Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kenyataan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, dikatakan bersedia menyumbang USD 1 billion (sekitar RM4.7 bilion) kepada usaha membantu Palestin melalui sebuah inisiatif yang dikenali sebagai “Board of Peace” (Dewan Perdamaian), sebuah badan antarabangsa yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebagai sebahagian daripada rancangan pasca konflik untuk Gaza dan wilayah Palestin.

Kenyataan ini mencetuskan pelbagai reaksi, ada yang melihatnya sebagai tindakan mulia, ada pula yang skeptikal dan ada yang mempertikaikannya sebagai “wayang politik”.

Menurut laporan media antarabangsa, Putin menyatakan bahawa Rusia bersedia memperuntukkan USD 1 billion daripada asetnya yang dibekukan di Amerika Syarikat untuk disalurkan melalui Board of Peace, iaitu sebuah badan yang dirancang untuk membantu Palestin, khususnya dalam hal pembangunan semula Gaza selepas konflik dan menyokong aspirasi rakyat Palestin.

Jumlah wang ini juga dianggap sebagai sebahagian daripada syarat Malaysia dan negara lain untuk menjadi anggota tetap badan tersebut, yang memerlukan sumbangan besar.

Perlu difahami bahawa wang ini masih tidak benar-benar ditunaikan, kerana aset Rusia yang ingin digunakan adalah aset yang dibekukan di luar negara, terutama di AS dan Eropah, sejak perang Ukraine bermula pada 2022.

Untuk mengeluarkan dan menggunakan wang ini, perlu ada persetujuan daripada pihak berkuasa di negara tempat aset itu dibekukan, kerana status “dibekukan” bermaksud aset tersebut tidak boleh dipindahkan tanpa kelulusan khusus.

Selain itu, laporan juga menunjukkan bahawa kerajaan Rusia sendiri sedang mengkaji dokumen, berbincang dengan rakan strategik, serta menunggu keputusan rasmi sebelum membayar sumbangan tersebut.

Ada beberapa kemungkinan niat baik dan strategi penyampaian di sebalik kenyataan ini iaitu, simbolik solidariti, diplomasi global dan strategi dalam perundingan.

Putin cuba menunjukkan bahawa Rusia berdiri bersama rakyat Palestin dan ingin mengambil peranan dalam penyelesaian krisis yang kompleks ini, iaitu satu isyarat politik yang kuat di pentas antarabangsa.

Dengan menyatakan sokongan kewangan kepada badan antarabangsa itu, Rusia cuba mengembalikan peranannya sebagai kuasa besar yang masih relevan dalam hal diplomasi global, terutamanya di Asia Barat, iaitu satu wilayah yang mempunyai kepentingan geopolitik tinggi.

Tawaran ini mungkin menjadi alat tawar menawar dalam rundingan yang lebih besar antara Rusia dan AS tentang aset beku, atau dalam hubungan mereka secara umum, ia juga adalah sesuatu yang sering berlaku dalam politik antarabangsa.

Walaupun USD 1 billion terdengar besar, ada beberapa sebab untuk berfikir dua kali sebab duitnya belum diserahkan secara rasmi. Sama ada wang itu masih belum selesai dipindahkan atau dibayar kerana isu teknikal dan undang-undang berkenaan aset beku.

Bantuan duit nya juga masih memerlukan kelulusan antarabangsa. Oleh itu, tiada jaminan wang dibenarkan keluar daripada beku sebelum ada perjanjian jelas. Kesannya mungkin terhad, kerana USD 1 billion itu hanyalah sebahagian kecil berbanding keperluan pembinaan semula Gaza yang dianggarkan mencecah puluhan bilion dolar mengikut pelan pembangunan Palestin yang dilaporkan.

Ada juga yang melihat sumbangan ini lebih merupakan aksi diplomasi dan publisiti daripada bantuan kemanusiaan langsung. Ia memberi Putin “kredit politik” di kalangan negara-negara tertentu, terutama mereka yang menyokong Palestin, tanpa benar-benar memberi impak besar terhadap keadaan di lapangan.

Inisiatif Board of Peace sendiri sudah menjadi kontroversi. Sebahagian negara menyokongnya, sementara yang lain menolak atau meragui peranannya berbanding badan tradisional seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebagai contoh, beberapa negara Eropah tidak menyertai inisiatif ini, dan ada juga kebimbangan ia mungkin bersaing atau menggantikan peranan PBB dalam hal diplomasi global.

USD 1 billion yang diumumkan oleh Vladimir Putin untuk Palestin adalah satu tindakan yang menarik dalam diplomasi global, tetapi belum jelas sama ada ia benar-benar akan menjadi bantuan nyata yang sampai ke rakyat Palestin. Ia mungkin langkah simbolik untuk menunjukkan solidariti, dan alat strategi politik dalam rundingan antarabangsa, atau ia sekadar bantuan langsung yang bersifat kemanusiaan di lapangan.

Oleh itu, ucapan itu boleh dilihat sebagai niat baik, tetapi ia belum pasti benar-benar membantu Palestin secara langsung dan ada baiknya kita menunggu hasil akhir serta penyaluran dana benar-benar berlaku sebelum menilai sepenuhnya.

Tapi tulah, bila sampai dekat telinga orang kita, tiba-tiba ramai sokong Ura. Padahal Rusia tu lebih kurang sama je. Tengok jela, kalau dia betul baik, kenapa dia sokong Bashar? Sampai bagi perlindungan lagi dekat si baghal tu.

Jadi apa-apa pun, jangan lah kita nak terlalu ‘jilat Rusia’, lagi-lagi yang percaya Rusia ni Rom ketiga, mengarut benau.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.