Dakwaan tentang ni sepertinya dah selalu kita dengar di Malaysia ditambah lagi dengan pelbagai post di media sosial, forum yang diadakan termasuk juga teater malah buku sekalipun mengenai Parameswara ni.

 

Hakikatnya walaupun Parameswara memakai nama Sanskrit yang bermaksud Tuhan Yang Esa namun baginda tetap seorang Raja berketurunan Melayu. Tak ada bukti baginda seorang India yang dijadikan raja oleh orang Melayu. Keturunan baginda sangat jelas iaitu daripada Sang Sapurba, pemerintah Palembang.

 

Dalam tradisi klasik Melayu, Parameswara dikatakan daripada keturunan Iskandar Zulkarnain dari Macedonia dengan Puteri Syahrul Bariah dari India.

 

Dalam Sejarah Melayu, selepas Iskandar Zulkarnain atau Alexender The Great berjaya menakluk India, baginda berkahwin dengan anak Raja Kida Hindi yang bernama Puteri Syahrul Bariah itu. Daripada perkahwinan inilah mereka dapat zuriat yang diberi nama Raja Suran. Raja Suran inilah yang menjadi nenek moyang kepada raja-raja Melayu.

 

Parameswara asalnya pemerintah Singapura terakhir sebelum diusir oleh Majapahit atau Siam sehingga baginda terpaksa melarikan diri ke utara dan mengasaskan Kerajaan Melayu Melaka.

 

Ada 2 pendapat mengenai pengislaman Parameswara.

 

Pertama, Paramaeswara dikatakan memeluk Islam pada tahun 1409M selepas berkahwin dengan puteri Pasai dan memakai gelaran Raja Iskandar Syah.

 

Kedua, Parameswara dikatakan memeluk Islam pada tahun 1414M selepas berkahwin dengan Puteri Perlak iaitu Putri Ratna Kamala puteri kepada Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II.

 

Perkahwinan Putri Ratna Kamala dengan Parameswara boleh diperdebatkan lagi kerana Parameswara lahir pada tahun 1344M sedangkan pemerintahan Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Shah II berlaku sekitar tahun 1230M-1267M.

 

Parameswara memang seorang raja yang beragama Islam namun baginda bukannya raja yang berketurunan India.

 

Mengenai Raja Suran ataupun keturunan Iskandar Zulkarnain itu adalah tidak lebih sebagai contoh dalam masyarakat Melayu. Sejarah Melayu menisbahkan keturunan Parameswara kepada Iskandar Zulkarnain kerana pengaruh Islam yang sudah mula masuk ke alam Melayu pada waktu itu, bukannya disebabkan keturunan dari India.

 

Contoh-contoh sebegini bukan perkara yang asing sebenarnya kerana masyarakat dunia. Orang eropah pun sering menyandarkan raja-raja mereka sebagai keturunan daripada para dewa dan dewi yang menguasai alam ini.

 

Semasa zaman Hindu-Buddha, orang Melayu memperkenalkan konsep dewaraja untuk menuntut ketaatan dalam kalangan rakyatnya.

 

Dan selepas Islam mula tersebar ke Tanah Melayu, contoh ni diteruskan tetapi dengan mengubah konsepnya kepada lebih islamik iaitu keturunan Iskandar Zulkarnain.

 

Sehingga kini tiada bukti nyata dan jelas bahawa Parameswara merupakan orang India. Walaubagaimanapun, kita tak boleh nafikan peranan orang India Muslim dalam kerajaan Melaka dimana keturunan Mani Purindam dari India diangkat menjadi Bendahara Melaka antaranya ialah Seri Nara Diraja Tun Ali dan juga Tun Mutahir.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tahu tak korang? Catur ialah salah satu permainan popular di Kota Melaka. Dan Tun Pikrama yang disebut sebagai pakar catur Melaka! Melaka ni bukannya setakat Tuah-Jebat dan Puteri Gunung Ledang je. Selam lebih dalam lagi mengenai Kesultanan Melayu Melaka bersama TASJIL ANIS SALATIN: RAHSIA AGUNG MELAKA. Dapatkan segera!

https://bit.ly/TASMelaka


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply