Tahun 1982, kejadian paling aneh ni berlaku di zaman Almarhum Sultan Idris Shah dan Almarhum Sultan Iskandar. Aidilfitri yang sepatutnya jatuh pada 23 Julai 1982 disambut pada 22 Julai 1982 di 2 negeri ni.
Masa tu, lokasi pencerapan anak bulan tak sebanyak sekarang, sekarang ada 29. Mungkin masa tu takde satu pun lokasi ni yg nampak anak bulan lepas maghrib. Sampaikan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dah isytihar raya lusa hari.
Bermula lah nelayan yang balik dari laut dakwa dah nampak anak bulan kat laut. Perkara ni dikuatkan lagi katanya ada komander Marin yang berlegar di sekitar Selat Melaka dah nampak anak bulan.
Berita ni sampai kepada mufti dan disampaikan pulak kepada sultan.
Baginda Sultan yakin dengan penampakan anak bulan tu dan bertitah bahawa esok raya.
Maka Perak dan Johor sambut raya awal sehari berbanding negeri lain.
Masa tu kiraan Hijri cuma guna Rukyah je, iaitu tengok anak bulan. Kalau ada, rayalah.
Pengumuman bahawa lusa raya dah dibuat dalam TV. Tiba² kecoh raya esok hari diwar-warkan melalui siren kereta peronda polis dan radio kedua-dua negeri ni. Menggelabah la dah raya mengejut.
Keadaan jadi kecoh bila penduduk yg duduk di sempadan dua-dua negeri ni tau benda ni. Macam orang Selangor jadi pelik, pergi Tanjung Malim dah boleh makan waktu siang. Bila balik Selangor, penduduk Selangor masih puasa. Agak kelakar tapi unik sebenarnya.
Setahun kemudian, Ramadan pulak diawalkan di kedua-dua negeri ni. Sedangkan 1 Malaysia dah tetapkan puasa pada 13 Jun 1983. Johor dan Perak raya awal lagi?
Tak, end up diorang raya serentak 1 Malaysia pada 14 Julai 1983.
Tahun 1992, Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura tetapkan permulaan bulan hijri menggunakan Imkanur Rukyah, iaitu Rukyah dan Hisab.
Oleh: Azizul Farhan
___
Raya dah nak dekat! Nak tahu pasal falsafah Ketupat, Pulut Kuning dan Sirih Junjung? Jawapannya ada di dalam KITAB TAMADUN MELAYU I!
Dapatkan siri KTM di Shopee kami sekarang!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply