Sedang membaca komen orang ramai pasal tinggalan penjajah di bumi Melaka, saya perasan satu angle menarik tentang orang Melayu sendiri. Benar, negeri yang dinamakan sempena empayar agung Melayu sekarang mengangkat simbol-simbol penjajah. Tidak banyak unsur sejarah Melayu dikenang, sampai ramai sangka Melaka berperang dengan keris dan tombak semata-mata.

Jadi orang ramai pun mengambil langkah untuk tegur secara umum. Katanya sejarah Melayu didiamkan. Diamnya sejarah bermakna budaya dibunuh. Walau bagaimanapun, sedar tidak – orang kita sendiri sedang gigih membunuh budaya Melayu.

Bertempik terhadap kesalahan orang memang senang. Hentam kerajaan lebih rela angkat simbol penjajah pun senang. Namun cuba fikir balik – apa kebudayaan Melayu sedia ada yang sedang terhakis? Saya beri satu contoh mudah yang mungkin ramai akan pandang lawak. Cuba tengok kuih-muih sendiri. Tanya pada diri sendiri sekarang… apa perkataan sesuai untuk menterjemah “kuih” dalam bahasa Inggeris?

Kuih lapis berwarna-warni (Yun Huang Yong/CC BY 2.0).

Cake? Bukan. Kuih bukan kek. Delicacy? Benar. Kuih sememangnya sebuah delicacy. Namun delicacy bermaksud makanan rumit dan unik dari segi nilai kebudayaan. Jadi khinkali juga adalah delicacy Georgia… bliny pula delicacy Rusia. Dan sebagainya. Senang cakap, kuih tiada perkataan khas dalam bahasa Inggeris. Kuih adalah kuih, sesuatu yang unik dalam ras Melayu sendiri. China juga begitu. Bangsa Cina turut mempunyai kuih-kuih tersendiri, seperti mooncake misalnya. Namun kita kekalkan perbincangan dalam konteks Melayu dulu.

Kerosakan Kronik Pada Kuih Melayu

Saban dekad, kita banyak dengar pasal “karipap inti oksigen”. Sekali sekala cakap, memang lawak. Kerana semua orang boleh relate dengan benda tersebut. Kos sara hidup semakin meningkat membuatkan peniaga kurang letak inti. Sampai lingkup rasa karipap itu sendiri. Satu dua peniaga buat, tiada masalah. Tetapi ramai peniaga buat dalam banyak negeri di Malaysia? Itu memang membinasakan. Belum lagi ambil kira kuih-kuih Melayu semakin kurang kualiti. Kuih yang patut sedap dibuat secara ala kadar, bagi menjimatkan kos semata-mata untuk mengejar keuntungan.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sudah pasti setiap perniagaan harus mendapat untung. Namun bak kata Gordon Ramsay, tak masuk akal kalau rendahkan “standards” semata-mata untuk cari duit. Kenapa agaknya orang ramai dengar “Beef Wellington” terus terbayang hidangan rumit yang sempurna? Kerana peniaga gigih hidang beef wellington dengan sempurna seperti berikut:

Padahal ada saja beef wellington yang bukan main teruk.

Bagaimana jika majoriti peniaga merosakkan kesempurnaan beef wellington? Tidak perlu agung-agungkan sangat luar negara. Ada saja peniaga yang hidang beef wellington secara ala kadar. Namun kalau kita berlaku jujur pada diri sendiri, bayangan dunia pada beef wellington adalah hidangan yang sempurna. Bukan hidangan ala kadar.

Jika ala kadar dijadikan sandaran, buruk padahnya. Makin lama, orang ramai akan sangka… inilah beef wellington yang betul. Apabila kerosakan dinormalisasikan, ala kadar menjadi “standards” baru. Beef wellington yang sempurna menjadi “kayangan”. Mereka menjaga kesempurnaan beef wellington, hingga ke tahap Ramsay sendiri berlakon menangis apabila ada orang perdajal resepinya:

Jadi kembali kepada topik kuih. Apa sangkaan (expectation) orang ramai ketika membeli kuih Melayu? Kuih yang sempurna. Tetapi apabila dapat karipap inti angin dan kuih-kuih lain yang kurang kualiti, macam mana reaksi orang ramai? Hidup macam biasa. Layankan saja. Benda dah beli. Nak buat macam mana?

Benar. Daripada pihak peniaga, ada asasnya. Mereka perlu naikkan harga untuk kekalkan kualiti kerana kenaikan harga mentah. Apabila harga kuih naik, mereka khuatir orang tidak beli. Ini pun masalah. Pelanggan juga kena buka otak dan galakkan peniaga naik harga… asalkan kualiti terjamin. Masalahnya, ada peniaga sengaja naik harga tetapi kualiti lemah pula. Jadi tarik tolak, kuih lingkup jua.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Benda ini jangan dipandang enteng. Kuih Melayu adalah wadah fizikal yang jelas bercerita tentang budaya Melayu. Dengan nilai sejarah masih lemah, budaya Melayu fizikal sangat penting untuk mengapungkan bangsa dalam menghadapi perubahan moden. Tanpa budaya, tubuh hanyalah berjasad kosong.


Budaya Melayu tidak terhad pada makanan semata-mata. Benar, gula dalam kuih Melayu ternyata tinggi. Tetapi gula dalam hikayat-hikayat Melayu boleh memaniskan hati kita untuk mencintai keindahan dan kesusasteraan leluhur agung kita! Dapatkan buku ini melalui pautan Shopee: https://shopee.com.my/Lipur-Lara-Alam-Melayu-i.238336777.21315815920


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply