Benua Amerika telah lama menjadi idaman para peneroka Eropah sejak era 1700-an. Tapi, orang Viking yang hidup pada era 1400-an menjadi peneroka pertama tiba di benua asing ini.

 

Yang peliknya, terdapat komuniti orang asal dari Amerika Utara (Kanada) yang nenek moyang mereka adalah campuran orang Cina dan orang Viking. Siapakah orang asal yang kononnya mempunyai darah Cina ini?

 

Kaum yang saya maksudkan ialah kaum Beothuck. Orang asal ini biasa menetap di Pulau Newfoundland. Mereka hidup sebagai pemburu dan tinggal di rumah berbentuk kon yang dipanggil sebagai mamateeks. Mereka biasanya memburu ikan salmon, karibu (spesis rusa di Amerika), dan anjing laut.

 

Kajian genetik menunjukkan bahawa nenek moyang mereka ialah orang Norse dari Scandinavia. Sejarawan percaya bahawa moyang ini turun ke Pulau Newfoundland pada sekitar tahun 1409 hingga 1420 setelah keluar dari Pulau Greenland.

 

 

Terdapat catatan dari surat milik paderi Iceland berpangkat Bishop yang bertarikh 20 September 1448. Surat itu menyatakan bahawa orang Norse yang berlayar keluar dari Greenland telah diserang oleh ‘armada orang kafir’ dan menjadikan mereka sebagai hamba atau buruh.

 

Tapi, surat ini tidak dapat buktikan apa-apa pada waktu itu kerana orang Norse yang masih duduk di Eropah tidak tahu apakah nasib sebenar puak mereka yang menetap di Greenland. Seiring dengan teknologi, pada tahun 2017 terdapat penemuan baru dari dasar laut sekitar Newfoundland!

 

Dua buah bangkai kapal ditemui dengan panjangnya 150 meter. Bangkai kapal ini begitu besar berbanding kapal-kapal pelayar Eropah pada era 1700-an dan usia kapal ini lebih tua dengan beza 300 tahun! Kalau ikutkan sejarah, tamadun China saja yang mempunyai teknologi pembinaan kapal dalam tahun 1400-an, iaitu zaman dinasti Ming.

 

 

Jadi, surat dari paderi bishop ada kebenarannya. Mungkin betul terdapat pelayaran armada dari China, bertembung dengan kapal orang Norse dari Greenland. Kemudian orang Norse ditangkap dan dibawa ke Newfoundland. Di sinilah segelintir sejarawan percaya bahawa orang Beothuck ialah campuran orang Cina dan Norse!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply