Orang Korea bukannya langsung tak tumbuh misai, janggut, dan jambang. Seperti semua kaum, orang Korea pun ada hormon testosteron pertumbuhan rambut muka.

 

Gambar-gambar dari Dinasti Joseon boleh jadi bukti. Kalau tengok drama sejarah Korea pun boleh nampak diorang ada jambang. Orang Korea pada masa tu biarkan je bulu pada muka mereka tumbuh panjang, sebab pemerintah Dinasti Joseon kuat amalkan Konfusianisme.

 

Konfusianisme melarang manusia mencederakan bahagian badan, termasuk memotong rambut.

 

Orang Korea langsung tak gunting rambut, cukur misai, janggut dan jambang selama lima ratus tahun berdirinya Dinasti Joseon.

 

Era Gwangmu 1897-1900 menyaksikan perubahan yang luar biasa. Korea berada di bawah kawalan Jepun walaupun Dinasti Joseon masih wujud.

 

Dalam tempoh tiga tahun, pembaharuan Gwangmu diperkenalkan. Salah satunya ialah pembaratan gaya hidup masyarakat. Potong rambut, cukur misai dan janggut mula diperkenalkan.

 

Selepas Jepun jajah Korea sepenuhnya pada tahun 1910, keadaan berubah lagi. Orang Korea kekalkan misai untuk menghormati Maharaja Jepun.

 

Selepas era penjajahan Jepun tamat, Korea seolah-olah kembali ke Era Gwangmu. Maklumlah, reformasi belum selesai. Mereka potong misai sebagai simbolik menentang Jepun.

 

Lama-kelamaan, potong bulu-bulu ni dah jadi budaya mereka. Korea pun membentuk standard kecantikannya sendiri.

 

Di Korea, lelaki dipanggil kacak kalau mukanya flawless macam bayi. Sebab itulah orang Korea kerap bercukur. Mereka yang kekalkan janggut dianggap dah capai titik terendah dalam hidup dan mula menjalani kehidupan dibelenggu dadah dan alkohol.

 

Benda ni dah berlaku lama sebelum K-Pop wujud. Malah, sebelum tahun 2000-an, semua pemain bola sepak pasukan kebangsaan Korea takde bulu muka. Akibatnya, ramai orang luar kata wajah mereka kelihatan sama.

 

Bila K-Pop meletup, budaya dan standard kecantikan Korea terus menjadi pilihan lelaki untuk kekal dengan tanpa bulu di muka, sebab ia boleh menarik minat individu daripada semua jantina.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Unikkan budaya Korea? Ni baru cerita pasal cukur bulu, belum cerita pasal mitologi diorang lagi. Banyak lagi yang korang boleh tau bila selam lebih dalam berkenaan sejarah Korea bersama KITAB TAMADUN KOREA! Dapatkan segera!

https://bit.ly/kitabtamadunkoreashopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply