Jangan lupa, selain Cody Rhodes berjaya kalahkan Roman Reigns dalam Kejuaraan WWE Mutlak (Undisputed WWE Championship) dalam acara tahunan WrestleMania, kita ada juara Heavyweight Dunia terbaru bernama Damien Priest.

 

Selepas pencabar bernama Drew McIntyre kalahkan juara iaitu Seth ‘Freaking’ Rollins dalam Kejuaraan Heavyweight Dunia, Damien Priest muncul serahkan kontrak Money In The Bank untuk masukkan dirinya dalam perlawanan itu. Akhirnya Priest berjaya merampas kejuaraan dari Drew McIntyre.

 

Sekarang, kita kenal serba-sedikit pasal Damien Priest ini. Nama sebenarnya ialah Luis Martinez, lahir pada 26 September 1982 di New York. Walaupun lahir di AS, beliau membesar di Puerto Rico. Jadi, Puerto Rico boleh dianggap sebagai rumah kedua Priest.

 

Priest mula berminat temtang dunia gusti professional selepas Menonton siaran World Wrestling Council yang berpusat di Puerto Rico. Masa beliau berusia 10 tahun, dia berpindah ke AS dan sampainya usia dewasa, beliau mula melatih di pusat latihan Ring of Honor pada tahun 2014.

 

Masa awal penglibatan Priest, hidupnya bukanlah senang seperti bintang gusti lain yang popular. Masa tu beliau begitu berusaha cari duit untuk tampung hidupnya di AS. Pada hari biasa, Priest bekerja sebagai penjaga kelab malam (bouncer) dan pada hujung minggu saja beliau berlatih gusti.

 

Pernah beberapa bulan Priest menjadi gelandangan, terpaksa tidur di tepi jalan dan berfikir apa dia perlu makan untuk esok hari. Itulah hidup seharian yang beliau harus hadapi. Sehingga ramai kawan membantunya untuk dapatkan tempat tinggal, sehingga Priest bangkit semula dari kegagalan hidupnya.

 

Pernah salah satu pemilik kelab malam menawarkan kerja yang memberikan upah yang lumayan. Tapi dengan syarat Priest harus tinggalkan impiannya sebagai bintang gusti. Priest tersentak dan memberitahu bahawa dia berhenti kerja dengan notis dua minggu.

 

Pada mulanya, Priest terkejut dengan tindakannya sendiri kerana kerja di kelab malam sajalah tempat dia cari duit. Tapi, dari beliau gadaikan impiannya, lebih baik berhenti kerja terus.

 

Priest kemudian berusaha berlatih dan pergi ke gimnasium untuk mengubah bentuk badannya yang bersaiz besar ketika itu. Manakala dalam arena ROH, beliau pernah menjadi juara Dunia ROH Televisyen sekali.

 

Pada tahun 2018, beliau menyertai arena WWE melalui brand NXT. Dalam NXT, beliau pernah menjadi juara Amerika Utara NXT. Pada tahun 2021, beliau dimasukkan terus ke brand WWE dan mengungguli beberapa kejuaraan seperti Kejuaraan Amerika Syarikat (United States Championship), dan 4 kali juara tag team bersama bintang gusti Finn Balor.

 

Sekarang, Damien Priest menjadi juara Heavyweight Dunia. Beliau pernah katakan bahawa untuk menjadi bintang gusti bukannya mudah walaupun haikatnya dunia ini ada skrip bagai dan hanya menghempas badan saja. Seorang penggusti perlu berusaha menonjol dirinya dalam arena itu, supaya dirinya dapat pengiktirafan bukan saja dari bintang gusti lain, malah di mata para penonton.

 

Damien Priest adalah contoh bintang gusti yang bangkit dari kegagalan, menjadi pedoman dunia dengan memegang sabuk Kejuaraan Heavyweight Dunia. Tahniah, Señor!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply