Dunia sekarang sedang pulih daripada kesan penjajahan terdahulu. Macam-macam sebenarnya terjadi pada hari ini berpunca daripada kegiatan penjajah. Tetapi kesan sebegini tidak tertumpu pada negara-negara merdeka seperti Malaysia semata-mata. Hari ini Ratu Elizabeth menjadi ketua negara dalam banyak negara. Dan demikian hari seorang ahli politik Australia menggunakan kebebasan bersuara untuk menyatakan isi hatinya.
Lidia Thorpe memenangi pilihan raya 21 Mei lalu dan semasa mengangkat sumpah dalam dewan politik, beliau menambah dua perkataan yang menggegarkan Australia. Lafaz sumpah yang sepatutnya adalah seperti berikut:
“Aku bersumpah pada nama Tuhan Yang Maha Besar yang aku akan berlaku setia dan taat seperti diminta Oath of Allegience pada Ratu Elizabeth II.”
Namun Lidia melafaz:
“Aku bersumpah pada nama Tuhan Yang Maha Besar yang aku akan berlaku setia dan taat seperti diminta Oath of Allegience pada penjajah Ratu Elizabeth II.”
Dalam bahasa Inggeris, penjajah disebut “the colonizer” (dua patah perkataan). Dan dua ini sudah cukup untuk merencanakan perbincangan baharu yang memperluas dimensi kemerdekaan.
Status Australia Sebagai Negara Merdeka
Kepimpinan Ratu Elizabeth II menuruti cara “jangan masuk campur”. Sistem baginda bina memecahkan kuasa monarki dan institusi politik. Jadi semua bala politik tidak menyentuh monarki. Politik Australia juga tiada kena mengena dengan politik United Kingdom, kedua-duanya bersifat sama rata tanpa sebarang pengaruh yang mampu tanding-menandingi. Sama juga antara United Kingdom dengan Canada, New Zealand dan Papua New Guinea.
Untuk faham apa yang diceritakan, kalian dijemput beli buku POLITIK UNTUK PEMULA. Dalam buku ini, kami bercerita banyak pasal monarki, republik, demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Buku ini boleh dibeli melalui https://bit.ly/3vK4xw5.
Walaupun jadi Ketua Negara (Head of State), Ratu Elizabeth sebenarnya tidak berkuasa. Setiap negara baginda ‘berkuasa’ ada jawatan khas – Governor-General, yang ikut ciri-ciri hanyalah ‘Wakil Monarki’. Mengikut perlembagaan, Governor-General inilah sebenar-benarnya Panglima Tertinggi (Commander-in-Chief). Macam Malaysia misalnya, Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Monarki, Panglima Tertinggi dan Ketua Negara. Kira dalam Australia, pihak Governor-General inilah jawatan paling tinggi.
Terpisah Tetapi Sama
Mengikut Majlis Perlembagaan, seorang Governor-General berkuasa selama lima tahun sepenggal. Selalunya penyandang jawatan ini bertukar-tukar setiap penggal. Tetapi semuanya atas Ratu Elizabeth II. Jadi secara rasmi, Elizabeth II tetap berkuasa di Australia. Mungkin itulah dalam mata Lidia Thorpe, yang sememangnya panas dengan identiti negara Australia. Beliau pernah saja cakap yang beliau masuk politik untuk ‘mencerobohi’ Parlimen kerana bendera Australia tidak layak untuk berada di situ (Graham, 2022).
Mana tidaknya – darah beliau mengalir baka peribumi seperti suku DjabWurrung, Gunnai dan Gunditjmara. Ibunya pernah mentadbir siasatan Stolen Generations, yang menyelidik kezaliman British terhadap warga peribumi sampai ada definisi “kanak-kanak kasta tengah” (Read, 2006). Jadi semangat anti-establishment memang panas dalam jiwanya.
Selepas menggelar Elizabeth penjajah, banyak media gigih membuat laporan dan liputan. Dan Lidia menggunakan sensasi ini untuk menguar-uar siasatan Stolen Generations di peringkat Senat. Jadi usaha direncanakan ibundanya bersambung sekarang dalam Dewan Senat Australia. Dan hujahnya jelas: “apabila wanita kulit cerah (white women) mati dibunuh, mesti masuk muka depan sampai ada perhimpunan dan dokumentari bagai. Tetapi apabila wanita kulit gelap (Indigenous women), tiada siapa kisah.”
Apa yang berlaku sekarang jelas – dunia sedang pulih daripada kesan penjajahan. Dan Lidia adalah figura yang menggunakan kebebasan bersuara sebagai semak-imbang. Syarikat media pun sama. Demikian hari Ms. Marvel tunjuk macam mana peritnya hidup pada penghujung zaman penjajahan British di India. Memang kena terima sajalah, jawabnya.
Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF
RUJUKAN:
Graham, B. (2022, Jun 23). Greens senator Lidia Thorpe said she is ‘here to infiltrate’ Australia’s Parliament. News AU.
Read, P. (2006). The Stolen Generations: The Removal of Aboriginal Children in New South Wales 1883 to 1969. NSW.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih