Aku berbual dengan member pejabat lepas berbuka sekejap tadi. Dia tanya apa makanan yang aku teringin nak makan lepas habis PKP. Tanpa banyak berfikir aku terus jawab, aku nak makan “Pagpag”.
Pernah dengan Pagpag? Maksud perkataan ini dalam bahasa Tagalog ialah buang kotoran (shaking off dirt), lebih kurang perbuatan menepuk-nepuk bantal untuk menghilangkan habuk dan sampah. Itu makna dari segi perkataan ( Kamus Tagalog – English).
Sebenarnya, pagpag ialah sejenis makanan yang dijual di satu kawasan luar bandar di Manila, Filipina. Nama lain untuk pagpag ialah Batchoy. Istimewanya makanan ini ialah bahan masakannya ialah sisa yang dikutip dari tempat pembuangan sampah.
Setiap hari di Manila, hampir 1200 tan metrik sisa makanan dibuang dan dihantar ke tempat pembuangan sampah (Rachel A.G, 2016). Populasi penduduk Manila ni sahaja lebih kurang 1.7 juta. Manila ialah ibu negara untuk Filipina, mempunyai empat daerah (district) dengan 12 bandar.
Pekerja akan mengutip sisa makanan ini dari tempat pembuangan dan menghantar hasil yang dikumpul kepada pemilik kedai makan. Tukang kutip sisa makanan ni dipanggil mambabatchoy.
Sisa makanan yang dikutip ialah lebihan daging ayam, ikan, lembu dan sayuran. Kalau nasib baik dapat sisa makanan dari macdonald atau Jollibee, ada extra sos. Kalau dapat sisa dari hotel besar, siap ada jem strawberi lagi. Ini juga termasuk makanan berbungkus yang telah dibuang oleh pasaraya setelah tamat tempoh.
Hasil kutipan ni dijual kepada pemilik gerai. Kalau nasib tak baik dan banyak kutip bahagian tulang, satu beg tu dibayar dengan harga 20 peso bersamaan RM1.70 (Kyung Lah, 2012). Dari pukul 4 pagi mula selongkar kawasan, pukul 8 pagi kena hantar pada gerai.
Semua hasil kutipan tu akan diproses oleh pekerja gerai, semuanya akan dibasuh, tulang diasingkan sebelum dimasak semula. Semua isi daging ini juga akan direbus untuk menghilangkan kuman dan bakteria.
Selepas tu, pekerja gerai akan memasak isi daging ini dengan aneka resepi seperti masak pedas, sup atau digoreng. Pelanggan mereka ialah penduduk sekitar kawasan tempat pengumpulan sampah di kawasan luar bandar itu. Pagpag yang telah dimasak itu dihidangkan dengan nasi sebagai makan tengahari.
Makanan daripada sisa yang dikutip dari tempat pembuangan sampah membawa risiko keracunan makanan, bakteria salmonella dan cirit birit (Rachel A.G, 2016). Tapi penduduk yang tidak berkemampuan tiada pilihan lain selain menu ini. Ini juga membuatkan lebih ramai orang meninggal dunia kerana sakit berbanding disebabkan kelaparan (Bianca Caruana, 2016).
Gambar dekat atas tu tangkap layar daripada video dokumentari BBC, nampak menyelerakan? Penduduk dekat sana dah terbiasa dengan makanan sebegitu. Usus mereka mampu memproses dan toleransi terhadap bakteria dan kuman dari makanan sebegini.
Sejak kecil mereka dah terbiasa dengan makanan sebegini. Untuk orang yang tak terbiasa seperti pelancong, mungkin akan jadi masalah jika mereka makan menu pagpag ni.
Aku main sebut je bila kawan aku tanya pasal makanan tadi. Sebab aku baru lepas layan dokumentari pasal pagpag dekat youtube. Mujur aku sebut Pagpag, kalau aku sebut “Balut”, “Kamaru” atau “Tamilok”, pening pula dia memikirkan makanan dari planet mana yang aku teringin tu.
RUJUKAN:
- Kyung Lah (2012) ‘Garbage chicken’ a grim staple for Manila’s poor, CNN
- Rachel A.G Reyes (2016) Survival Food, The Manila Times.
https://www.manilatimes.net/2016/03/21/opinion/columnists/survival-food/251937/ - Bianca Caruana (2016) Manila’s Slums – The People Left Behind, The Altruistic Traveller Website. https://thealtruistictraveller.com/blog/manilas-slums-the-people-left-behind/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih