolam ikan di Masjid Halil-Ür Rahman ini, berdiri tiang-tiang putih. Sesetengah orang mendakwa di situlah tapak api yang dinyalakan untuk membakar Nabi Ibrahim. Bagaimanapun pengkaji sejarah menafikan hal tersebut kerana tiang-tiang itu didirikan selepas zaman Rasul tersebut.

Masjod Mavlid Halil (Bernard Gagnon/CC BY SA 3.0.)

Jumlah orang awam yang cedera naik kepada 8,533 di Turki dan 1,089 di Syria. Seperkara lagi yang dirisaukan selain nyawa adalah tinggalan sejarah. Bangunan lama khazanah bangsa menjadi simbol kegemilangan nenek moyang terdahulu. Dinding-dinding berdebu itu semuanya saksi bisu. Sepertimana nyawa manusia yang takkan mampu dikembalikan lagi, kompleks bersejarah juga takkan boleh ditukar ganti. Gempa bumi meruntuhkan menara tinggi dan dinding kukuh tanpa sedikit pun ihsan.

Hampir 2 jam jarak perjalanan dari Sanliurfa, terdapat Istana Gaziantep yang sudah berdiri sejak zaman Rom. Maharaja Byzantine, Justinian I meluaskan temboknya dan ditambah dengan lapisan pertahanan. Kerajaan Hittiten pernah menggunakannya sebagai menara pemerhati. Angkara gempa bumi, sebahagian tembok luar Istana runtuh. 5,000 nyawa terkorban di hari tersebut.

Masjid Sirvani yang dibina abad ke-17 turut mengalami kerosakan. Begitu juga Masjid Yeni Cami. Kubu Diyarbakir dan Hevsel Gardens Cultural Landscape ikut nyaris musnah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply