Lichtenstein adalah sebuah negara yang menarik. Sebagai salah satu negara terkecil di dunia, tapi antara yang terkaya, ia biasanya tidak campur tangan dalam hal negara lain. Namun, ada tiga insiden yang menyebabkan negara ini ‘diserang tanpa sengaja’ oleh Switzerland!

 

Liechtenstein dan Switzerland adalah negara jiran yang mempunyai hubungan diplomatik dan ekonomi yang rapat. Liechtenstein terletak di antara Switzerland dan Austria, dan ada kaitan ekonomi dengan Switzerland sejak akhir Perang Dunia I.

 

Secara asasnya, kedua-dua negara ini tiada masalah langsung. Malah, bagi negara yang Liechtenstein tidak mempunyai kedutaan, Switzerland akan mewakilinya. Switzerland juga mengeluarkan visa untuk Liechtenstein bagi penempatan jangka pendek dan jangka panjang.

 

Jadi, bilakah insiden ‘serangan’ ini berlaku?

 

Kali pertama adalah pada tahun 1985, semasa latihan artileri, apabila beberapa roket yang ditembak oleh tentera Switzerland mengubah trajektori dan mendarat di hutan di Liechtenstein. Hutan yang dilindungi itu telah terbakar.

 

Walaupun orang Liechtenstein sangat bertimbang rasa, namun, tiada sesiapa yang boleh memusnahkan hutan mereka. Situasi ini telah menyebabkan insiden diplomatik yang berakhir dengan Switzerland membayar beberapa juta franc sebagai ganti rugi kepada kerajaan Liechtenstein.

 

Kali kedua pula, pada sekitar tahun 1992. Disebabkan satu kesilapan kecil, pihak tentera Switzerland seolah-olah terlupa bahawa bandar Triesenberg tidak berada dalam wilayah Switzerland, dan mereka menyeberangi sempadan untuk menubuhkan pos pemerhatian di sana. Walaupun tiada perkara bahaya yang dilakukan, tetapi Switzerland terpaksa meminta maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

 

Walau bagaimanapun, sekali lagi, pada 1 Mac 2007, 170 askar Switzerland memasuki Liechtenstein secara tidak sengaja. Askar itu keliru dan tersalah pusing kerana keadaan cuaca buruk.

 

Gerombolan askar ini kembali ke Switzerland selepas mengembara lebih 1.25 batu ke Liechtenstein. Pihak berkuasa Liechtenstein tidak menyedari kejadian itu sehingga pihak Switzerland memaklumkan kepada mereka. Mujurlah, kedua-dua buah negara bersetuju untuk tidak mengendahkan kejadian itu.

 

Seperti kata jurucakap rasmi Liechtenstein, iaitu Manz-Christ, “Siapa yang boleh menyeberangi sempadan kami kecuali Switzerland? Kami dikelilingi oleh negara-negara neutral, jadi itu membuatkan kami berada dalam kedudukan yang selesa.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.