Dalam trivia sebelum ni, saya dah kongsikan berapa Selangor dapat apabila melepaskan Kuala Lumpur yang sebelum ini ibu negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan.
Bagaimana pula dengan Putrajaya?
Putrajaya atau nama asalnya Air Hitam kemudian bertukar kepada Prang Besar merupakan kawasan estet getah yang diasaskan oleh British sekitar tahun 1918.
Kenapa nama dia Prang Besar?
Nama ni sebenarnya diambil sempena Perang Dunia Pertama memandangkan kesemua pemilik tanah ni terdiri daripada bekas-bekas tentera British yang berperang di sana. Prang Besar Estate Limited ditubuhkan pada 16 April 1921.
Kita lompat ke era akhir 1980-an dimana Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad rancang nak buat pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru nak ganti Kuala Lumpur dan KLIA. Antara tempat yang dicadangkan ialah Prang Besar dan Janda Baik.
Kerajaan Persekutuan pun berundinglah dengan Kerajaan Selangor. Hasil daripada rundingan, Kerajaan Persekutuan kena bayar pampasan kepada Selangor untuk dapatkan 11,320 ekar tanah atau 45.8km² untuk tanah tu.
Maka satu perjanjian penyerahan Putrajaya dari Kerajaan Selangor kepada Kerajaan Persekutuan dibuat pada 30 Julai 1995.
Pembinaan bermula pada Ogos 1995 menelan kos sebanyak USD8.1 bilion untuk bina sebuah bandar pintar yang lengkap dengan taman dan direka serta dibina oleh syarikat Malaysia sendiri.
Pada 7 November 2000, satu lagi persetujuan dicapai di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan diletakkan hak sebagai sebuah Wilayah Persekutuan.
Ironinya, perjanjian ni ditandatangani oleh Sultan Selangor sendiri iaitu KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA ke-11 Al-marhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj sebagai Ketua Negara Malaysia manakala Pemangku Sultan Selangor DYTM Tengku Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj sebagai Ketua Negeri Selangor.
Jadi, berapa Kerajaan Persekutuan bayar?
Mengikut pada perjanjian, Kerajaan Persekutuan bayar RM200 juta secara terus dan RM7.5 juta setiap tahun sampai bila-bila selama-lamanya selagi wujudnya Putrajaya tu kepada Kerajaan Selangor.
Kerajaan Persekutuan pun bagi RM800 juta kepada Kerajaan Selangor di bawah Rancangan Malaysia ke-8 untuk membangunkan kawasan-kawasan sekitar Putrajaya khususnya yang berada di dalam daerah Sepang.
Pada 1 Februari 2001, Tun Dr. Mahathir mengisytiharkan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan dan diadakan upacara penyerahan daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Nama Putrajaya itu pula diambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia Pertama merangkap Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Maka terbentuklah Putrajaya yang kita kenali sehingga hari ini.
Oleh: Azizul Farhan
___
Kenal lagi sejarah dan budaya Melayu bersama Kitab Tamadun Melayu. Dapatkan segera!
Nak ingatkan juga pada korang, Pesta Buku Antarabangsa Selangor dah bermula hari ini di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam! Anda turut berpeluang untuk beramah-mesra bersama penulis-penulis kegemaran anda. Jumpa anda di sana!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply