Manusia tidak boleh lari daripada mimpi setiap kali melelapkan mata. Sebab itu ramai orang single boleh mimpi berkahwin bagai. Punya seronok sebelum kunjung esok pagi dengan hati tertusuk sedar diri masih tidak laku. Sudahlah bujang. Waktu Subuh pula terlepas. Rosak. Memang tanda gangguan syaitan betul. Sememangnya mainan tidur. Namun ini tanggapan kita yang sudah diajar Islam. Orang zaman pra-Islam bagaimana agaknya? Maka kita sekarang boleh faham: tafsir mimpi dipandang serius pada zaman silam terutama pada zaman Yunani.

Mimpi mengikut orang Yunani terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ramalan masa depan, petanda peristiwa yang memerlukan tafsiran yang tepat dan lawatan oleh dewa-dewi, makhluk halus atau orang yang telah tiada. Banyak mimpi sebegini direkodkan oleh orang Yunani sama ada dalam bentuk catatan sejarawan seperti Herodotus, hikayat epik (contohnya Odyssey karya Homer) atau ukiran tulisan di kuil-kuil mereka.

Bagi kategori mimpi yang pertama iaitu ramalan masa depan, sesetengah daripadanya direkodkan dalam catatan sejarah. Contoh paling mudah, kisah seorang raja Lydia bernama Croesus. Dalam catatan Herodotus, baginda dikatakan bermimpi melihat puteranya mangkat akibat luka terkena lembing.

Peminat kisah-kisah mistik dipelawa membeli buku MISTIK ALAM MELAYU melalui:
https://shopee.com.my/The-Patriots-Mistik-Alam-Melayu-i.238336777.6038256542

Sebaik sedar dari tidur, Croesus berusaha untuk melindungi puteranya itu daripada mengambil senjata. Tetapi manusia hanya boleh merancang, Tuhan lebih berkuasa ke atas segala-galanya. Pada suatu hari, putera baginda keluar memburu sambil ditemani oleh seorang pengawal. Alangkah terkejutnya Croesus selepas mendapat tahu puteranya mangkat akibat terkena lembing pengawalnya sendiri.

Selain ramalan masa depan, mimpi yang biasa didapati dalam era Yunani ialah mimpi yang memerlukan tafsir tertentu yang tepat. Contohnya, mimpi isteri Odysseus, Penelope dalam kisah Odyssey yang dikarang Homer. Selepas khabar angin tersebar bahawa suami tercinta mati semasa kempen di Troy, baginda didekati oleh ramai lelaki yang mahu memperisterikannya. Bagaimanapun, Penelope percaya Odysseus masih hidup dan akan pulang ke pangkuannya.

Odysseus

Tidak lama selepas itu, baginda bermimpi melihat 50 ekor angsa mati dibunuh oleh seekor helang. Setelah itu, sang helang berubah menjadi suaminya yang dirindui selama ini, Odysseus. Ramalan mimpi tersebut kemudiannya menjadi kenyataan apabila Odysseus berjaya memasang semula busur anak panah miliknya sebelum membunuh semua lelaki yang mendambakan Penelope.

Balik kepada kategori pertama, ada mimpi yang kadang-kadang membawa petanda petaka kepada seseorang pemerintah. Ini berlaku kepada Raja Median, Astyages. Herodotus mencatatkan pada satu malam, baginda bermimpi puterinya, Mandane terkencing sehingga mengakibatkan seluruh Asia ditenggelami banjir. Dalam satu mimpi yang lain, Astyages melihat Mandane melahirkan tumbuhan menjalar yang meliputi seluruh benua sama.

Selepas meminta ahli-ahli nujum menafsirkan maksud mimpi baginda, mereka memberi jawapan ini: Mandane bakal melahirkan seorang raja yang mampu menjadi penakluk dunia dan akan menyingkirkan baginda. Raja yang dimaksudkan ini ialah Cyrus the Great. Dalam catatan Herodotus, Cyrus kemudiannya merampas takhta daripada nendanya sebelum bergelar raja Parsi pada abad keenam SM.

Disebabkan minat mendalam orang ramai termasuk orang terkenal terhadap subjek mimpi, ia turut membawa kepada penerbitan pelbagai buku berkenaan mimpi. Salah satu daripadanya ialah seorang ahli nujum abad kedua Masihi, Artemidorus. Beliau menghasilkan sebuah buku yang menafsir pelbagai jenis mimpi seperti ular, buaya, peperangan, pertanian dan memburu. Buku sebegini bukan saja popular pada era moden tetapi digilai ramai pada era antikuiti.

Bagi kategori mimpi ketiga pula, kebiasaannya manusia didatangi oleh dewa-dewi yang menyamar dalam bentuk tertentu untuk pelbagai tujuan sama ada untuk memberi nasihat, memujuk atau memberi amaran. Misalnya, dalam kisah Iliad yang dikarang Homer, dewa utama Yunani Zeus mengarahkan seorang figura mimpi diutus ke dalam mimpi Raja Agamemnon untuk menyamar sebagai temannya, Nestor.

Dalam mimpi baginda, Nestor menasihati rakannya itu agar mengepalai tentera Athens agar memerangi Troy. Ramai sejarawan percaya Zeus mempunyai motif buruk dengan mengutus figura mimpi dalam mimpi Agamemnon. Dengan berbuat demikian, ia diharap dapat mensabotaj pihak Athens agar berdepan kesukaran menentang musuh mereka.

Ada ketikanya, dewa Yunani hadir dalam mimpi dengan niat murni seperti Asclepius. Asclepius merupakan dewa perubatan Yunani dan memberi nasihat perubatan kepada si polan sama ada dari segi diagnosis penyakit atau penawar.

Asclepius. Sumber: Michael F. Mehnert/CC BY-SA 3.0

Jika ada individu yang mahu bermimpikan Asclepius, hanya perlu tidur di satu ruang khas di kuil yang didedikasikan kepadanya. Bagi membantu si polan bermimpikan dewa berkenaan, dia harus menjalani ritual mandi khas, mengorbankan haiwan atau tidur di atas belulang haiwan.

Tetapi sebelum ada memandai-mandai nak menafsir mimpi macam orang Yunani, kena ingat ini. Ilmu tafsir mimpi bukan sesuatu yang mudah dan hanya dikuasai oleh ulama yang benar-benar mahir saja. Dan jika mereka mahir sekalipun, mereka takkan sembarangan bagi tafsir mimpi kerana ini boleh saja jejaskan kehidupan orang yang memintanya.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ini yang berlaku kepada pengasas mazhab Syafie, Imam as-Syafie rahimahullah. Pada satu ketika, beliau menafsirkan mimpi seorang wanita yang ketika itu sedang mengandung. Selepas mendengar keterangan mimpi wanita berkenaan, beliau menafsirkan anak yang dikandungnya tidak akan hidup lama.

Ternyata tafsiran mimpi beliau menjadi kenyataan dengan izin Allah s.w.t. Tidak mahu tafsiran mimpinya membawa lebih banyak kemudaratan kepada orang lain, Imam as-Syafie bertindak membakar kitab tafsir mimpi yang dikarangnya sebelum ini. Ini menunjukkan betapa besarnya impak sesebuah tafsir mimpi pada kehidupan individu.


Sejarawan menganggap Tamadun Yunani Kuno sebagai pendahulu Tamadun Rom yang agung. Banyak dewa-dewi Rom jelas sama, diubah sikit-sikit saja berdasarkan mitologi Yunani Kuno. Maka jika anda berminat untuk menghayati sejarah Rom, kami menawarkan buku kami yang boleh dibeli melalui: https://thepatriots.store/store/books/kitab-tamadun-rom/

RUJUKAN

Wahid, A. (2021, 29 Jun). Bagaimana pandangan Islam terhadap mimpi, benarkah ia boleh ditafsirkan?. UtusanTV.

Kamil, M. (2022, 1 Julai). Dreams and Prophecy in Ancient Greece. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply