Kenapa Islam sampai ke bangsa Melayu tanpa pertumpahan darah, perang, penaklukan? Nilai-nilai Islam itu sendiri sangat dekat dengan bangsa Melayu, sekaligus menolak dakwaan yang mengatakan bahawa nilai Islam dan tatasusila bangsa Melayu adalah tidak sama.
1. Melayan Tetamu
Islam sangat meninggikan nilai menjaga tetamu. Orang Melayu sebagai pengawal kepada laluan-laluan utama perdagangan sentiasa menerima tetamu-tetamu dari bangsa lain di dunia. Mereka sudah terbiasa melayan tetamu dari tempat asing dengan baik.
Apabila nilai Islam yang sangat mengangkat tetamu, ia sekaligus menarik minat orang Melayu pada Islam, ia menjadikan Islam sangat dekat dengan jiwa Melayu. Hayati hadis di bawah:
“Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, maka hendaklah dia berkata perkara yang baik atau diam. Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, maka hendaklah dia memuliakan jirannya. Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, hendaklah dia memuliakan tetamunya.” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
2. Dalam Islam, Tidak Wujud Kasta
Kalau dalam agama yang dianuti oleh orang Melayu sebelum ini, wujud kasta yang membezakan setiap kelas manusia. Dari pendeta kepada pahlawan, kepada masyarakat biasa dan hamba sahaya. Dari warna kulit keputihan kepada keperangan, dan yang paling gelap terperosok di tangga ke bawah.
Apabila datang agama Islam ini, orang Melayu menjadi tertarik dengan sistem di mana takwa manusia pada TUHAN yang mengangkat martabat manusia. Justeru, ia menjadi daya penarik kepada orang Melayu. Ia juga membuatkan senang masyarakat biasa memeluk Islam. Tidak seperti agama Hindu-Buddha yang dihipotesiskan dan diteorikan sebagai agama para bangsawan sahaja.
3. Islam Mengangkat Martabat Wanita
Zaman feudal abad-abad pertengahan dahulu meletakkan martabat wanita di tempat terbawah. Di Eropah, di Arabia, di India, di Afrika. Tetapi orang Melayu tidak kelihatan mempunyai budaya sedemikian. Mungkin sebab budaya matriarchy Austronesia yang di mana anak-anak lebih dekat ibu ketika si ayah berlayar. Sebab itu raja-raja Melayu atau rumpunnya sebelum Islam pernah dijabat oleh wanita, sebagai contoh Ratu Sima.
Selepas Islam datang dan orang Melayu melihat hak yang diletakkan pada kaum wanita ini, mereka lebih dekat. Sebab itu selepas memeluk Islam, betapa banyaknya raja-raja dan pemerintah Tamadun Melayu dari kaum wanita. Adrujha, Cik Siti Wan Kembang I dan II, ratu-ratu Pattani yang agung, ratu-ratu Acheh yang hebat, dan juga panglima dan laksamana perang dalam sejarah Melayu dari kaum wanita! Pada saat zaman feudal meletakkan martabat wanita di bawah tapak kaki, Islam mengangkat martabat wanita.
4. Nilai Islam Mengembangkan Lagi Perdagangan
Islam disebarkan oleh pedagang-pedagang dari Arab, Cina dan India. Tetapi mostly dari Arab. Orang-orang Arab yang beragama Islam ini membuka peluang perdagangan untuk orang Melayu untuk melebarkan sayap perdagangan mereka di bumi Arab.
Lagipun Islam tidak pernah menghalang untuk menjadi kaya, bahkan berniaga itu ialah sunnah Nabi. Betapa banyak sahabat nabi menjadi kaya-raya kerana melalui perniagaan. Bahkan Islam mengatakan 9 daripada 10 sumber rezeki ialah melalui perniagaan. Sebagai bangsa berdagang, orang Melayu memandang nilai ini sangat dekat dengan mereka. Mereka orang yang berniaga dan berdagang sejak ribuan tahun yang lalu.
Nilai-nilai ini sangat dekat dengan jiwa orang Melayu, lantas membawa mereka memeluk Islam secara beramai-ramai.
Kesimpulan
Umat Melayu memeluk Islam kerana betapa nilai-nilai Islam itu sudah wujud dalam peradaban Melayu, menjadikan mereka tidak ada masalah untuk menerimanya. Nilai seperti memuliakan tetamu, nilai seperti tidak wujud kasta dalam masyarakat Melayu, atau nilai seperti membuka perluang perdagangan dan mengalakkan lagi aktiviti perniagaan menjadikan orang Melayu lebih dekat dengan Islam.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih