Kepada perempuan, jangan cuci kemaluan anda.

Haa sudah. Dah kenapa cakap macam ni? Dah tu kalau buang air kecil dan besar tu tak patut cuci ke? Bab dua benda tu kena cuci la. Maksud saya dengan benda ni ialah cuci faraj. Kita sebenarnya sangaaaaaat tak digalakkan daripada cuci faraj. Baik cuci dengan sabun, mahupun cuci dengan air paip tak kisahlah alasan korang sebab nak kebersihan faraj, ada masalah keputihan ke jangkitan kulat ke apa ke. Jangan. Cuci. Faraj. Kenapa tak boleh cuci?

Sebelum kita masuk ke situ, kita kena cerita dulu satu konsep ni. Bila kita cerita pasal ekosistem dan habitat, kita akan teringat pasal flora dan fauna di sesuatu tempat. Contoh kat satu kawasan hutan tu ada rumput. Rumput ni dimakan rusa. Rusa pula dimakan harimau. Harimau takde benda yang makan dia, tapi bila dia mati, cacing, ulat dan kuman akan makan dia untuk reputkan dia jadi zat tanah. Inilah ekosistem dalam satu habitat.

Tapi benda ni kita panggil sebagai makrohabitat atau makrobiom, sedangkan kita juga ada mikrobiom, merujuk pada habitat sebegini tapi pada skala halus. Conto terbaik kita boleh lihat ialah tanah. Dalam 1 cm persegi tanah tu ada berjuta juta hidupan dalamnya. Anak cacing, kulat, kuman, semua ada.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kemudian, interaksi sesama hidupan ni juga akan wujudkan dinamik kehidupan. Contoh macam,cacing kerawit dan manusia, kita panggil dinamik parasit. Satu dapat kebaikan, satu dapat keburukan. Tapi, ada yang dua dua dapat kebaikan macam lebah dan bunga. Lebah dapat madu, bunga dapat sebarkan debunga dia. Kita panggil benda ni sebagai mutualism.

Dalam faraj anda anda ada berjuta juta kuman yang tinggal di situ dan mewujudkan mikrobiom. Walaupun kita panggil kuman, tapi kebanyakan daripada diorang ni mewujudkan interaksi mutualism dengan kita. Kita panggil dia kuman baik. Dua dua dapat manfaat. Kuman dapat makanan, kita pulak dapat perlindungan daripada kuman jahat. Haa macam mana tu?

Setiap kuman ni ada preference kadar pH tersendiri termasuk kuman jahat. Faraj korang ni pun ada kadar pH tersendiri, tapi yang kawal kadar pH ni ialah kuman baik ni. Kemudian, ada juga kuman baik yang hasilkan bahan beracun dekat kuman lain, tapi bukan untuk kita. Kiranya kuman baik ni penghadang kuman jahat.

Jadi bila korang cuci faraj korang, korang sebenarnya cuci sekali kuman baik yang ada dalam faraj tu. Jadi bila kuman baik ni takde, memang kuman jahat datang bermaharajalela lah dalam faraj tu buat pesta situ sini. Elok elok niat korang nak cuci faraj sebab masalah keputihan lah apa lah, sekali jadi makin teruk. Sebab benda ni lah doktor selalunya tak galakkan perempuan cuci faraj korang. Dia sama macam antibiotik. Bila selalu sangat makan antibiotik lama lama kita akan sakit perut, sebab antibiotik bunuh sekali kuman baik dalam usus kita.

Sebab tu kalau korang jumpa doktor sakit puan sebab masalah faraj, mereka memang akan haramkan korang daripada cuci melainkan ada sebab kukuh kena cuci.


Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami. Link pembelian: https://bit.ly/3D8GXh4


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply