Antartika ialah satu-satunya benua yang tidak akan dimiliki oleh negara-negara di seluruh dunia. Selain lokasinya yang berada di Kutub Selatan yang mustahil untuk manusia tinggal dalam jangka masa yang lama, ekosistem dan sumber mineral dalam perut benua ini harus dijaga untuk sejagat dunia. Kini, beua tersejuk dunia ini menjadi tempat penyelidikan saintis-saintis untuk mengkaji ekosistem serta keadaan geografinya.
Sejarah penerokaan benua Antartika, menurut catatan sejarah bermula pada tahun 1820 oleh peneroka Rusia, kemudian diikuti oleh peneroka Amerika pada tahun seterusnya. Yang sebenarnya, terdapat kajian menunjukkan bahawa ada manusia yang terawal meneroka Antartika sebelum tahun 1820, malah menjadikan benua itu sebagai tempat persinggahan! Golongan yang terawal meneroka Antartika tersebut ialah nenek moyang The Rock, lebih tepat kaum Maori dari New Zealand.
Betulkah orang Maori, iaitu saudara jauh orang Melayu ini pernah menjelajah Antartika dulu? Dan kenapa saintis sekarang baru menemuipenemuan yang akan merubah sejarah penjelajahan ke benua paling selatan ini? Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, pembaca harus membaca artikel ini lebih lanjut.
Kajian ini dilaksanakan dilaksanakan oleh kumpulan penyelidik yang diketuai oleh ahli biologi konservasi bernama Priscilla Wehi dari pusat penyelidikan Manaaki Whenua Landcare Research. Sumber kajian mereka berdasarkan kisah lisan yang disampaikan turun-temurun yang dipanggil sebagai ‘grey literature’.
Penemuan pertama mereka ialah kisah tentang penjelajahan laut orang Maori pada abad ke-7 Masihi. Masa ini New Zealand masih belum diduduki oleh orang Maori sendiri. Dikatakan bahawa ketua orang Maori bernama Hui Te Rangiora bersama anggota pelayarannya berlayar ke selatan Lautan Pasifik, kemudian menemui laut yang mengeras menjadi ais. Di sini, Wehi percaya bahawa mereka hampir tiba ke Antartika dan tidak mustahil mereka menemui benua tersebut.
Penemuan kedua juga dari kisah lisan ialah Te Atu, seorang pelayar dari puak Ngapuhi yang menduduki Semenanjung Northland di utara New Zealand. Te Atu ialah orang Maori pertama tiba di Antartika pada tahun 1840 ketika bersama kumpulan ekspedisi Amerika Syarikat. Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 Masihi, penjelajahan di Antartika semakin rancak oleh para penjelajah Eropah dan Amerika Syarikat, dengan bantuan orang Maori dari New Zealand.
Dari pengalaman orang Maori menjelajah ke Antartika ini, Wehi mengesahkan bahawa tidak mustahil nenek moyang mereka pernah tiba di perairan Antartika, sekaligus pernah memijak kaki di benua tersebut. Tapi, tidak ada pendedahan tentang sejarah lisan mereka untuk memberitahu dunia tentang kisah penjelajahan orang Maori ini. Jadi, inilah tugas Wehi sebagai pengkaji yang menyampaikan penemuan menarik ini.
Walau bagaimanapun, terdapat masalah dalam kajian Wehi ini, sehingga ramai saintis New Zealand sendiri mempertikaikan kredibiliti Wehi sebagai saintis. Masalah tersebut ialah ketiadaan bukti yang jelas dan nyata untuk sahihkan kisah penjelajahan orang Maori ke Antartika ini. Dari laman web sains bernama Why Evolution is True? Yang menyiarkan artikel bertajuk ‘Once again: did the Maori discover Antarctica?’, penulis mempertikaikan hujah Wehi yang menyatakan bahawa beliau tidak telus atas kajian saintifik yang biasanya siantis lain lakukan.
Penulis artikel menjelaskan bahawa penemuan hanya bergantung kepada ‘grey literature’ yang didakwa olelh Wehi sebenarnya tidak cukup lagi untuk mengesahkan perkaitan orang Maori dengan Antartika. Kisah penjelajahan mereka ke Antartika sekadar dongeng saja, jika masih tidak dapat disahihkan dari pembuktian saintifik seperti sumber bertulis seperti karya-karya yang ditulis oleh orang Maori sendiri. Jadi, adakah Wehi menipu semata-mata memulihara kisah lisan orang Maori saja?
Sama ada Wehi menipu atau tidak, kajian ini membuka minda kita tentang sejarah saudara jauh orang Melayu ini. Orang Maori mempunyai kisah-kisah yang menarik tentang asal-usul mereka sehingga kita percaya bahawa kisah mereka ini hanya mitos belaka. Tapi mereka adalah kaum yang tidak melupakan asal -usul mereka dan masih mengamalkan kehidupan tradisional mereka, di samping berasimilasi dengan kehidupan moden pada abad kini. Mungkin kisah penjelajahan mereka ke Antartika benar-benar terjadi, namun tunggu masa saja bagi membuktikan kesahihan penjelajahan mereka.
Sekiranya kisah mereka benar, pastikan sejarah penjelajahan Antartika akan berubah. Bukannya peneroka Rusia yang pertama menjelajah, sebaliknya orang Maori ialah penemu pertama Antartika!
Kami sediakan buku-buku menarik jika korang nak beli selain KITAB TAMADUN YAHUDI dan DUNIA TANPA TEMBOK COVER BARU. Korang boleh beli di sini untuk dapatkan diskaun-diskaun buku yang menarik: https://bit.ly/bukupatriots
RUJUKAN:
Jacinta, Bowler. 7 June 2021. New Research Shows Māori Traveled to Antarctica at Least 1,000 Years Before Europeans. Science Alert.
Once again: did the Maori discover Antarctica? Why Evolution is True. Published on 11 August 2022.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih