Malaysia pernah digemparkan dengan penularan penyakit Japanese Encephalitis atau JE pada tahun 90-an.

 

Apa benda penyakit JE ni?

 

Penyakit Japanese Encephalitis ni penyakit bawaan nyamuk keluarga Flavivirus yang juga sebarkan penyakit lain seperti demam denggi, demam kuning dan West Nile.

 

Virus JE menjadi penyebab utama keradangan otak di Asia. Nyamuk ni mana-mana pun ada, bukan kat Jepun je. Cumanya, kes pertama yang dilaporkan ialah pada tahun 1871 di Jepun. Sebab tu nama penyakit ni Japanese Encephalitis.

 

Penyakit JE ni disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex lepas gigit ternakan khinzir yang dijangkiti. Nyamuk yang membawa virus tersebut boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia, haiwan ternakan lain dan burung yang hidup di kawasan air.

 

Walau bagaimanapun, virus JE takkan berjangkit sesama manusia, ataupun jika makan daging khinzir yang telah dijangkiti oleh virus tersebut.

 

Kajian menganggarkan sebanyak 68,000 kes klinikal yang dilaporkan oleh seluruh dunia pada setiap tahun, dengan 13,600 hingga 20,400 kes penularan JE melibatkan kematian.

 

Selepas dijangkiti virus JE, gejala akan muncul di antara 4 hingga 14 hari.

 

Kebiasaannya, penghidap penyakit JE hanya dapat gejala yang ringan seperti sakit perut dan muntah ataupun tanpa gejala yang jelas sama sekali.

 

Gejala paling teruk dialami penghidap penyakit JE seperti demam suhu tinggi, sakit kepala, kejang leher, sawan, lumpuh, koma dan mati.

 

Mengikut WHO, kadar kematian kes boleh mencapai 30% bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit Japanese Encephalitis.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Banyak lagi penyakit yang anda boleh tahu dengan THE PLAGUE! Buku yang sesuai untuk korang dapatkan ilmu sebegini! Mari beli di Shopee kami:

https://bit.ly/ThePlagueShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply