Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kes seorang lelaki Singapura yang mati lemas. Pantai Tanjung Balau tak bosan meragut nyawa mangsanya saban tahun. Ada lagi peristiwa menyeramkan orang yang berkhemah di sana.
Kisahnya, ada sekumpulan budak Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 3 pergi berkhemah ke sana dengan diiringi cikgu-cikgu. Menjelang senja, tiba-tiba seorang pelajar perempuan terkena histeria. Setelah ditenangkan, pelajar tadi ditempatkan dalam satu khemah.
Apa buat bila jadi histeria? Apa lagi, cikgu yang bertanggungjawab pun baca Yaasin dengan ditemani budak-budak lain. Akan tetapi, gangguan masih belum selesai lagi.
Pada malam berkenaan, pelajar yang histeria maghrib tadi duduk sambil memeluk lutut. Dia menggoyang-goyangkan badannya serta melemparkan renungan ke luar khemah. “Hmmmmm, hmmmmm, hmmmm,” gumam pelajar itu.
“Awak tengok apa?”
“Cikgu tak nampak ke tu atas pokok? Cantiknya perempuan tu cikgu, panggil-panggil saya.”
Keadaan bertambah meremangkan bila pelajar tu bangun dan kata, “Saya nak keluar, nak ikut perempuan cantik tu. Dia ajak saya ikut dia.” Dia pun mengalami histeria sekali lagi. Pelajar tersebut meronta-ronta sementara cikgu yang ada cuba menenangkan dan memeluknya. Bacaan Yaasin dibaca sekuat-kuatnya.
Keesokan harinya, ada Malam Kebudayaan.
Satu kumpulan pilih nak nyanyikan lagu Tujuh Puteri. “Ulek mayang ku ulek, Ulek dengan jala jemala, Ulek mayang diulek, Ulek dengan tuannya puteri,” nyanyian pemujaan itu lantang bergaung. Perempuan yang histeria semalam sudah tidak keruan. Matanya yang berair meliar kiri dan kanan. Dia pun meracau-racau lagi!
Perkemahan sekolah itu tamat tanpa seorang pun pelajar sempat mandi pantai. Kalau dah asyik kena histeria je, mana sempat nak bermandi-manda.
Namun yang lebih menyeramkan, gangguan bersambung bila mereka pulang ke sekolah. Berlaku histeria beramai-ramai yang melibatkan cikgu dan beberapa pelajar. Perawat Islam yang merukyah mereka kata, ada orang yang ambil sesuatu dan perlu dipulangkan semula ke pantai!
Begitulah misteri histeria di Pantai Tanjung Balau. Sebenarnya, hantu pontianak atau balan-balan bukanlah makhluk yang paling menakutkan di sana. Apa yang paling menakutkan kita adalah Malaikat Izrail yang sering menarik nyawa pengunjungnya.
Perubahan angin monsun dan angin pasang pada bulan November sering membunuh mangsa yang tak berdosa. Senang cerita, kalau Pantai Tanjung Balau tu dah kena pacak bendera merah, janganlah memandai nak main air!
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Nak baca lebih banyak kisah seram yang menakutkan? Baca je novel PUAKA LEMBAH PERASING. Boleh dapatkan segera sementara Jualan Akhir Tahun ini siap boleh dapat Kalendar Tamadun 2024 lagi. Klik: https://shp.ee/q3gk3n8
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih