Langit yang terbentang luas. Alam yang tidak diketahui penghujungnya. Semua ini sentiasa menjadi perhatian umat manusia dalam memerhatikan keindahan dan keluasan alam yang terbentang ini. Justeru itu, lahirlah para saintis Islam yang pada waktu ini menjadi pelopor yang terawal bagi meneroka kesemua ini. Nasir Al-Din Tusi merupakan salah satu daripada mereka ini.

Nasir Al-Din Al-Tusi dilahirkan di Tus, Iran. Beliau mendapat pendidikan awal dI Parsi dan di sekitarnya. Umum mengetahui bahawa pada waktu itu, kawasan di sekitar Iran merupakan kawasan yang masyhur dengan budaya keilmuan dan ketamadunan. Di sekitar sana juga terdapatnya Madrasah Nizamiyyah, dan pelbagai lagi gedung ilmu.

Beliau kemudiannya menyambung pembelajarannya di Naisabur. Sebuah pusat keilmuan dan perdagangan yang masyhur dalam laluan sutera. Daripada kota kota besar inilah yang menanamkan ilmu ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk Nasir Al-Din Tusi untuk memerhatikan keindahan dan meneroka alam yang luas ini.

Pada tahun 1221, agresi Mongol bermula. Lahir sebuah kuasa baru yang lahir di padang Steppe yang kemudiannya menjadi adikuasa baharu di dunia pada waktu itu. Genghis Khan telah menaklukkan Naisabur dan sekitarnya. Nasir Al-Din kemudiannya berlindung dalam sebuah kubu yang dimiliki oleh pihak Hashashin di Alamut.

Pada tahun 1256, Hulagu Khan telah mengepung kota Alamut dan menaklukkan kota ini. Nasir Al-Din Tusi juga ditawan dalam pengepungan ini. Beruntung untuk dirinya, Hulagu Khan menghargai budaya keilmuan yang ada pada Nasir Al-Din Tusi. Beliau kemudiannya telah dilantik oleh Hulagu Khan sebagai penasihatnya dalam bidang Akademik.

Nasir Al-Din juga telah diberikan kebebasan untuk memiliki sebuah pusat cerapnya yang tersendiri bagi membuat kajiannya tentang alam semesta. Pihak Kerajaan Mongol pada waktu itu, telah membina balai cerap di Maragheh, Iran. Daripada terbinanya balai cerap ini, lahirlah kajian kajian terbaharu oleh Nasir Al-Din Tusi tentang Astrologi dan kajiannya tentang alam semesta.

Antara hasil dan karya utamanya ialah Zij-i Ilkhani. Buku ini merupakan kajian Nasir Al-Din bersama para saintis Islam yang lain di Maragheh yang mengkaji tentang kedudukan bintang dan pergerakan planet. Dalam buku Zij-i Ilkhani, Nasir Al-Din telah merumuskan dalam bentuk jadual kedudukan planet, pergerakan planet, nama bintang dan planet.

Nasir Al-Din juga antara saintis Islam yang terawal memahami teori heliosentrik jauh sebelum Copernicus yang lahir pada abad ke 15. Teori Heliosentrik ini merupakan teori yang menyatakan bahawa Bumi Berputar di atas paksinya mengelilingi matahari. Teori ini telah dipegang oleh Nasir Al-Din Tusi.

Tidak sekadar itu, Nasir Al-Din juga melakukan kajian kajian terhadap subjek ilmu yang lain yang berkaitan dengan Sains dan Matematik. Antara kajian lain yang dibuat oleh Nasir Al-Din Tusi ialah dalam bidang Matematik ialah beliau antara Saintis Islam yang pertama mengolah kaedah Trigonometri Sfera dalam sebagai sebuah bidang yang berlainan dalam Matematik.

Jasa dan Sumbangan Nasir Al-Din Tusi ini sangat dihargai oleh para saintis moden dan cendiakawan moden, justeru bagi mengenang jasa dan penemuan Tusi ini, namanya telah diabadikan pada sebuah kawah bulan yang berdiameter 60km yang terletak di Hemisfera Selatan dengan nama “Nasireddin.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.