Tahun-tahun sebelum ini, ketika kami berdagang di PBAKL, kami menerima kehadiran pengunjung yang terdiri daripada ahli politik dari pelbagai latar belakang parti.
Barangkali kerana kami menyajikan buku yang mampu menambah pengetahuan mereka tentang menjadi seorang Yang Berhormat yang lebih baik.
Barangkali juga, ilmu seperti geopolitik, sejarah, ekonomi dan kewangan yang kami sajikan, cukup manis untuk perjuangan politik mereka.
Bagi tahun 2023, PBAKL yang akan berlangsung dari 26 April sehingga 4 Mei, kami berada di reruai bernombor 4026-4028, 4050-4052 di Dewan Tun Razak 4.
Kami mengalu-alukan para politikus untuk berkunjung ke reruai kami!
#JejakPatriotsPBAKL2023




No comments yet