Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang peristiwa ini tetapi Per*ng Anglo-Zanzibar yang berlaku pada tahun 1896 secara umumnya dianggap sebagai per*ng dalam jangkamasa yang terpendek pernah dicatatkan dalam sejarah,peper*ngan ini hanya berlangsung dalam tempoh selama 38 minit sahaja.

Kisahnya bermula dengan termerainya Perjanjian Heligoland-Zanzibar di antara British dan Jerman pada tahun 1890. Perjanjian ini secara efektif telah mewujudkan ruang pengaruh antara kuasa imperialis di Afrika Timur; Zanzibar diserahkan kepada pengaruh British, sementara Jerman diberi hak kawalan terhadap daratan Tanzania.

Khalid bin Barghash

Dengan pengaruh yang baru diasaskan ini, British mengisytiharkan Zanzibar berada dibawah naungan Empayar British dan segera bertindak dengan melantik Sultan ‘boneka’ mereka sendiri untuk menjaga wilayah tersebut. Hamad bin Thuwaini, yang pernah menjadi penyokong Inggeris di kawasan itu, dinaikkan takhta pada tahun 1893.

Hamad memerintah kesultanan protektorat British ini dalam keadaan yang aman dan damai selama lebih dari 3 tahun sehinggalah pada tanggal 25 Ogos 1896, dia meninggal dunia secara tiba-tiba di istananya.

Walaupun tidak pernah diketahui apa punca yang sahih lagi benar mengenai punca yang menyebabkan kem*tiannya, ia dipercayai bahawa sepupunya sendiri iaitu Khalid bin Barghash yang telah bertindak meracuninya.

Perkara ini semakin boleh dipercayai ditambah dengan fakta bahawa selang beberapa jam setelah kem*tian Hamad, Khalid telah berpindah ke istana dan mengambil alih kedudukan takhta Sultan, semuanya dilakukan tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan dari pihak British.

Bahkan para diplomat tempatan British sendiri sama sekali tidak senang hati dengan kejadian ini, dan ketua diplomat di daerah itu, Basil Cave, dengan segera memerintahkan bahawa Khalid harus turun dari takhta itu. Khalid tidak mengendahkan amaran ini, malahan dia mula mengumpulkan kekuatan pasukannya tenteranya di sekeliling Istana.

Menariknya, pasukan ini sangat lengkap bersenjata, walaupun jelas mereka bukan tandingan British, tetapi perlu diingat, sebilangan besar senjata dan meriam milik mereka sebenarnya adalah hadiah sempena jalinan hubungan-hubungan diplomatik yang khusus dianugerahkan kepada mantan Sultan selama bertahun-tahun sebelum itu.

Menjelang penghujung 25 Ogos, Khalid telah mengamankan istananya dengan kekuatan hampir 3,000 orang askar, beberapa buah senjata artileri dan bahkan sebuah kapal diraja yang bersenjata sederhana di pelabuhan berdekatan.

Pada masa yang sama, British sudah mengirim dua kapal per*ng yang berlabuh di pelabuhan iaitu HMS Philomel dan HMS Rush, dan pasukan serbuan dengan pantas dihantar ke darat untuk melindungi Konsulat Inggeris dan untuk mencegah penduduk tempatan dari melakukan rusuhan. Basil Cave juga meminta sokongan dari kapal Inggeris lain yang berdekatan iaitu HMS Sparrow, yang mula memasuki pelabuhan pada petang 25 Ogos.

Walaupun Cave memiliki pasukan bersenjata yang signifikan dan siap siaga di pelabuhan, dia tahu bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk memulakan permusuhan tanpa persetujuan yang sah dari pemerintah Inggeris. Untuk mempersiapkan segala kemungkinan, dia mengirim telegram ke Pejabat Luar Negeri pada malam itu dengan menyatakan: “Apakah kita diberi kuasa sekiranya semua percubaan pada penyelesaian damai terbukti sia-sia, kita dibenarkan melepaskan tembakan ke Istana dari pasukan tentera kita?”  Sementara menunggu jawapan dari Whitehall, Cave terus mengeluarkan perintah mutlak supaya mengundurkan diri kepada Khalid tetapi ia tidak berhasil.

Keesokan harinya, dua buah lagi kapal per*ng British tiba di pelabuhan, HMS Racoon dan HMS St George, kapal yang terakhir, ia membawa Laksamana Muda Harry Rawson, komander armada British di kawasan itu dsn pada masa yang sama, Cave telah menerima kiriman telegraf dari Whitehall yang menyatakan:“Anda diberi kuasa untuk mengambil tindakan apa pun yang anda anggap perlu, dan sebarang tindakan anda akan disokong oleh Yang Mulia Ratu. Namun, jangan cuba mengambil tindakan yang anda tidak pasti boleh dijayakan atau tidak. “

Perintah mutlak kali terakhir kepada Khalid dikeluarkan pada 26 Ogos, menuntut dia meninggalkan istana pada jam 9 pagi keesokan harinya. Pada malam itu, Cave juga menuntut agar semua kapal bukan milik tentera agar segera meninggalkan pelabuhan sebagai persediaan untuk melancarkan per*ng.

Pada pukul 8 pagi keesokan harinya, hanya satu jam sahaja lagi sebelum perintah mutlak tamat, Khalid mengirim pesanan balas kepada Cave dengan menyatakan:

“Kami tidak berhasrat untuk menurunkan bendera kami dan kami tidak percaya kalian akan berani melepaskan tembakan ke arah kami.”
 
Cave menjawab dengan gaya ala diplomatik Britain abad ke-19 melalui kenyataan bahawa dia tidak memiliki sebarang niat untuk membedil istana itu “tetapi melainkan jika kamu lakukan seperti yang diarahkan, kami pasti akan melakukannya.”

Itulah kali terakhir Cave memberikan maklumbalas kepada Khalid, dan pada pukul 9 pagi, perintah dikeluatkan untuk kapal-kapal per*ng Inggeris di pelabuhan supaya mula mengeb0m istana. Menjelang pukul 09:02 pagi majoriti unit artileri Khalid telah dimusnahkan, dan sebahagian binaan struktur kayu istana telah mulai runtuh bersama-sama dengan 3,000 orang tentera yang bertahan di dalamnya.

Pada waktu ini juga, sekitar dua minit setelah pengeb0man itu bermula, Khalid dikatakan cuba melarikan diri melalui jalan keluar dari pintu belakang istana, meninggalkan para hamba dan pejuang-pejuangnya untuk mempertahankan istana itu sendirian.

Pada pukul 09:40 pagi bedilan dan pengeb]0man telah berhenti, bendera kesultanan diturunkan, dan ia menjadi per*ng yang terpendek pernah tercatat dalam sejarah dunia, per*ng itu berakhir secara rasmi selepas 38 minit ia diisytiharkan.

Untuk sebuah per*ng yang begitu singkat, angka korb*n agak mengejutkan dengan jumlah yang tinggi iaitu lebih dari 500 orang pejuang Khalid telah terbun*h atau cedera, terutamanya disebabkan oleh bedilan yang menyebabkan let*pan besar terhadap struktur istana yang rapuh. Seorang pegawai biasa British turut mengalami kecederaan parah, tetapi beliau kembali pulih setelah dirawat di hospital.

Dengan penyingkiran Khalid, pihak Inggeris akhirnya bebas untuk menaikkan Sultan Hamud yang pro-British di atas takhta Kesultanan Zanzibar, dan dia memerintah sebagai wakil Ratu Inggeris selama enam tahun berikutnya.

Bagaimana pula dengan Khalid? Dia berjaya melarikan diri dengan sekumpulan pengikut setia yang kecil ke Konsulat Jerman tempatan. Walaupun telah berulang kali digesa pihak Inggeris agar dia diserahkan untuk diekstradisi, dia kemudian diseludup keluar negara pada 2 Oktober oleh tentera laut Jerman dan dibawa ke Tanzania moden.

Sehinggalah pasukan British menceroboh Afrika Timur pada tahun 1916, Khalid akhirnya berjaya ditangkap dan kemudian dibawa ke Saint Helena untuk diasingkan. Setelah ‘meluangkan waktu yang panjang’, dia kemudian diizinkan pulang kembali ke Afrik


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.