Ramai yang cakap hidup single ini sangat mudah kerana tidak dikongkong dan bebas buat apa-apa sahaja tanpa halangan. Malah kepala kita pun tidak pening memikirkan perkara-perkara remeh seperti merajuk dan memujuk sebagai contoh. Tapi betul ke hidup single ini seronok? Jawapannya adalah separa benar kerana terlalu single boleh menyebabkan anda berpotensi terkena lonely death ataupun mati dalam keadaan kesepian.

Sekali imbas macam merepek sahaja tetapi jangan terkejut kerana lonely death banyak dilaporkan terjadi di negara dasar pandang ke timur iaitu Jepun dan Korea. Macam lonely death boleh berlaku di kedua-dua negara tersebut?

Kesepian ini terlalu indah walaupun pahit untuk menelan

Fenomena lonely death ataupun kodokushi dikatakan telah bermula setelah gempa bumi Great Hanshin 1995 melanda Jepun. Ketika itu terdapat khabar angin yang menyatakan beberapa individu telah meninggal tanpa dikesan di pusat perlindungan oleh kerana terlalu sesak. Khabar angin itu memberi tamparan kepada Jepun kerana mereka sama sekali gagal menguruskan bantuan kepada rakyat dengan baik.

Jepun fikir mungkin khabar angin itu adalah anasir jahat yang cuba merosakkan reputasi negara mereka. Namun pada awal era 2000an, kodokushi kembali dengan lebih dahsyat lagi apabila turut melanda kawasan perumahan awam. Bermakna ramai yang mati tanpa disedari di kawasan flat, apartment dan rumah semi D di Jepun. Kemuncaknya sebanyak 5513 kodokushi telah direkod di Jepun pada 2018 dan telah meningkat sebanyak 6 kali ganda. Kebanyakan yang terkena lonely death adalah mereka yang berumur 65 tahun ke atas

Kenapa boleh jadi begitu?

Masalah ini berpunca daripada budaya kerja masyarakat Jepun itu sendiri. Mereka ini gemar bekerja lebih masa sebagai tanda kerajinan. Apabila ini terjadi, interaksi antara jiran terutamanya golongan tua ataupun warga emas sangat kurang. Golongan warga emas ini tiada inisiatif untuk bergaul. Mereka lebih gemar duduk berseorangan sahaja atas alasan lebih tenang. Jika terjadinya lonely death, maka kematian mereka tidak disedari oleh jiran sebelah-menyebelah. Hanya bau busuk dan cecair yang hanyir sahaja menjadi tanda bahawa mereka telah tiada.

 

Pekerja yang diupah untuk membersihkan rumah.

Tambahan pula, lonely death ini akan memberikan masalah besar kepada pemilik rumah andai kata si mati adalah penyewa. Hal ini kerana pemilik rumah perlu membersihkan sendiri segala lendir-lendir dan bauan kurang menyenang yang terhasil kerana mayat mereput. Setelah itu rumah tersebut akan berstatus jiko bukken yang tidak mungkin akan disewa oleh masyarakat Jepun kerana bimbang diganggu oleh hantu.

Situasi ini menjadi masalah besar kepada pemilik-pemilik rumah sewa kerana nilai akan jatuh dan pelanggan turut lari. Bagi menyelesaikan masalah ini, terdapat pemilik rumah sewa yang menggunakan teknologi AI bagi mengelakkan kodukushi terus membawa. Caranya adalah AI akan memantau kehidupan warga emas setiap hari. Jika tiada pergerakan dalam masa 20 jam, panggilan suara akan dibuat kepada jiran terdekat. Andai kata tiada respon daripada jiran, emel akan terus dihantar kepada pemilik rumah.

Walau bagaimanapun, di Korea Selatan lain pula ceritanya berkenaan lonely death.

Lonely death ataupun godoksa semakin membarah di Korea kerana melibatkan golongan yang lebih muda iaitu dari umur 40 tahun hingga 60 tahun. Malah lebih 3159 kes lonely death telah dicatatkan di Korea pada 2021 dan kebanyakannya adalah lelaki. Jadi kepada lelaki di luar sana sila berhati-hati jika anda terlalu lama single kerana berkemungkinan untuk terkena lonely death adalah tinggi.

Mengapa godoksa boleh berlaku di Korea?

Semua ini berpunca daripada peningkatan orang single terutamanya lelaki secara mendadak di Korea Selatan. Ditambah pula, lelaki Korea memang suka bersara awal. Dah lah tak kahwin dan bersara awal pula tu, memang senang kena lonely death. Jangan ingat orang single je kena sebab yang dah kahwin pun kena lonely death. Ini kerana pasangan jarak-jauh di Korea memang sangat ramai. Jadi risiko lonely death lebih tinggi di Korea.

Bagi mengatasi masalah ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat inisiatif untuk melawat orang yang kesepian seminggu hari. Diharap agar lawatan ini mampu menghalang tragedi lonely death daripada membarah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Kesimpulannya, apa yang jadi di Korea dan Jepun perlu diambil iktibar kerana kita juga sudah menuju ke arah mereka. Jika berlakunya lonely death, kita sudah tahu cara untuk mengatasinya. Kepada yang single, sila cari pasangan sekarang agar tidak mati dalam kesepian.

Rujukan

Mccury, J. (2020, Disember 8). Concern in Japan over high number of ‘lonely deaths’ while living with others. The Guardian. Dipetik daripada https://www.theguardian.com/world/2020/dec/08/concern-lonely-deaths-japan-dementia

Montgomery, H. (2021, Oktober 14). More people are dying alone in Japan. AI helps find their bodies sooner. World News. Dipetik daripada https://www.vice.com/en/article/7kv57a/lonely-deaths-japan-motion-sensor-technology

Steger, I. (2018, Mac 22). Middle-aged men in South Korea are particularly at risk of dying alone. Quartz. Dipetik daripada https://qz.com/1235105/south-korea-is-trying-to-reduce-the-number-of-godoksa-or-lonely-deaths/

Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply