Masa mula-mula Khilafah Abbasiyah merampas takhta daripada Bani Umayyah, berlaku sebuah massacre dalam majlis makan malam diraja. Dah macam The Red Wedding, GOT!

Abu al-Abbas al-Saffah digelar penumpah darah. Kenapa? Kerana pemberontakan Abbasiyah telah menumpahkan banyak darah anggota dinasti Umayyah. Sejak zaman Arab Jahiliah lagi, Bani Umayyah menguasai pemerintahan kerajaan di Mekah. Segala-galanya berubah pada tahun 749 Masihi.

Setelah menawan ibukota, Al-Saffah menjemput kerabat diraja Bani Umayyah untuk makan malam istimewa. Mereka dijamukan makanan yang lazat dan menyelerakan. Selepas mereka kekenyangan, berlakulah sebuah mimpi ngeri. Pembunuh upahan yang dari tadi bersembunyi di sebalik tiang, langsir dan luar dewan makan, lantas keluar menyerang. 80 orang kerabat Umayyah mati disembelih tanpa belas kasihan.

Al-Saffah telah mengkhianati janji untuk memberi keselamatan kepada mereka. Pertumpahan darah ini dianggap penting, demi melunaskan dendam gerakan revolusi kepada keluarga Umayyah. Nasibi, iaitu golongan yang membenci dan membunuh Ahli Bait akhirnya tumpas di tangan revolusi.

Tidak cukup dengan itu, kubur-kubur khalifah dan kerabat Bani Umayyah turut dicemarkan. Mereka menggali dan membuang tulang belulang di tempat sampah. Kecuali sebuah sahaja kubur yang dibiarkan, iaitu makam Umar bin Abdul Aziz. Dia merupakan khalifah yang berjasa menamatkan caci-maki kepada Saidina Ali dan Ahli Bait di atas mimbar khutbah.

Satu-satunya keturunan diraja Umayyah yang terselamat adalah Abdul Rahman al-Dakhil. Dia digelar Helang Bangsa Quraisy. Dengan pantas dan berhati-hati, Abdul Rahman pergi ke Andalusia, Sepanyol yang ketika itu di bawah jajahan Bani Umayyah. Setibanya di sana, dia mendapat baiah setia daripada gabenor dan mengukuhkan kuasanya di Semenanjung Iberia itu.

Khalifah Abbasiyah yang baru, Abu al-Abbas al-Saffah tidak berdiam diri.

Dia menghantar bala tentera dan pembunuh untuk menghapuskan Abdul Rahman. Namun, kesemuanya menemui kehampaan. Usaha untuk menamatkan riwayat hidup Bani Umayyah berterusan sehingga ke zaman Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur. Pada satu masa, al-Mansur terkejut menerima sebuah bungkusan berdarah. Apabila dibuka, ia berisi kepala jeneral yang dihantar untuk membunuh Abdul Rahman.

Maka, al-Mansur mengatakan, “Aku bersyukur kepada ALLAH kerana meletakkan lautan yang memisahkan aku dan syaitan itu!”

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Banyak lagi sejarah Islam yang menarik untuk korang kaji! Bongkar lagi dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Klik: https://shp.ee/5ok8kt3


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply