Tak, tajuk ini benar dan kisahnya juga benar. Ya, menurut bukti awal yang didokumenkan, versi golf yang terawal sebenarnya datang dari China!

Permainan golf purba ini yang dipanggil chuiwan (捶丸) – chui bermaksud memukul dan wan bermaksud bola, menjadi sangat popular ketika era Dinasti Song (960–1279).  Malah, gambaran permainan golf purba ini turut dipaparkan dalam lukisan ketika Dinasti Ming (1368–1644).

Chuiwan, yang diterjemahkan kepada “bola serangan,” adalah aktiviti masa lapang yang popular semasa Dinasti Song. Ia melibatkan pemain menggunakan batang buluh untuk memukul bola yang diperbuat daripada kulit ke dalam beberapa lubang yang ditetapkan. “Lubang” ini biasanya ditanda dengan bendera berhias, sama seperti bendera yang kita lihat di padang golf hari ini.

Sewaktu Dinasti Yuan (1271–1368), ada sebuah buku yang diterbitkan bertajuk Wan Jing atau Kisah Klasik Bola yang menyatakan maklumat serta panduan tentang golf purba ini. Ia menerangkan peraturan permainan, dan memberi penekanan yang besar pada semangat kesukanan dan tingkah laku yang betul sewaktu bermain.

Ada juga sebuah buku kuno lain yang menyebut tentang seorang majistret Dinasti Tang Selatan (937–976) yang memberitahu anak perempuannya untuk “menggali lubang di dalam tanah” supaya dia boleh memukul bola ke dalam lubang itu menggunakan kayu khas.

Dalam lukisan purba China, ada ditunjukkan kayu pemukul yang punyai persamaan ketara dengan peralatan golf moden. Malah, ada lukisan yang menggambarkan Maharaja Xuanzong daripada Dinasti Ming bermain chuiwan di atas padang yang ditanda dengan jelas dengan kayu bendera dan kelihatan sama dengan gren latihan (putting green) moden.

Permainan chuiwan ini tidak memerlukan aktiviti fizikal yang banyak, jadi ia menjadi aktiviti kegemaran wanita ketika itu. Lukisan yang dihasilkan oleh seniman Dinasti Ming, iaitu Du Jin menggambarkan aktiviti riadah wanita bangsawan semasa Dinasti Ming, termasuk bermain alat muzik, melawat taman, bermain cuju (sejenis bola sepak), dan bermain chuiwan.

Maknanya, ketika Dinasti Ming, chuiwan ini adalah permainan orang kaya, kerana ia tak perlukan struktur yang rumit, cukup dengan hanya menggali beberapa lubang yang digali antara pokok.

Salah  seorang pemain yang gemarkan chuiwan ini ialah Maharaja Huizong daripada Dinasti Song (1082–1135). Kayu golf maharaja ini biasanya dibuat daripada bahan yang paling berharga seperti emas, dan dihiasi dengan batu permata.

Chuiwan ini mula berkembang dan menjadi sukan popular bagi maharaja dan rakyat biasa. Namun, pada zaman Dinasti Qing, permainan ini jarang dimainkan dan kurang popular dalam kalangan rakyat, sebelum ia dilupakan.

Sebab inilah apabila golf moden diperkenalkan, mereka menyatakan bahawa sukan golf itu sukan asing, sedangkan masyarakat purba di China telah lama bermain golf chuiwan ini!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply