Dalam silibus SPM, Bab 2 para pelajar SPM telah didedahkan akan bagaimana semangat Nasionalisme bagi setiap negara dipupuk dan dalam bab ini Negara Thailand disebut. Secara umumnya, di Asia Tenggara kita akan menyatakan tantangan dan perlawananan yang sengit ke atas mana mana kuasa penjajahan dan tantangan ini bukan sedikit tetapi agak keras kerana bagi kita apa apa sahaja yang dikaitkan dengan penjajahan adalah sangat tidak patut ada di tanah ini. Namun, berbeza dengan Thailand mereka tidak mengambil langkah sedemikian tetapi mereka mengambil jalan perdamaian.
Langkah ini dikenali sebagai Pembaharuan Mongkut yang telah memperkenalkan inisiatif Kerajaan Thailand bagi memodenkan negaranya dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan Thailand daripada dijajah oleh kuasa luar. Langkah Pembaharuan ini terbahagi kepada empat aspek utama iaitu Politik, Ekonomi, Sosial dan Infrastruktur negara. Setiap aspek ini membawa perubahannya yang tersendiri yang cuba beralih dari sistem Konvensional/ Konservatif kepada sistem yang lebih moden dan efisyen.
Dari segi aspek politik, Kerajaan Thailand telah melaksanakan dasar untuk berbaik baik dengan semua kuasa penjajah dan hal ini dibuktikan dalam Perjanjian Bowring, 1855. Perjanjian ini menjadi bukti Raja Mongkut dan kerajaannya memang berkomitmen untuk tidak meneruskan hasrat menunjukkan permusuhan terhadap mana mana kuasa penjajahan.
Dari segi aspek kewangan dan ekonomi pula, Kerajaan Thailand mengambil inisiatif untuk menggalakkan lagi perdagangan antarabangsa. Tidak sekadar itu, Kerajaan Thailand telah memodenkan sistem kewangan negara yang dianggap tradisional kepada sistem kewangan barat yang lebih efisyen dan lancar. Dari segi aspek Sosial, Kerajaan Thailand cuba membawa pendekatan Revolusi Pendidikan.
Dengan cara, menjemput guru guru yang pakar dalam setiap bidang Akademik dari Barat untuk mengajar di anak anak raja dan bangsawan. Selain itu, Thailand juga menggalakkan penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar dan rakyat Thailand berkaitan ilmu Sains dan akademik dalam masyarakatnya.
Dan yang terakhir adalah langkah pembaharuan ketenteraan, Thailand mengambil keputusan untuk melatih tenteranya seperti tentera Eropah. Thailand membeli senjata dari kuasa barat dan melakukan inisiatif pembaharuan ketenteraan secara keseluruhan dalam sektor ketenteraan Thailand.
Kesan daripada pembangunan dan langkah Raja Mongkut ini adalah pertamanya dapat menghindari penjajahan kuasa Barat di Siam. Hal ini bermakna, Thailand merupakan antara negara di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh mana mana kuasa besar Eropah. Pendidikan moden yang sistematik telah meningkatkan tahap intelektual dalam kalangan masyarakat dan aset negara berkembang maju seiring dengan kemajuan zaman.
Langkah dan kemajuan pada era Mongkut ini kemudiannya diteruskan oleh anakandanya, Raja Chulalongkorn bagi mengukuhkan lagi kuasa Thailand dalam politik antarabangsa dan tempatan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih