Seni origami telah lama wujud dan berkembang sehingga kini. Buku The World Of Origami (1965) oleh Isao Honda menyatakan bahawa sejarah origami dianggap bermula apabila manusia mula menghasilkan kertas.

 

Pengeluaran kertas berlaku pada abad pertama sekitar 105 Masihi di China (China) oleh Ts’ai Lun.

 

Pada abad ke-6, kaedah membuat kertas telah dibawa ke Sepanyol oleh orang Arab dan juga ke Jepun pada tahun 610 Masihi oleh seorang sami Buddha bernama Doncho (Dokyo) dari Goguryeo (semenanjung Korea).

 

Beliau memperkenalkan kertas dan dakwat kepada masyarakat Jepun semasa pemerintahan Maharani Suiko.

 

Origami telah menjadi popular di kalangan orang Jepun sejak itu dan telah diturunkan dari generasi ke generasi.

 

Origami ialah salah satu budaya yang diakui oleh orang Jepun dalam agama kepercayaan Shinto.

 

Pada zaman Heian (741-1191 M) lipatan origami dipercayai telah digunakan sebagai penutup botol sake semasa upacara penyembahan di kalangan sami Shinto, wanita dan kanak-kanak. Pada masa itu, origami dikenali sebagai orikata atau origata, orisui, atau orimino.

 

Ketika zaman Kamakura (1185-1333 M), bentuk origami dikenali dipanggil noshi. Noshi berasal daripada singkatan perkataan noshi-awabi, yang bermaksud daging tiram nipis yang dijemur di bawah sinar matahari yang dianggap sebagai hidangan istimewa bagi orang Jepun.

 

Noshi dianggap membawa tuah kepada sesiapa yang menerimanya. Pada masa itu memotong kertas menggunakan pisau masih dibenarkan.

 

Apabila tiba zaman Muromachi (1338-1573 M), undang-undang yang membenarkan pisau untuk digunakan memotong kertas telah dihentikan. Sebab tu lah Origami dilipat tanpa memotong kertas.

 

Origami berkembang dan menjadi alat untuk memisahkan golongan atas dan bawahan masyarakat. Samurai mengikut ajaran Ise, manakala rakyat biasa mengikuti ajaran Ogasawara.

 

Origami dari semasa ke semasa telah menjadi sinonim dengan budaya Jepun dan telah diturunkan dari generasi ke generasi.

 

Origami menggunakan kertas Jepun asli yang dipanggil washi dan merupakan bahagian penting dalam upacara keagamaan tradisional Shinto yang masih dikekalkan sehingga hari ini.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Baca pasal Origami pun dah teruja, korang mesti akan terpikat untuk selam lebih dalam seperti era Sengoku, Edo dan Meiji bersama KITAB TAMADUN JEPUN. Buku ni menjadi pintu gerbang bagi anda menuju ke masa lalu Jepun yang memukau!

Dapatkan segera di: https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply