Nabi Sulaiman merupakan seorang Nabi yang dikurniakan Allah SWT kelebihan dan nikmat kekuasaan dan kekayaan yang banyak pada waktu kenabiannya. Baginda Nabi Sulaiman AS telah memerintah Baitul Maqdis dan Kerajaannya dengan aman dan makmur.
Baginda juga telah menyeru rakyat dan umat Bani Israil pada waktu itu untuk menyembah Allah SWT dan tidak menyekutukannya. Allah SWT juga telah memberi kelebihan buat Nabi Sulaiman AS untuk menguasai bahasa Jin dan menundukkan Jin, Haiwan dan manusia pada ketika itu.
Justeru itu, kelebihan ini telah dimanfaatkan oleh Nabi Sulaiman AS untuk menyampaikan dakwahnya kepada segenap pelusuk alam pada waktu itu.
Suatu ketika, burung Hud Hud telah terbang ke negeri Yaman. Dilihatnya sebuah kaum di sana yang dinamai negeri Saba’ yang diperintah oleh seorang ratu dan kaumnya pada waktu itu bersama ratunya telah menghadap matahari dan menyembahnya. Perihal ini dilihat oleh Burung Hudhud. Lantas, burung hud hud pun segera pulang ke Baitul Maqdis dan melaporkannya kepada Nabi Sulaiman AS.
Nabi Sulaiman AS kemudiannya mengutus surat melalui burung hud hud kepada ratu Yaman untuk kembali kepada Agama Allah dan menjemputnya ke Baitul Maqdis.
Ratu Kerajaan Saba’ ini kemudiannya bersetuju akan permintaan Nabi Sulaiman AS untuk menjemputnya ke Baitul Maqdis. Maka, disinilah Nabi Sulaiman AS ingin menunjukkan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT untuknya memberi pengajaran kepada Ratu Saba’ ini.
Nabi Sulaiman ingin membuatnya kagum akan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya sekaligus membuatkannya tunduk kepada kekuasaan dan keagungan Allah SWT.
Maka, bagi merealisasikan hasrat ini. Nabi Sulaiman AS menjemput sekalian rakyatnya yang bijak pandai termasuk golongan Jin. Baginda meminta agar dipindahkan takhta Ratu Saba’ dari Yaman ke Baitul Maqdis dalam masa yang sangat pantas.
Kaum Jin memulakan penawarannya dengan mengatakan bahawa mereka boleh membawakan singgahsana Ratu Saba’ seketika baginda berdiri sahaja singgahsana Ratu Saba’ berada di hadapan matanya.
Namun, seorang Ahli Ilmu menawarkan dirinya dengan mengatakan bahawa beliau dapat membawakan takhta Ratu Saba’ ini dalam masa baginda Nabi Sulaiman AS mengerdipkan matanya sahaja. Lantas, tawaran Ahli Ilmu ini diambil oleh Nabi Sulaiman AS.
Maka, dengan izin Allah datanglah singgahsana Ratu Saba’ dihadapan baginda Nabi Sulaiman AS. Seterusnya, Nabi Sulaiman AS mengarahkan agar golongan Jin membinakan sebuah Istana untuk Ratu Saba’ dalam tempoh yang singkat sebelum tibanya Ratu Saba’ di Baitul Maqdis.
Titah ini segera dipatuhi oleh golongan Jin. Istana yang dibuat ini berlantaikan kaca dan dibawah kaca itu terdapat air dan mempunyai ikan didalamnya. Maha Suci Allah yang telah menganugerahkan kehebatan dan keagungan buat Nabi Sulaiman AS dalam hal ini.
Hari yang dinanti pun tiba, Ratu Saba’ tiba di Baitul Maqdis. Baginda Nabi Sulaiman AS mempersilakan Ratu Saba’ ini masuk ke istananya. Alangkah terkejutnya, Ratu Saba’ ini melihat ada air di kakinya. Maka, Ratu Saba’ ini menjingkitkan kakinya bagi menghindari basah.
Namun, Nabi Sulaiman menerangkan bahawa itu adalah kaca bukanlah air. Maka, terpegunlah Ratu ini akan kehebatan yang ada pada kerajaan ini. Sehinggalah Nabi Sulaiman AS menunjukkan singgahsana milik Ratu Saba’ ini.
Alangkah terkejutnya singgahsananya berada di sini. Ratu Saba’ ini menyatakan bahawa seketika dia berdiri di Yaman masih ada disana bagaimana takhta itu boleh berada di Baitul Maqdis dalam jangka yang sangat pantas.
Maka, disinilah Nabi Sulaiman AS mendakwahkan Ratu Saba’ ini dengan menceritakan kehebatan dan keagungan kekuasaan Allah SWT. Baginda Nabi Sulaiman AS telah menunjukkan kekuasaan Allah SWT kepada Ratu Saba’ ini supaya kelebihan dan kehebatan yang dimiliki hanyalah secebis cuma dari kehebatan yang dimiliki oleh Allah SWT.
Akhirnya, Ratu Saba’ ini mengisytiharkan bahawa dirinya memeluk Islam dan Nabi Sulaiman AS menikahi Ratu Saba’ ini dan bersatulah kedua kerajaan ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih