Namanya menjadi legenda di dalam sejarah China kerana beliau memegang kuasa sebagai kaisar perempuan yang pertama dan terakhir yang pada awalnya hanya memerintah sebagai de’ facto akhirnya menjadi kaisar yang berkuasa mutlak menumbang kesemua lawan politiknya & membina dinastinya sendiri. Bagaimana seorang perempuan yang pada asalnya dari gundik istana yang biasa menjadi kaisar yang diiktiraf oleh para ahli sejarah sebagai salah seorang kaisar yang sebaris dengan Kaisar Qin Shi Shuang dari Dinasti Qin.
PENGENALAN
• Wu Zhen dilahirkan di sebuah desa Wenshui yang berada di dalam wilayah Shanxi pada tanggal 17 Februari 624 M.
Pendapat lain mengatakan, beliau dilahirkan di sebuah kawasan kota diraja di ibukota Chang’an (Xian).
• Ayahnya, Wu Shihuo adalah seorang menteri, kaunselor & gabenor di Yangzhou, Lizhou serta Jingzhou yang penting di dalam pemerintahan Dinasti Tang.
Wu Zhen diberikan pendidikan yang cukup dari ayahnya memandangkan keluarganya berasal dari keturunan bangsawan yang dihormati oleh para pemerintahan & para pegawai di dalam Dinasti Tang.
• Dari kecil, Wu Zhen suka membaca pelbagai jenis buku, mempelajari selok-belok politik negara waktu itu, menulis puisi & bermain muzik.
Atas bakatnya yang cemerlang dalam pembelajaran & cantik, Wu Zhen dijadikan gundik istana pada umur 14 tahun.
STRATEGI WU ZHEN.
1) MENJADI ORANG KEPERCAYAAN MAHARAJA TAIZONG.
Pada waktu ini, Wu Zhen menjadi gundik istana yang melayani Maharaja Taizong & atas kebijakkan Wu Zhen mempamerkan segala kehebatannya di dalam ilmu pengetahuan, baginda melantik Wu Zhen sebagai pembantu peribadinya dengan pangkat Cairen iaitu pangkat yang kelima dari kesembilan dalam sistem pegawai diraja Dinasti Tang.
• Ketika Wu Zhen menjadi pembantu peribadi Maharaja Taizong, beliau mempelajari segala selok-belok pemerintahan baginda di istana dan sambil itu juga, Wu Zhen mencuba nasib menarik perhatian anak Maharaja Taizong yang kesembilan, iaitu Putera Li Zhi (bakal Maharaja Gaozong).
Pendapat lain mengatakan, pada masa ini Wu Zhen menyingkirkan para gundik istana yang lain untuk menempati posisi yang paling rapat dengan Maharaja Taizong dengan membunuh & memfitnah mereka dengan pelbagai tuduhan yang dapat membuatkan Maharaja Taizong membuang mereka semua dari istana.
• Maharaja Taizong sangat menyayangi Wu Zhen sehingga baginda memberikan gelaran kepadanya dengan gelaran Wu Mei yang bermaksud cantik.
• Walaupun hubungan mereka sangat mesra, tetapi Wu Zhen tidak sempat melahirkan zuriat buat Maharaja Taizong.
Dalam sekitar tahun 649 M, Maharaja Taizong meninggal dunia & Wu Zhen dihantar ke kuil Ganye untuk dijadikan sami sepenuh masa yang melayani Budhha.
Ini kerana pada masa itu, gundik istana yang tidak dapat melahirkan keturunan melalui darah maharaja yang dilayaninya, akan dipindahkan ke kuil & mengabdikan diri pada Buddha buat selama-lamanya.
2) MENJADI PERMAISURI.
Setelah Putera Li Zhi menaiki takhta menggantikan ayahandanya, beliau memakai gelaran nama Maharaja Gaozong & mengeluarkan perintah supaya Wu Zhen dipanggil kembali berkhidmat sebagai gundik di istana untuk melayaninya.
• Pada masa ini, isterinya, Permaisuri Wang & gundik pertamanya, Xiao bertungkus lumus menguruskan pertukaran Wu Zhen untuk kembali ke istana.
Akhirnya Wu Zhen kembali ke istana & menjadi gundik yang melayani Maharaja Gaozong.
• Dengan segala kecerdikkan yang ada pada dirinya, Wu Zhen dapat menempatkan dirinya kembali dalam posisi gundik istana yang paling disayangi oleh baginda & digelar oleh baginda sebagai Zhao Yi ( iaitu pangkat gundik yang kedua daripada kesembilan gundik yang disayangi ).
• Kiranya pada masa ini, posisi Wu Zhen adalah :
1) Permaisuri Wang.
2) Gundik pertama, Xiao.
3) Gundik kedua, Wu Zhen.
• Menurut pendapat lain, Wu Zhen bukan sahaja mengharapkan anugerah gelaran yang istimewa, melainkan beliau juga bernafsu untuk mendapatkan kuasa memerintah.
• Pada tahun 652 M, Wu Zhen melahirkan anak pertamanya & dinamakan sebagai Putera Li Hong lalu menyusul pada tahun 653 M, Wu Zhen melahirkan anak kedua yang dinamakan pula sebagai Putera Li Xian III.
• Dengan kelahiran dua orang putera hasil hubungan Maharaja Gaozong & Wu Zhen maka gundik Xiao diturunkan pangkat menjadi gundik kedua.
Walaupun gundik Xiao mempunyai seorang anak, tetapi bilangan anak yang dilahirkan oleh Wu Zhen membuatkan Maharaja Gaozong lebih menyayangi Wu Zhen, manakala Permaisuri Wang tidak dapat memberikan zuriat kepada Maharaja Gaozong.
• Permaisuri Wang & gundik Xiao yang cemburu dengan hubungan mesra diantara Maharaja Gaozong dan Wu Zhen merancang satu pakatan untuk menyingkirkan Wu Zhen daripada istana.
Tetapi pakatan ini disedari oleh Wu Zhen & beliau mula merancang strategi lain untuk menyingkirkan dahulu kedua orang ini dengan mengadu hal ini pada baginda.
• Pada tahun 654 M, Wu Zhen melahirkan seorang bayi perempuan.
• Wu Zhen mengambil kesempatan ini dengan membunuh bayi perempuannya sendiri & menciptakan suatu tuduhan yang mengatakan Permaisuri Wang berkomplot dengan gundik Xiao membunuh bayi perempuannya kerana mereka cemburu melihat kemesraan di antara Maharaja Gaozong dan Wu Zhen.
Kejadian ini sampai ke telinga Maharaja Gaozong & baginda menjatuhkan hukuman dibuang dari istana ke atas Permaisuri Wang serta gundik Xiao.
• Pendapat lain mengatakan pada masa ini, Permaisuri Wang yang merupakan isteri pertama baginda bersaing dengan Wu Zhen dalam menempati posisi untuk menjadi permaisuri yang tunggal.
• Setelah itu, Maharaja Gaozong menawarkan kepada Wu Zhen untuk menempati posisi permaisuri menggantikan Permaisuri Wang.
Dengan itu, pada tahun 655 M, Maharaja Gaozong berkahwin dengan Wu Zhen dan beliau menjadi permaisuri dengan memakai gelaran Permaisuri Wu Zetian.
• Setelah menjadi permaisuri, Wu Zhen mengupah seseorang untuk membunuh Permaisuri Wang & gundik Xiao setelah Maharaja Gaozong memberikan pengampunan kepada mereka berdua.
3) MENGAMBIL ALIH SEBAHAGIAN KUASA MEMERINTAH.
• Pada tahun 660 M, Maharaja Gaozong telah diserang penyakit mata & susulan itu juga, sebahagian badan baginda lumpuh.
• Wu Zhen mengambil kesempatan ini untuk mengambil alih sebahagian kuasa pemerintahan dengan menguruskan hal ehwal negara & mahkamah di bawah pengendaliannya serta Maharaja Gaozong merestui tindakan beliau.
• Dikatakan 90% segala hal negara diuruskan oleh Wu Zhen & ini menjadikan beliau sebagai de’facto pada peringkat pertama dengan kuasa yang setaraf dengan baginda sehingga pada tahun 705 M.
• Pada tahun 674 M, Maharaja Gaozong menukar gelaran dirinya kepada Tian Huang (Maharaja Syurga ) & Wu Zhen juga menukarkan gelaran dirinya kepada Tian Hou (Permaisuri Syurga.
Tetapi, rakyat menggelarkan mereka dengan penggilan nama Er Sheng (Dua Tuhan).
• Wu Zhen juga menjadi tulang belakang dalam kepimpinan merangka strategi perluasan kuasa Dinasti Tang dengan bersekutu dengan kerajaan Silla menumpaskan kerajaan Goguryoe dalam perang Goguryoe – Tang bermula dari tahun 645 M sehingga tahun 668 M di semenanjung Korea & berpaling pula menumpaskan kerajaan Silla dalam perang Silla-Tang dari tahun 674 M sehingga 679 M.
• Pada tahun 683 M, akhirnya Maharaja Guozong meninggal dunia & dengan pantas Wu Zhen mengangkat dua orang anaknya, Putera Li Xian III & Putera Li Dan sebagai pewaris takhta Dinasti Tang.
4) MENJADI PEMERINTAH.
• Putera Li Hong diangkat menjadi raja dengan gelaran Maharaja Ruizong tetapi kuasa memerintah masih dipegang oleh Wu Zhen – kuasa de’facto peringkat kedua.
Tetapi pada tahun 690 M, terjadi konflik kuasa & Maharaja Ruizong telah digulingkan dari takhta oleh Wu Zhen sendiri setelah baginda tidak mendengar perintah ibunya.
• Wu Zhen ingin mengangkat putera yang lain, Li Xian III untuk menjadi maharaja tetapi pada masa itu Li Xian III belum berminat untuk memangku tugas sebagai pemerintah kerana masih mentah & ini memberikan peluang untuk Wu Zhen mengangkat dirinya sebagai kaisar dengan alasan mengawal pemerintahan sementara menunggu Li Xian III layak memerintah negara.
• Pada tahun yang sama, Wu Zhen mengangkat dirinya sebagai maharaja dengan gelaran Kaisar Wu Zetian & baginda memulai kuasa pemerintahnnya yang pertama selama 3 tahun dengan kuku besi.
5) MEMUSNAHKAN KESEMUA MUSUHNYA.
• Period waktu 3 tahun pada masa awal pemerintahannya berjalan dengan keganasan & pembersihan musuh politiknya termasuk pembunuhan ke atas para pegawai istana & ahli keluarga yang menentangnya secara terang-terangan mahupun secara sembunyi.
• Wu Zhen menubuhkan pasukan perisik yang akan membantunya untuk menumpaskan kesemua musuhnya.
• Baginda membunuh kesemua 15 baris keturunan ahli keluarganya dengan cara memanggil mereka satu-persatu ke ruangan singgahsananya pada malam hari dan memberikan kepada mereka sebilah pisau atau pedang serta memerintahkan mereka supaya membunuh diri di hadapannya dengan tuduhan memfitnah Kaisar Wu Zhen.
• Padahal Wu Zhen sendiri mencipta tuduhan itu dengan memfitnah para tertuduh dengan bukti-bukti yang sengaja dikumpulkan oleh para perisik yang diupah olehnya sendiri.
Ada sebahagian para tertuduh yang sememangnya berniat mahu membunuh Wu Zhen diseksa dengan seksaan kejam dengan para perisiknya sendiri sebelum dibunuh.
• Dua orang perisik yang pernah bekerja dengannya, Wao Ganjun & Lai Junchen menuliskan sebuah catatan berkaitan bagaimana Wu Zhen mencipta tuduhan fitnah terhadap mangsanya & bagaimana cara seksaan serta pembunuhan yang dijalankan oleh mereka di dalam ‘Manual Pertuduhan’.
Salah satu seksaan yang paling tidak berperikemanusiaan adalah ‘Dying Swine Melancholy’ yang dimana anggota tubuh para mangsanya dikerat satu persatu & mereka disuruh menelan cebisan anggota badan itu serta mereka dibiarkan bergelumang di dalam sisa kumbahan mereka sendiri.
• Beberapa pemberontakan para bangsawan, para tentera, para pegawai istana juga berlaku & ianya berjaya dipatahkan dengan kebijakkan Wu Zhen.
• Menghapuskan seluruh pengaruh bangsawan yang berkuasa pada masa itu.
• Mengharamkan fahaman Confuciusme yang melarang perempuan untuk berkuasa & mengangkat agama Buddha serta fahaman Taoisme yang lebih menyokong kekuasaan seorang wanita diperbolehkan.
6) MENUBUHKAN DINASTI SENDIRI.
• Setelah menjalankan 3 tahun pemerintahan dengan kekejaman maka pada tahun 693 M, Wu Zhen menubuhkan dinasti sendiri menggantikan Dinasti Tang iaitu Dinasti Zhou.
7) PEMBAHARUAN WU ZHEN.
• Wu Zhen juga ialah seorang wanita yang berani melakukan pembaharuan. Ketika di zaman pemerintahannya, beliau melakukan banyak pembaharuan termasuk di dalam bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan & pertahanan negara.
• Di bidang pendidikan, Wu Zhen menaiktaraf sistem peperiksaan Keju yang pada asalnya telah diasaskan sejak zaman Dinasti Sui.
Para pegawai yang dilantik oleh Wu Zhen diwajibkan untuk menduduki peperiksaan ini sebelum ditawarkan bekerja dalam pemerintahannya.
• Peperiksaan ini diadakan secara besar-besaran di seluruh sekolah mahupun institusi tinggi & sesiapa yang berjaya melepasi ujian ini akan dilantik menjadi pegawai kerajaan mengikut bidang keahlian yang telah ditetapkan.
• Wu Zhen memanggil atau menjemput seluruh ahli cendekiawan dari pelbagai wilayah untuk bertandang ke negaranya & bakat mereka amat diperlukan Wu Zhen dalam melicinkan sistem pentadbirannya.
Setiap ahli cendekiawan yang terpilih akan dilantik menjadi pegawai kerajaan selepas mereka melalui proses peperiksaan.
Para ahli cendekiawan yang terpilih akan dianugerahkan dengan pelbagai hadiah, pangkat kebesaran & ahli keluarganya akan diberikan penghormatan yang besar serta istimewa dari Wu Zhen.
• Di dalam bidang ekonomi, Wu Zhen menaiktaraf sektor pertanian dengan memberikan tanah percuma kepada rakyatnya untuk bercucuk tanam & menurunkan bayaran cukai.
• Wu Zhen akan melantik pegawai yang terpilih untuk mentadbir wilayah-wilayah yang ditetapkan khas untuk pertanian & pegawai yang berjaya menaikkan hasil pertanian dengan banyak di kawasan yang ditadbir olehnya akan diberikan ganjaran berupa hadiah tanah atau harta dari Wu Zhen.
Dicatatkan, pada zaman pemerintahan Wu Zhen, hasil pertanian meningkat secara drastik dengan peningkatan dari angka 3.8 juta ke angka 6.2 juta.
• Wu Zhen yang anti-rasuah akan memecat atau menghukum bunuh ke atas mana-mana pegawai kerajaan yang diketahui sengaja menaikkan kadar bayaran cukai kepada rakyatnya.
Ini membuatkan kekuatan ekonomi pada zaman pemerintahan Wu Zhen stabil, bekalan makanan yang mencukupi & tiada kebuluran yang terjadi.
• Di bidang pembangunan, Wu Zhen membina atau menaiktaraf bangunan yang sedia ada seperti hospital, kawasan persinggahan para pedagang dari luar, kawasan perdagangan & kawasan penempatan penduduk.
• Di bidang pertahanan negara, Wu Zhen menaiktaraf sistem ketenteraan dengan melantik para tentera yang paling banyak berjasa, cekap & mahir menjadi jeneral perang.
Wu Zhen juga memecat jeneral perang yang suka berfoya-foya, membuatkan kekacauan di dalam masyarakat atau menjadi pengkhianat.
Jeneral yang diketahui berkhianat kepadanya akan ditangkap, diseksa & dibunuh dengan kejam.
• Wu Zhen tidak memandang status ahli keluarga mereka melainkan beliau hanya memandang kepada bakat tentera yang paling banyak memberikan idea dalam merangka strategi peperangan & pertahanan.
• Beliau juga memperbaiki hubungan dengan negara lain seperti menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang berada di sekitarnya.
• Setelah memperbaiki hubungan di antara negara-negara di China & menguatkan pertahanan negara di benteng utara dan selatan, Wu Zhen membuka kembali Jalur Sutera yang biasa digunakan oleh para pedagang yang datang dari negara bahagian Timur & Barat ke negara China.
• Wu Zhen dengan kekuasaan yang mutlak & kecekapannya dalam mentadbir dinasti baharunya dengan pelbagai pembaharuan membuatkan para musuhnya sentiasa berjaga-jaga dengan segala tindak tanduknya.
8) PENETAPAN PEWARIS TAKHTA.
• Pada musim sejuk tahun 704 M, Wu Zhen mula jatuh sakit.
• Sakitnya semakin parah pada tahun berikutnya,705 M ketika musim bunga.
Berikutan sakitnya yang semakin parah, para menteri memaksa beliau untuk turun dari takhta.
• Wu Zhen mengangkat anaknya, Li Xian III sebagai pewaris takhta pada tanggal 23 Februari 705 M dengan memakai gelaran Maharaja Zhangzong.
Maharaja Zhangzong menghapuskan kembali nama Dinasti Zhou & menggantikan semula dengan nama Dinasti Tang.
• Pada keesokan harinya, 24 Februari 705 M, di bawah arahan Maharaja Zhanzhong, Wu Zhen telah dipindahkan dari istananya ke istana Shangyang.
• Wu Zhen menghabiskan sisa hidupnya di istana Shangyang sehingga pada tanggal 16 Disember 705 M, beliau telah meninggal dunia setelah lama menderita penyakit dalaman.
• Wu Zhen dimakamkan di permakaman diraja di Makam Qianling berdekatan dengan makam suaminya, Maharaja Gaozong.
Kedua makam ini berhampiran dengan kota Chang’an di atas bukit Liang.
PENDAPAT LAIN
1) Dalam kes pembunuhan ke atas anaknya, Wu Zhen sebenarnya tidak membunuh anaknya melainkan anaknya mati disebabkan sesak nafas atau keracunan udara yang bercampur dengan karbon monoksida kerana pada masa itu, ruangan bilik di istana dipanaskan dengan pembakaran arang & sistem saluran udara di istana pada waktu itu sangat buruk.
2) Anaknya memang mati dibunuh oleh Permaisuri Wang kerana perasaan dengki & peristiwa ini disaksikan oleh para gundik yang lain.
Gundik-gundik ini menjadi saksi di hadapan Maharaja Gaozong ketika kes pembicaraan di mahkamah.
3) Wu Zhen menggunakan ramuan racun yang diperbuat dari badan ulat sutera & mencampurkan ramuan ini ke dalam bancuhan susu.
Pendapat lain juga mengatakan, Wu Zhen menggunakan sejenis bulu burung ‘rare’ untuk membunuh anaknya.
4) Wu Zhen juga bukan sahaja merupakan seorang kaisar perempuan pertama melainkan sebelum pemerintahannya terdapat dua orang lagi kaisar perempuan yang pernah memerintah iaitu, Permaisuri Yuan Shi dari Dinasti Wei Utara & Permaisuri Chen Shuozhen dari Dinasti Wan.
Tetapi pendapat lain menyanggah kenyataan ini kerana dua permaisuri ini hanya sebagai de’facto atau sebagai simbol tanpa kuasa memerintah.
5) Pada tahun 690 M, bersamaaan Wu Zhen membina dinasti baharunya, Dinasti Zhou, beliau memakai gelaran Huangdi.
Gelaran Huangdi hanya pernah dipakai oleh Maharaja Qin Shi Huang dari Dinasti Qin.
6) Sepanjang tempoh pemerintahannya, Wu Zhen mengenakan jubah diraja berwarna kuning keemasan & dia merupakan satu-satunya perempuan yang menyarungkan jubah ini.
7) Wu Zhen membunuh anaknya, Maharaja Raizong dengan meracuninya.
Pendapat lain juga mengatakan, Wu Zhen membunuh Maharaja Raizong dengan kaedah ‘bunuh diri’ di ruangan singgahsana istana.
Kesimpulannya, tempoh waktu pemerintahan Wu Zhen dikenali sebagai tempoh pembaharuan di dalam pelbagai bidang, negaranya mencapai waktu kemakmuran yang tinggi & beliau merupakan satu-satunya kaisar perempuan yang berjaya mengawal kuasa tanpa dari telunjuk orang lain. Wu Zhen juga dikenali di dunia sebagai ‘Cleopatra dari China’.
Sumber Rujukan :
1) Lam Woo-Kong, Empress Wu Zetian: An Example of Female Power Which Remains Relevant Today, South China Morning Post, 15 Dis.2016.
2) Empress Wu Zetian in Fiction & in History, Dora Shu-Famg Dien, 2003.
3) The Ideal Chinese Political Leader : A Historical & Cultural Perspective, Xuezhi Guo.
Sumber gambar : Empress of China – Drama.
– TAMAT –
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih