Pantai Desaru jadi kecoh bila tercetus pergaduhan di saat konsert berlangsung. Korang perasan tak kelibat geng motor Hells Angels dalam video yang viral? Nama ini sudah terpalit dengan kes jenayah tau!

Hells Angels Motorcycle Club dah busuk kat luar negara. Negara Belanda telah mengharamkan mereka pada 2019 dengan alasan yang kukuh. Kalau dah kena banned, patutnya kita berjaga-jaga.

U.S. Department of Justice sudah menerbitkan satu kertas kajian bertajuk Hell’s Angels Criminal Enterprise pada tahun 2009 yang ditulis oleh Albert De Amicis. Ia mengumpulkan semua kes jenayah dan keganasan yang dilakukan kelab ini.

Nasib baik konsert itu hari takde yang mati. Sebab Hells Angels ada rekod tikam orang dan mengakibatkan kematian semasa konsert tau! Sewaktu konsert Rolling Stone’s pada 1969, Hell Angels bertugas sebagai security. Ada suatu kejadian apabila seorang penonton kena tikam mati sebab cuba mendekati pentas.

Pihak berkuasa Amerika telah mendapati Hells Angels terlibat dengan penghasilan dan pengedaran methamphetamine. Dadah terlarang lain termasuklah cocaine, heroin dan marijuana. Mereka turut terlibat dengan jualbeli senjata api dan aktiviti jenayah.

Dalam suatu operasi undercover selama 21 bulan, pihak polis membongkarkan penglibatan mereka dalam kes bunuh, pembunuh upahan, scam dan penyeludupan dadah.

Amerika dah serik dengan Hells Angels.

Las Vegas pada tahun 2022, telah digemparkan dengan kes pergaduhan dengan senjata api. Richard Devries, pemimpin Hells Angels di Amerika telah diheret ke mahkamah. Dia bertanggungjawab dengan kes tembak menembak di antara Hells Angels dengan musuhnya, kelab Vagos. San Francisco pada tahun 2023 pula telah dikejutkan dengan penangkapan dua orang besar Hells Angels. Diorang didakwa dengan kes penipuan dan pergaduhan.

Malaysia ini negara berdaulat. Kita semua tahu geng motor besar dalam negara kita tak lebih sekadar untuk rekreasi. Sepatutnya tak payahlah jemput gejala negatif macam Hells Angels yang mencemarkan budaya kita.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Korang yang join event itu hari, boleh luahkan perasaan dan cerita kat sini apa yang sebenarnya terjadi. Korang yang berminat nak tau dunia jenayah seperti di atas, bacalah DENDAM BAKAR, sebuah naskah fiksyen dengan genre kepolisian. Kena dengan taste korang. Klik https://bit.ly/DendamBakarWebstore

Jangan lepaskan peluang pada 25 September sampai 8 Oktober ini, ada diskaun RM10 untuk semua buku kami. Diskaun 11% untuk buku-buku baru iaitu KITAB TAMADUN EROPAH dan QUANTUM. Korang yang membeli di webstore atau walk in akan mendapat freegift istimewa! Jom ke webstore kami https://thepatriots.store/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply