Apabila Mesir dan negara arab tewas kepada Israel dalam Perang Enam Hari 1967, mitos tercipta bahawa Israel tidak akan tewas ke tangan-tangan Arab. Presiden Anwar Sadat yang menggantikan Gamal Abdel Nasser tercari-cari formula untuk memulihkankan kembali air muka Arab. Beliau sedar apa yang diperlukan bukan formula ajaib, tetapi muslihat untuk megalahkan Israel dan merampas kembali tanah Sinai.
Kekuatan Israel adalah pada pasukan kereta kebal, pasukan udaranya dan sistem panggilan mobilisasi pasukan simpanan yang cekap dan pantas. Tidak banyak pula negara mahu membekalkan senjata kepada Mesir, kecuali Kesatuan Soviet. Apabila Mesir merayu supaya Soviet membekalkan senjata canggih seperti peluru berpandu Scud, pengebom Tupolev Tu-22 dan jet pejuang MiG-23 pemimpin Soviet menyindir. “Mesir perlu ada tiga perkara untuk berperang. Pertama adalah senjata, kedua adalah latihan dan ketiga adalah semangat….kamu telah memiliki yang pertama dan kedua” katanya.
Pada jam 2 petang 6 Oktober 1973, Operasi Badar dilancarkan dan dalam masa kurang 24 jam 850 kereta kebal dan ratusan ribu tentera Mesir telah berjaya menyeberangi Terusan Suez. Pada masa yang sama tentera Syria juga melancarkan serangan mengejut di Bukit Golan. Israel panik kerana tidak menyangka Mesir dan Syria akan berperang didalam bulan Ramadhan dan Perayaan Yom Kippur hari suci bagi orang-orang Yahudi. Apakah transformasi yang telah dilakukan oleh Mesir dan Syria sehingga yakin untuk berhadapan dengan Israel? Apakah muslihat yang mereka gunakan? Dapatkan jawapannya disini.
Lain-lain yang menarik:
1. Raja Hussein Jordan menerbangkan sendiri helikopter ke Israel menemui Perdana Menteri Israel Golda Meir bagi memaklumkan niat Mesir dan Syria hendak memerangi Israel.
2. Muslihat yang dimainkan oleh tentera Mesir dan Syria dimana media melaporkan tentera Mesir tidak cekap, kekurangan peluru dan stok perang, kekurangan juruterbang terlatih sehingga latihan tentera yang dihadiri oleh atase tentera asing memperlihatkan kegagalan tentera Mesir mengendalikan senjata canggih.
3. Mesir melakukan dua kali latihan besar-besaran sebagai muslihat yang mengakibatkan Israel berjaga-jaga dengan mengerah tentera simpanan. Setiap kerahan mengakibatkan kerugian jutaan dollar kepada Israel kerana tentera simpanan terpaksa meninggalkan pekerjaan hakiki mereka. Apabila Mesir melaksanakan latihan kali ke-3, Israel tidak bersedia dan kesempatan ini digunakan oleh Mesir.
4. Mesir mengadaptasi doktrin peperangan Soviet dan mengambil kesukaran menterjemah ke dalam bahasa Arab dan Inggeris bagi melatih tenteranya. Walaupun mereka melakukan ubah-suai, ia adalah kali pertama doktrin perang Soviet selepas Perang Dunia ke-2 dipraktikkan.
5. Peperangan ini menyaksikan pertempuran yang melibatkan ribuan kereta kebal di Valley of Tears, Bukit Golan dan di Sinai.
6. Perbalahan antara perisikan Israel AMAN dan MOSAD dengan komander-komander tentera IDF tentang “the concept”. Konsep yang dicipta oleh mereka bahawa tentera Mesir akan hanya bersedia berperang jika mereka mendapat senjata tercanggih dari Soviet. Menurut analisa pihak perisiakan pada tahun 1973 Mesir masih belum bersedia.
7. Ashraf Marwan, menantu Gamal Abdel Nasser a.k.a. Babel atau The Angel telah membekalkan banyak maklumat kepada perisikan Israel tentang persiapan ketenteraan Mesir.
8. Operasi Nickel Grass dilancarkan oleh Amerika untuk menyelamatkan Israel dengan menghantar peralatan perang melalui 567 misi penerbangan oleh pesawat C-5A Galaxy dan C-141 Stratolifter. Tanpa bantuan ini IDF berada didalam keadaan kritikal.
9. Media barat membesar-besarkan cerita kejayaan IDF berjaya menembusi pertahanan Mesir dan berada 100 km dari Kaherah. Bagaimanapun kekuatan mereka hanyalah satu divisyen dan berjaya dihalang oleh tentera Mesir. Tiada langsung kisah kegagalan IDF menawan bandar Suez oleh pasukan kereta kebal dan paratrooper elit mereka, sedangkan pertahanan di bandar Suez hanya pasukan tentera bersenjata ringan dibantu oleh polis dan pasukan militia.
10. Penggunaan misil-misil moden buatan Soviet terbukti berkesan seperti AT-4 Sagger anti-kereta kebal, SA-6 Gainful dan SA-3 Goa anti-pesawat udara. Juga buat pertama kalinya peluru berpandu Scud digunakan pada penghujung perang.
11. Hasil siasatan Suruhanjaya Agranat telah memutuskan Perdana Menteri Israel, Golda Meir supaya meletakkan jawatan, dan beberapa jeneral turut ditamatkan perkhidmatan atas kegagalan menghalang dan kelewatan mengerahkan pasukan simpanan Israel pada awal perang.
12. Moshe Dayan mencadangkan penggunaan senjata nuklear bagi menyekat tentera Arab tetapi ditentang oleh Yigal Alon dan Yisrael Galili.
13. Selepas beberapa dekad tamatnya perang, kedua-dua bekas pengarah perisikan Mossad dan AMAN iaitu Eli Zeira dan Zwi Zamir masih lagi bertelagah berlanjutan hingga ke mahkamah pada tahun 2012.
Ingin membaca lebih lanjut mengenai Operasi Badar? Jom dapatkan buku kami ini di PBAKL2019 yang akan berlangsung di PWTC bermula daripada 29/3/2019 berakhir pada 7/4/2019.
Lokasi Patriots Publications:
Dewan Tun Razak 4, PWTC
Nombor Reruai (Booth): 4097-4098
29 MAC – 7 APRIL 2019
10 PAGI – 9 MALAM
Atau boleh beli melalui pra-tempah kepada mereka yang tak berkesempatan untuk turun.
Operasi Badar Mencalar Keangkuhan Yahudi: http://bit.ly/opsbadar
Pembelian melalui wassap pun boleh pada nombor dibawah:
+601160885735 (http://bit.ly/2TkEPse) <– Klik link ni terus bawak ke wassap.
– The Patriots
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih