Tahukah anda mengapakah Thailand begitu mementingkan ‘syiar-syiar’ patriotisme meresap di segenap negaranya? Hatta menegakkan tiang bendera di setiap wilayah dan mengibarkan bendera Thailand adalah satu aksi wajib dipertahankan? Ni belum sembang bab gambar raja dia.

Bina bangunan kerajaan mesti ada unsur senibina tradisi, paling koman pun bumbung mesti ada identiti sendiri. Kibarkan bendera, pasang potret raja. Benda-benda ni mungkin bagi kita akan terkagum-kagum sebab apa dan mengapa tetapi bila kita lihat semangat patriotisme rakyat mereka begitu kuat, sayangkan tanahair, kita pun kecam diri sendiri, bangsatkan bangsa sendiri padahal apa yang mereka buat untuk perkasakan identiti, untuk bina jatidiri kita tak buat. Mana maunye.

Mereka pertahankan identiti, kita buang identiti. Mereka perkasakan jatidiri, kita lacurkan jatidiri. Bila jadi bodoh, lembik, dayus, jongos… mula tercangak-bangak, terpisat-pisat. Lepas tu jadi ‘escapism’ salahkan budaya Melayu. Apa kena-mengena budaya Melayu dengan kau sendiri yang mencipta nasib kau yang malang ni?

Kita yang bertanggungjawab ‘create’ masa depan dan corakkan nasib kita sendiri. Bukan orang lain. Bukan siapa-siapa. Kita sendiri.

Mereka pilih dengan cara mereka, kibarkan bendera, tonjolkan identiti, canangkan kebanggaan mereka. Walau bergaduh baju merah baju kuning, mereka tetap kibarkan bendera mereka, angkat potret raja. Thailand mendidik warganegara mereka supaya mencintai tanahair kaw-kaw punye. Mereka jaga bahasa mereka, senibeladiri mereka, senibina mereka dan budaya mereka.


Kita di sini salahkan budaya Melayu. Konon nak jadi liberal. Kalau nak jadi liberal kena liberal betul-betul. Bukan ngaku liberal tapi asyik salahkan Melayu saja. Nak ‘attack’ Islam saja.

Wilayah-wilayah sendiri kena bina identiti sendiri. Kena pacak apa jua identiti negara. Bendera ke, bangunan ke. Bangunan mestilah ada unsur tradisi yang unik yang tiada pada negara lain. Jika kita tak buat begini mungkin seratus tahun akan datang orang boleh celah buat macam-macam klaim. Benda ni paling praktikal dekat laut. Pulau-pulau tak berpenghuni. Terumbu karang. Negara yang oportunis akan bina struktur sikit-sikit di situ. Lepas tu dia klaim dengan alasan negara lain tak amik peduli pun. Bila jadi kes macam Pulau Batu Putih baru padan muka.

Patriotisme ni ada ilmu dia. Ada fungsi dia. Dia bukan satu perkataan yang poyo. Tapi satu perkataan yang memendam kuasa yang hebat. Hebat tak hebat lah sampai Thailand boleh pacak bangunan dan berjaya kibarkan bendera di sebelah bendera Malaysia yang diselit saja dipagar, buruk dan senget.

Kalau nak kibarkan bendera pun malas, jangan haraplah boleh berjuang macam Tunku Muhammad Saad. Buat malu 10 keturunan saja.

Learn this.

Pautan: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hilangnya-jalur-gemilang-di-pintu-sempadan-165651

~Srikandi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.