Tahukah korang, ketika orang Islam di Andalusia dikejar dan dibunuh oleh gerakan Reconquesta Sepanyol, Khilafah Turki Uthmaniah tampil menjadi penyelamat.

Sultan Beyazid II menghantar berpuluh-puluh kapal di pesisiran pantai semenanjung Iberia. Mereka yang sempat menyelamatkan diri dapat memulakan hidup baru di dalam negeri naungan Uthmaniah.

Di samping itu, Uthmaniah ada kepentingan tersendiri. Umpama sambil menyelam minum air. Mereka bukan sahaja ingin menyelamatkan nyawa penduduk muslim Andalusia, tetapi memanfaatkan para pelarian bagi menyelamatkan akidah negeri-negeri Uthmaniah.

Diorang ada satu masalah. Di saat berperang dengan Kerajaan Safawi yang berakidah Syiah, dalam negeri Uthmaniah sendiri ada komuniti Syiah yang besar terutamanya Syiah Alawi. Oleh kerana risau kalau-kalau ada gunting dalam lipatan, Sultan berhasrat untuk mengimbangi jajahan dengan populasi Sunni.

Rakyat Andalusia yang berakidah Sunni menjadi jawabannya!

Dengan meletakkan pelarian ini di tempat yang ramai Syiah, sekaligus populasi Sunni akan naik semula dan mengimbangi keadaan. Strategi ini diterapkan di negeri Tunisia yang bernaung di bawah Khilafah Turki Uthmaniah. Pelarian Andalusia disediakan penempatan di daerah Adana, Azie, Sis, Tarsus dan Kars.

Nama je pelarian, tapi diorang bukan jenis comot macam yang kat pasar Selayang eh. Masyarakat muslim Andalusia atau Moriscos dan Maranos terkenal dengan kepakaran dalam bidang pertanian. Mereka juga sangat inovatif dan kreatif dalam penciptaan teknologi baru.

Makna kata, Khilafah Turki Uthmaniah juga mendapat manfaat dari segi pemindahan ilmu pengetahuan dari Andalusi.

Selain daripada Tunisia, pelarian Andalusia juga menetap di Bursa dan Istanbul. Mereka memulakan hidup sebagai rakyat yang patuh dengan kerajaan baru. Di saat sejarah Islam terpadam di bumi Sepanyol, sinar baru untuk muslim Andalusia terbit di Turki!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply