Dalam kalangan Bani Israil, terdapat ramai Nabi dan Rasul yang telah hidup dan menjalankan tugas mereka sebagai utusan Allah. Tugasan mereka ini sangatlah berat kerana mereka harus memimpin bangsa Israil ini yang sangat degil dan angkuh untuk beriman kepada Allah SWT. Salah satu Nabi dari kalangan Bani Israil ini adalah Nabi Yusuf AS. Nabi Yusuf AS merupakan anak kepada Nabi Yaakub AS. Nabi Yaakub AS mempunyai 12 orang anak kesemuanya dan Nabi Yusuf AS merupakan salah satu daripadanya.
Pernah suatu ketika, Nabi Yusuf AS bermimpi bahawa 11 bintang, Bulan dan Matahari kesemuanya sujud kepadanya. Hairan akan petanda mimpi ini lalu Nabi Yusuf bertanyakan hal ini kepada ayahandanya, Nabi Yaakub. Nabi Yaakub langsung menyatakan bahawa jangan diceritakan mimpi itu kepada adinda mereka kesemua kerana bimbang cemburu akan mimpinya Nabi Yusuf AS.
Daripada Yusuf, hanya Bunyamin sahaja yang Yusuf selalu bersamanya. Manakala bakinya, sering meminggirkan Nabi Yusuf AS dan Bunyamin kerana mendakwa mereka lebih disayangi oleh ayahanda mereka. Tahun bergulir tahun, cemburu 10 adik beradik Nabi Yusuf ini mulai membuak. Mereka kemudiannya berkomplot untuk membuang dan menjauhkannya dari Nabi Yaakub. Nabi Yusuf kemudiannya dicampak oleh adindanya ini ke dalam perigi yang dalam.
Manakala adik beradiknya mengadukan kepada Nabi Yaakub bahawa Nabi Yusuf AS telah dimakan oleh serigala ketika bermain. Alangkah sedihnya Nabi Yaakub bahkan sedihnya dan menangisnya Nabi Yaakub itu membuatkan matanya buta akibat terlalu kerap menangis.
[Nabi Yusuf dan Perigi]
Tinggallah Nabi Yusuf di dalam perigi yang dalam. Kelam. Tiada siapa
Mujur, ada seorang pedagang yang melalui jalan itu, singgah untuk mengambil air. Yusuf kemudiannya menggunakan timba yang dicampak dalam perigi untuk keluar dari perigi. Nasibnya, tidak begitu baik.
Yusuf dijual sebagai hamba di pasar di Mesir. Mesir, yang jauh dari tempat asalnya, Kan’an. Di Mesir, Nabi Yusuf AS telah dijual di pasar hamba dan dek kerana ketampanannya dan kekuatannya, maka seorang pembesar Mesir, Al-Aziz telah membelinya. Al-Aziz melayan Yusuf dengan sangat baik bahkan dilayan seperti anaknya sendiri. Namun, isteri Al-Aziz, Zulaikha pula yang melakukan onar.
Zulaikha tertarik akan rupa paras Nabi Yusuf AS. Maka, Zulaikha cuba menggodanya dan Nabi Yusuf menghindari godaan ini. Akhirnya, Nabi Yusuf AS meminta untuk dirinya dipenjarakan agar menghindari segala fitnah yang menimpa dirinya.
[Wahai Sahabat Penjaraku..]
Dalam Quran, menceritakan bagaimana Nabi Yusuf AS melayan rakan rakannya dalam penjara. Bahkan Nabi Yusuf AS berdakwah didalam penjara. Menceritakan kalimah tauhid di dalam penjara dan mengajak mereka kepada kebaikan. Nabi Yusuf AS juga menggunakan perkataan .”Wahai Sahabat Penjaraku.” Langsung tidak merendahkan atau menghinakan penghuni penjara tersebut dan tidak merendahkannya kerana inilah sifat seorang Anbiyaa’.
Dari penjara ini terdapat dua orang sahabatnya yang sering bercerita mimpi mereka kepada Nabi Yusuf dan Nabi Yusuf AS sering mentafsirkannya untuk sahabatnya itu. Bahkan salah satu dari mereka, telah ditafsirkan mimpinya oleh Nabi Yusuf akan keluar dari penjara dan menjadi pelayan Raja. Nabi Yusuf meminta agar diceritakan akan halnya ketika di luar supaya dirinya dapat keluar dari penjara.
[Tujuh Tangkai Daun Hijau, Lembu Gemuk dimakan Lembu yang Kurus]
Suatu ketika, Raja bermimpi bahawa terdapat tujuh ekor lembu yang gemuk telah dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus. Baginda juga melihat tujuh tangkai daun hijau dan tujuh tangkai daun yang kering. Hal ini mendatangkan bingung kepada Raja dan memanggil sekian mamanda menteri untuk mentafsirkan akan hal ini.
Tiada seorang pun yang dapat mentafsirkan mimpi ini. Kebetulan, seorang sahabat Nabi Yusuf yang keluar dari penjara membawakan air untuk raja. Dia menyatakan bahawa Nabi Yusuf boleh mentafsirkan akan hal ini. Maka, dibawalah Nabi Yusuf menghadap Raja.
Nabi Yusuf kemudiannya mentafsirkan bahawa kelak akan adanya kemarau yang sangat panjang selama tujuh tahun lamanya. Justeru itu, Mesir harus bersiaga menghadapi kemarau ini.
Nabi Yusuf AS kemudiannya menawarkan dirinya menjadi penjaga amanah bendahara Mesir kerana baginda mampu untuk menjaga perbendahaaran ini sepanjang kemarau ini.
[Nabi Yusuf, Menteri Perbendahaaran Mesir]
Kini, baginda merupakan seorang perbendahaaran Mesir yang menjaga aset dan harta Mesir keseluruhannya. Wibawa baginda terkenal ke seluruh Mesir dan Kan’an kerana kebijaksanaannya dalam menguruskan hasil negara dengan baik. Musim kemarau yang panjang ini tidak meninggalkan Kan’an bahkan turut sama terkena musim yang kering ini. Nabi Yaakub mendengar akan hal kewibawaan menteri Mesir ini namun tidak mengenali siapa menteri itu.
Justeru itu, Nabi Yaakub meminta agar 10 anaknya kecuali Bunyamin untuk ke Mesir bagi mendapatkan bekalan makanan. Maka berangkatlah 10 adik beradik Yusuf ini ke Mesir. Setibanya di Mesir, mereka bertemu dengan Menteri Perbendaharaan Mesir, Yusuf. Tetapi, mereka tidak lagi mengenal Yusuf kerana perubahan fizikal dan watak Nabi Yusuf AS yang dahulunya anak yang kecil kini sebagai penguasa.
Nabi Yusuf memberikan bekalan untuk mereka ini dan meminta untuk datang sekali lagi dengan membawa Bunyamin. Mereka pun bersetuju, untuk membawa Bunyamin pada kedatangan mereka yang seterusnya. Usai berapa lama, Bunyamin dan 10 adik beradik Yusuf ini mampir ke Mesir. Dan kali ini, atas perintah Nabi Yusuf, Bunyamin ditahan di Mesir. Namun, bukan atas asbab untuk ditahan tetapi untuk berjumpa dan bersama adindanya, Bunyamin.
Adik beradik Yusuf ini akhirnya akur akan perintah Menteri Mesir ini. Tidak berapa lama, Adik beradik Yusuf ini kembali dan memohon agar dipulangkan Bunyamin. Maka, disinilah Nabi Yusuf AS menceritakan siapa dirinya. Alangkah terkejutnya kesemua mereka ini terhadap Yusuf kini. Baginda Nabi Yusuf AS juga memerintahkan agar dibawa Nabi Yaakub ke Mesir bagi tinggal dan menetap di bumi Mesir bersamanya.
Maka, Nabi Yaakub dan 11 adik beradiknya pun mampir ke Mesir dan kesemuanya tunduk dibawah perintahnya Nabi Yusuf AS sebagai penguasa di Mesir pada ketika itu. Dan inilah yang dimaksudkan 11 bintang, bulan dan matahari sujud kepadanya.
Dari sini jugalah, bermulanya keturunan Israil ini oleh berkembang di Mesir sehingga pemerintahan Hyksos dan berakhir pada pemerintahan Ahmose I dan bermulanya penindasan tirani keatas Bani Israil ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih