Lain macam doktor Korea Selatan menganjing satu dunia. Sampai sentap dibuatnya. Saya tidak terasa kerana sudah kena SARS-CoV-2 bulan lalu. Cuma itulah: kapasiti kerja dan waktu bagi pendapat tidak sesuai. Sebagai salah seorang dalam angka positif negara, saya sendiri berharap tiada siapa kena penyakit ini.

Ceritanya begini. Pentadbiran Moon Jae-in boleh kata berdepan dengan cabaran besar COVID-19 sampai hari ini.

Untuk menewaskan pαηdemik, pentadbiran beliau menempah vaksin yang diletak bawah pengurusan Pertubuhan Vaksin Korea (Selatan). Sampai saja vaksin, pertubuhan ini mengagih. Kira macam biasalah. Tiada beza dengan Malaysia pun.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Vaksin berjaya menurunkan angka harian COVID-19 di Korea Selatan. Dan vaksin juga punca banyak nyαwα diselamatkan pada ketika Korea Selatan menghadapi ledakan kes sampai 500,000 orang setiap hari. Bayangkan, 500,000 kes harian tetapi angka kematian baru 15,186 orang sahaja.

Atas sebab ini Korea Selatan dipuji kerana jadi “negara paling kurang angka kemαtian” (Cha, 2022).

Akan tetapi, ledakan kes ini masih dianggap krisis serius. Pada ketika negara menghadapi krisis sebegini, boleh pula doktor cakap begitu. Bukan calang-calang doktor. Ma Sang-hyuk adalah Naib Presiden Pertubuhan Vaksin Korea. Jadi kata-kata beliau dilihat sebagai “kata-kata kerajaan”.

Kecaman Rapat Dalam Negara

Sebaik sahaja Ma Sang-hyuk cakap sedemikian, rakyat Korea Selatan agak berbelah bahagi. Ada yang gelak. Ada yang bengang. Ramai mengkritik cara beliau bercerita tentang “interpersonal problem”.

Lalu beliau mempertahan bahawa pendapatnya bersifat kiasan kerana ramai boleh elak kena COVID-19 padahal kes-kes positif makin banyak dalam negara.

Maksud Ma Sang-hyuk memang tidak sampai pada rakyat marhaen. Jadi tidak lama kemudian, beliau memadam hantaran tersebut (Yip, 2022). Inilah sebab kenapa pihak pentadbiran mesti ada unit perhubungan awam (public relations). Kerana kadangkala, kata-kata kita boleh mengundang padah terhadap institusi.

Nampak macam doktor yang sesuai dibuat kawan.

Ada beza misalnya orang marhaen cakap, “kau ni takdak kawan sampai COVID-19 pun jijik dengan kau”. Marhaen boleh cakap apa pun kerana tidak memegang amanah pengurusan.

Apabila memegang amanah pengurusan, setiap perkara akan diperhati rakyat. Tetapi ketepikan sebentar sentimen dan unsur emosi. Kita fokus pada isu yang dibangkitkan iaitu “interpersonal problem”.

Hujah Doktor Tentang Hubungan Silaturahim

Jujurnya ramai dalam kalangan rakyat Malaysia berkawan. Cuma pada situasi tertentu, kawan tidak boleh diharap. Jangankan kawan – silap-silap suami sendiri pun tidak boleh diharap.

Suruh beli daun sup, dia beli daun ketυm…bar. Jika diteliti pada dasar “tak kena COVID sebab tiada kawan”, memang bunyinya lucu.

Tetapi kalau singkap balik macam mana jutaan rakyat Korea Selatan sengsara akibat tiada kawan, dimensi perbincangan terus berubah.

Ramai tetapi keseorangan.

Hidup sunyi dalam keadaan terpinggir mendatangkan masalah pada mental rakyat Korea (Hyun Kim, et al., 2021). Bayangkan 15 peratus dalam kalangan rakyat Korea Selatan menghadapi kemurungan teruk (major depressive disorder) sampai sudah cuba membυηυh diri (Koo & Kim, 2020).

Inilah realiti di Korea Selatan. Isi yang disampaikan pihak doktor itu boleh kata betul juga. Tanpa kawan untuk lepak bersama, memang senang untuk cegah.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Akan tetapi, cara penyampaian dengan ledakan kes dan situasi kemυrυngan membuatkan konteksnya jauh tersasar.

Atas sebab inilah perhubungan awam itu sangat penting. Tiada guna sampaikan sesuatu maklumat pada orang ramai, yang akhirnya tidak terima pada landasan diingini. Seandainya rakyat tersebut malas membaca, itu lain ceritalah.

RUJUKAN:

Cha, S. (2022, Mac 17). How One Country Is (ditapiskan) Covid Despite 600,000 New Cases A Day. Bloomberg.

Hyun Kim, M., et al. (2021). Social Isolation, Loneliness and Their Relationships with Mental Health Status in South Korea. Psychiatry Investig. 18 (7): 652-660.

Koo, K., & Kim, K. (2020). Effects of Physical Activity on the Stress and (ditapiskan) Ideation in Korean Adult Women with Depressive Disorder. Int J Environ Res Public Health. 17 (10): 3502.

Yip, W. (2022, Mac 24). People who haven’t contracted COVID-19 yet have no friends, Korean doctor says. Business Insider.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply