Ah ! Nak genapkan juga Puasa!

Begitulah suara suara daripada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Mufti dan keputusan Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu tentang keputusan jatuhnya Syawal/ Aidilfitri.

 

Saya petik “quote” Ustaz Muhammad Abdul Hadi bin Abd Razak yang merupakan Pegawai di Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Unit Falak dalam taklimatnya semasa sesi cerapan Hilal Syawal. Katanya, “Masyarakat kita banyak bercakap tentang Hilal tapi sedikit pengetahuannya tentang Hilal. Justeru, peranan kita untuk menerangkan perkara ini kepada masyarakat.”

 

Kaedah penentuan tarikh Syawal dan Aidilfitri ini telah digunakan lama di Malaysia dan negara di sekitarnya. Penentuan Hilal berdasarkan kriteria yang ditetapkan berdasarkan kiraan Falak, kedudukan fasa bulan dan sebagainya.

 

Sejujurnya, semasa penulis menghadiri sesi cerapan bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan KL di Menara Kuala Lumpur. Penulis bukan sahaja mendapat pelbagai input baharu tetapi bukan mudah sebenarnya untuk penentuan tarikh Syawal ini.

 

Kerana, jikalau anak bulan di lihat di langit Malaysia (Sabah, Sarawak, Semenanjung dikira satu Matla’) maka pengisytiharan Raya/ Puasa perlu dibuat dan dilaporkan kepada Pejabat Mohor Besar Raja Raja. Dan jikalau tidak kelihatan, maka barulah akan digenapkan puasa selama 30 Hari.

 

Penampakan Anak bulan pula pada masa kini hanyalah mampu menggunakan alatan teknologi moden seperti teleskop berkuasa tinggi. Dalam masa yang sama tidak menafikan kiraan Falak berdasarkan Sunnah Rasulullah SAW iaitu penampakan Hilal (yang terlalu nipis seperti jarum di ufuk langit).

 

Perkara ini juga selari dengan sunnatullah tidak menafikan penggunaan teknologi dan menjadi penyelesaian kepada penentuan tarikh dan kiraan falak. Dan Islam sememangnya tidak menolak adanya kemajuan bahkan Agama akan berjalan seiring dengan kemajuan teknologi semasa.

 

Dan yang terakhir, kita serahkanlah urusan cerapan hilal kepada ahlinya sebagaimana Allah SWT dalam Al-Quran surah Anbiyaa : Ayat 7

فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri (Orang yang mengetahui) jika kamu tidak mengetahui

 

Elakkanlah diri kita menjadi golongan Ruwaibidhah [1] sebagaimana disabdakan Rasulullah SAW,

 

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ

 

Maksudnya : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibhidah ? maka baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.

 

Wallahu A’lam

 

Oleh : Muqri Nizam

 

[1] https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1553-irsyad-al-hadith-siri-ke-7-maksud-al-ruwaibidhah-di-dalam-hadith


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply