Nabi Jirjis diutus semasa Bani Israel dipimpin raja bernama Darriyan.
Darriyan wajibkan rakyatnya sembah berhala. Mereka yang tak patuh akan dilemparkan ke dalam api.
Apabila Nabi Jirjis bertemu dengan Darriyan. Darriyan disoal bertalu-talu tentang berhala. Perdebatan makin sengit. Sampailah Darriyan ni koyak.
Darriyan perintahkan pengawalnya untuk seksa Nabi Jirjis. Nabi Jirjis disiram dengan air mendidih dan dagingnya disiat-siat sampai nampak tulangnya.
Nabi Jirjis wafat. Namun, dengan kekuasaan Allah, Nabi Jirjis hidup semula.
Melihat kejadian aneh ini, Darriyan perintahkan pengawalnya bawa enam pasak besi. Pasak tu ditancapkan pada tubuh baginda.
Nabi Jirjis wafat semula. Namun, Allah utus malaikat Jibril untuk cabut pasak dan Jirjis pun hidup kembali.
Darriyan makin koyak dan perintahkan pengawalnya untuk melemparkan Jirjis ke dalam belanga besar dengan air menggelegak. Jirjis direbus dan wafat. Namun dengan izin Allah, baginda hidup kembali.
Darriyan terus seksa Jirjis sampai 70 kali. Namun setiap kalj baginda wafat, baginda dihidupkan kembali oleh Allah SWT.
“Jirjis, kalau kau taat aku, aku taat kau. Sembah berhalaku sekali saja, dan aku akan sembah Tuhanmu. Okay?” kata Darriyan yang dah penat nak seksa apa lagi.
Jirjis tak menyahut, sampai Darriyan sangka Jirjis terima tawaran tu.
Lalu malam tu, Nabi Jirjis pergi ke rumah Darriyan. Nabi Jirjis rehat, solat dan baca kitab Zabur sampai pagi.
Saat Jirjis baca kitab Zabur, isteri Darriyan tersentuh dan menangis. Isteri Darriyan pun memeluk Islam tanpa pengetahuan Darriyan.
Pagi harinya, Darriyan kurung Nabi Jirjis dalam rumah seorang perempuan tua. Dalam rumah tu, ada seorang anak yang pekak, bisu dan buta serta langsung tak ada makanan.
Bila Nabi Jirjis kelaparan, baginda berdoa dan batang kayu rumah tu ditumbuhi bermacam-macam jenis buah.
Perempuan tua tu pun beriman dengan ajaran nabi dan minta dipulihkan anaknya. Allah kabulkan doa Nabi Jirjis dan sembuhkan anak tu. Anak tu bawa Nabi Jirjis ke tempat berhala yang sebenar.
Nabi Jirjis hancurkan semua 70 berhala dengan hentakan kakinya. Isteri Darriyan seru rakyatnya ikut ajaran Nabi Jirjis. Raja Darriyan pun bunuh isterinya.
Nabi Jirjis meminta untuk syahid hari itu juga dan azablah mereka. Tak lama kemudian, datang utusan istana kepada Nabi Jirjis yang kemudiannya menusukkan pedang ke tubuhnya. Syahidnya Nabi Jirjis.
Setelah itu, turun api dari langit yang membakar istana raja sampai hangus. Raja dan pengikutnya mati dalam keadaan mengerikan.
Oleh: Azizul Farhan
…
Mari singkap helaian sejarah Yahudi dan Bani Israil di dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan di Shopee kami: https://bit.ly/3MkDT6b
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih