Meremang buku roma bila Darth Sidious arahkan “Execute order 66!” dalam Star Wars. Terus teringatkan peristiwa berdarah yang benar-benar berlaku kepada Janissary di zaman Turki Uthmaniyah.

Jedi dan Janissary ada persamaan. Jedi mengabdikan diri kepada Galactic Republik, manakala Janissary mengorbankan hidup untuk Turki Uthmaniah. Jedi dan Janissary dihantar untuk misi-misi penting dalam peperangan besar. Apa yang membezakan, Jedi percaya kepada The Force, sementara Janissary beramal dengan Tarekat Bektashi.

Sebagaimana yang dialami Jedi, komuniti Janissary juga dibunuh beramai-ramai dalam sebuah pembantaian tragis.

Pada tahun 1826, berlakulah The Auspicious Incident. Sultan Mahmud II telah mengarahkan pembantaian ke atas 135,000 orang Janissary. Pemberontakan mereka sudah melampaui batas.

Berek Janisaary diletupkan dengan meriam dan mengakibatkan 4,000-8,000 orang terbunuh. Janissary yang merusuh di jalanan Istanbul dibantai oleh tentera moden Uthmaniyah. Sultan Mahmud II menangkap saki baki yang masih hidup dan menghantar mereka ke kubu Thessaloniki untuk dipancung.

Peristiwa ini dipanggil Uthmaniyah sebagai Hari Bertuah. Alasannya kerana Janissary di zaman itu memang sudah dibenci dan dicemburui banyak pihak.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply