Orang Turkiye kalau sambut Hari Raya Aidilfitri ada lain macam sikit. Mereka memanggil perayaan ini dengan nama Şeker Bayramı yang bermaksud pesta gula!
Ya, orang Turkiye sana beraya dengan gula-gula dan manisan. Cara mereka sambut Şeker Bayramı lebih kurang juga macam kita sambut Hari Raya Aidilfitri, seperti menunaikan solar hari raya, berpakaian segak dan cantik, dan melawat ke rumah saudara-mara dan sahabat handai.
Tapi, cara mereka ucap hari raya lain sikit. Mereka tak sebut ‘Eid Mubarak’ seperti kebanyakan orang Arab ucap. Mereka mengucap ‘Bayramınız Kutlu’ atau ‘Mübarek Olsun’, bermaksud ‘Moga kenduri kamu diberkati’.
Kanak-kanak Turkiye sana ialah mereka yang paling gembira apabila tibanya hari raya. Mereka akan pergi rumah ke rumah dan mengucap hari raya. Tuan rumah kemudian memberikan duit raya bersama gula-gula atau coklat. Kerana hadiah inilah kanak-kanak sana begitu suka beraya!
Kalau kita ada kuih raya untuk jamu kepada para tetamu, orang Turkiye juga ada kuih raya mereka! Ada tiga jenis manisan yang biasa dihidang sempena hari raya: Baklava, Gullac, dan Turkish Delight.
Pertama ialah Baklava, manisan berupa lapisan pastri filo, diisi dengan inti kekacang dan pistachio, dan disapu dengan sirap atau madu. Asal usul Baklava tidak berapa jelas dan sejarawan senaraikan tiga teori tentang induk kepada Baklava ini.
Pertama, Baklava berasal dari kek placenta Yunani Kuno. Kek ini ialah lapisan pastri yang bercampur dengan keju dan madu. Teori kedua pula ialah Baklava berasal dari manisan kacang almond milik Arab bernama Lauzinaj. Teori terakhir pula ialah Baklava sebenarnya manisan dari tamadun Assyria pada abad ke-8 SM.
Manisan kedua orang Turkiye ialah Gullac. Gullac ialah manisan berupa lapisan pastri filo yang direndam dengan susu panas dan dicampur dengan kacang walnut, pistachio, dan biji buah delima. Manisan ini simpan dalam peti sejuk semalaman supaya kesemua bahan dicampur sebati.
Manisan orang Turkiye seterusnya ialah Turkish Delight, juga dipanggil dengan nama lokum. Cara pembuatan manisan ini agak unik, bermula dengan campurkan gula dan tepung kanji dengan air, kemudian campuran ini dimasak dengan api yang kecil.
Selepas campuran gula ini mengeras, ia akan dipotong dadu dan selaputkan dengan tepung kanji, serbuk gula, dan kelapa parut. Manisan ini sesuai disajikan bersama air kopi atau teh. Dikatakan manisan ini dihasilkan pada tahun 1777 oleh tuan kedai manisan Turki bernama Hacı Bekir.
Banyak lagi manisan-manisan orang Turkiye yang disajikan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tapi kerana mereka menyambut dengan menjamu manisan dan jadikan hadiah kepada kanak-kanak, tidak hairanlah kenapa hari raya mereka dipanggil sebagai Pesta Gula.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih