Bandar Basrah merupakan sebuah bandar yang terletak di Iraq dan berdekatan dengan selat Hormuz. Bandar ini telah diasaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab dalam kerangka bagi membangunkan semula tanah yang telah ditakluk oleh pasukan Islam di Parsi. Pada awalnya, Basrah hanyalah tempat perkhemahan atau kem tentera Parsi yang bertapak di Iraq.
Namun, setelah penaklukan Parsi. Khalifah Umar melihat tapak kota Basrah ini amat sesuai untuk dibangunkan menjadi sebuah bandar yang baharu. Ia juga boleh dijadikan pos kawalan ketenteraan Islam di bahagian Timur Madinah dan menjadi pos tentera bagi menghalang sebarang ancaman dan saki baki tentera Parsi yang wujud di Iraq.
Pembangunan ini juga melibatkan beberapa pos yang lain seperti pos pengiriman surat dan lain lain. Abu Musa Al-Asy’ariy telah dilantik menjadi Gabenor Basrah telah menyumbang banyak dalam pembangunan Kota Basrah ini. Antara sumbangan Abu Musa ini adalah menyumbang saran pembinaan terusan dari Sungai Tigris ke Basrah.
Pembinaan terusan ini telah memberi limpahan manfaat kepada masyarakat di Basrah dan memberi limpahan pembangunan Ekonomi buat masyarakat di Basrah umumnya. Terusan ini dinamai Terusan Abu Musa Al-Asy’ariy dan saki baki daripada pembinaan terusan ini dapat dilihat dari kesannya sehingga hari ini.
Kesan daripada pembangunan Kota Basrah ini dapat dilihat sehingga ke hari ini dan kepesatan kota ini serta limpahan hasil ekonomi kota ini adalah berakar dari sumbangan Khalifah Umar Al-Khattab dan Abu Musa Al-Asy’ariy dalam membangunkan kota ini dahulu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih