Here’s a list of all of our authors.
Our Authors
Muhammad Fateh bin Abdul Shukor. Pelajar Usuluddin di Universiti Al-Azhar. Mempercayai ilmu sebagai teras tamadun, bahasa dan penulisan sebagai penghubung.11 Articles
Reza Shah telah berumur 40-series, seorang "self-declared" mecha-anime-gunjin Otaku-tua-kutuk-tak-sedar-diri. Juga peminat sejarah amatur serta sosio-geopolitik global, penulis di zaman mudanya adalah tersohor sebagai "keyboard warrior" dalam membela agama, bangsa & negara di laman mIRC, Internet Mailing List (IML) dan forum-forum, di Internet. Kini dia bersara dari dunia menghempas keyboard, dan lebih suka mengarang "fan-fiction" berbentuk fiksyen sejarah untuk Macross / Robotech. Oh, penulis telah berkhidmat 20 tahun dalam bidang pengajian tinggi dari sebuah Pusat Matrikulasi di Sarawak dan sudah sedekad bertugas di sebuah Universiti GLC di Semenanjung. Banzaiiiii!11 Articles
Menyambung pengajian sarjana muda Fizik di UKM (2017-2021). Minat menulis sejak tahun 2011 dan mula berkecimpung dalam penulisan akademik sejak tahun 2014. Berazam untuk menjadi pensyarah dan untuk terus menulis ilmu dalam Bahasa Melayu. Gagasan aku mudah sahaja: jika ingin diajarkan ilmu kepada sesuatu bangsa maka ajarkanlah dalam lidah bangsa tersebut.11 Articles
Seorang yang meminati subjek politik, ekonomi, dan falsafah. Cenderung kepada konservatism, Keynesian, dan berpegang kepada Ahlus Sunnah wal Jamaah. Namun begitu, saya hanyalah seorang guru di pusat pendidikan swasta dan bercita-cita melahirkan generasi intelektual dan bermoral tinggi serta bersedia mempertahankan agama, raja, dan negara.10 Articles
Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta di Kuching, beliau suka meluangkan masanya meneroka sejarah dunia terutama yang melibatkan pertembungan antara peradaban seperti Perang Salib. Minatnya dengan budaya masyarakat serta tokoh-tokoh Timur dan Eropah yang wujud ketika zaman pertengahan memberi inspirasi kepada beliau untuk menulis novel fiksyen sejarah dan non-fiksyen berkenaan tokoh-tokoh pada zaman tersebut.10 Articles
Aku masih lagi mencari identiti dalam disiplin penulisan ini dan berharap setiap penulisan aku ini dapat membuka benak pemikiran pembaca dan juga diri sendiri. InsyaAllah.10 Articles
“Seorang yang retrospektif dan dahagakan pengembaraan, explorasi dan ilmu sejarah. Beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dan Bahasa Sepanyol di University of Nottingham Malaysia. 'Extremis Malis Extrema Remedia'10 Articles
