Semalam, ada satu ciapan yang tular dibuat oleh pempengaruh Isráīl yang menemu ramah seorang rakyat Malaysia yang cuba sokong Isráīl. Manakala yang menentang pula dia tuduh sebagai ekstremis.
Peliknya, dia dakwa masyarakat Arab selama ni merosakkan pemikiran rakyat Malaysia yang buat kita pandang serong terhadap Isráīl. Kononnya ini dibawa oleh pihak Fa-Ta-Ha dan Ha-Mim-Sin.
Sebenarnya, apa yang dia cuba sampaikan ni? Kalau korang tak faham, saya pun tak faham.
Dia siap minta diwujudkan Kedutaan Isráīl ni lagi di Malaysia. Sampai macam tu sekali dia nak Malaysia ada hubungan dengan Isráīl.
Kalau ikutkan sejarah, dari dulu lagi Isráīl ni nak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Entah kenapa beria sangat diorang ni. Bukan ada kait apa-apa pun dengan kita.
Tahun 1956 dulu, Moshe Sharett datang Kuala Lumpur dan cadangkan kepada Tunku Abdul Rahman untuk adanya konsulat Isráīl diletak di sini.
Lepas merdeka, diorang nak konsulat tu dijadikan duta Isráīl di Tanah Melayu. British Foreign Office tolak cadangan diorang sebab tau orang Melayu memang tak gemar dengan Isráīl.
David Ben-Gurion, Perdana Menteri Isráīl siap bagi ucapan tahniah siap selit nak minta buka kedutaan di Kuala Lumpur. Yang lagi mengejutkan, Isráīl antara yang terawal undi kemasukan Tanah Melayu sebagai ahli tetap PBB.
Berkali-kali Isráīl cuba masuk line, hantar Moshe Yuval jumpa Tunku. Tapi Tunku sendiri yang pro-barat pun tolak mentah-mentah. Siap janji dengan negara-negara Arab yang kita takkan berbaik dengan Isráīl.
Malah lepas pembentukan Malaysia pun diorang cuba masuk line lagi. Sampai sudah kena reject. Malaysia siap tak bagi kapal-kapal Isráīl yang berlabuh turunkan anak kapal dan pemegang passport negara tu dilarang masuk Malaysia.
Malah sebelum merdeka pun, kita dah perjuangkan nasib rakyat Filastīn sepertimana yang diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang jejakkan kaki di sana pada 1930-an lagi. Isráīl sendiri belum wujud masa tu.
Beliau sertai demonstrasi menentang Perjanjian Balfour 1917 yang buat rakyat Filastīn ditindas Mandat British di Filastīn. Bila beliau pulang ke Tanah Melayu, beliau ditahan British. Tapi beliau tak patah semangat.
Beliau terbitkan majalah Taman Bahagia dan paparkan artikel perjuangan rakyat Filastīn. British tahu yang media main peranan yang sangat kuat masa tu, diorang pun haramkan majalah ni.
Benda ni pun dah lama berlaku, bukannya baru lagi. Apa yang dia tuduh “merosakkan pemikiran” tu pun dah pelik. Apatah lagi dia pula minta diwujudkan Kedutaan Isráīl.
Tak betul ini orang. Nak sangat jadi gunting dalam selimut.
Oleh: Azizul Farhan
___
Adakah Yahudi benar-benar berkait dengan orang Melayu? Jawapan kepada persoalan ini ada dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan segera!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.