Ingat tak masa kecik dulu, kita nyanyi nasyid 25 Rasul. Kenapa jumlah ini je? Pasal nama mereka disebut jelas dalam al-Quran. Semua dalam kalamullah wajib kita percaya.

Tahun tak selain 25 orang ni, ada lagi Nabi lain yang Allah hantar? Ramai lagi utusan Tuhan yang kurang kita kenal. Dalam al-Quran, kadangkala Allah cerita saja peristiwa tanpa sebut nama.

1-Nabi Khidr (خضر): Nama sebenarnya Balyaa bin Malkan. Lahir di zaman Zulkarnain. Pernah minum dari air kehidupan dan dipanjangkan umur untuk hidup sampai ke akhir zaman. Orang alim yang menjadi guru kepada Nabi Musa. Bakal membantu Nabi Isa dalam memerangi Dajjal. Sebagian ulama’ berpendapat lelaki yang dibunuh dan dihidupkan Dajjal, kemudian cuba dibunuh lagi kali kedua tetapi gagal adalah Nabi Khidr. Terkandung dalam Tafsir Tabari bagi Surah al-Kahfi ayat 64.

2-Nabi Syam’un, Nabi Yohanna dan Nabi Bulus (شمعون يوحنا بولص): Tiga orang rasul yang diutuskan ke negeri Antakiah. Dengan berkat doa mereka, anak Habibun Najjar (tukang kayu) sembuh. Mereka di antara Hawariyyin iaitu sahabat karib dan pembantu Nabi Isa. Dikatakan nama mereka menurut ahli kitab ialah Simon Peter, John dan Paulus. Terkandung dalam Tafsir Ibn Katsir bagi Surah Yaasin ayat 14.

3-Nabi Danial (دانيال): Menafsirkan mimpi raja Nebuchadnezzar II. Raja ingin membunuhnya dengan menempatkan baginda dalam kandang singa. Tetapi haiwan lebih menghormatinya dan baginda tidak diapa-apakan. Wafat di Iskandariah, Mesir. Makamnya ditemui sahabat dan didirikanlah Masjid Nabi Danial. Terkandung dalam Tafsir Kabir Fakhruddin Razi bagi Surah al-Baqarah ayat 40.

4-Nabi Yusha’ (يوشع): Murid dan teman Nabi Musa. Menemani baginda semasa pertemuan dua laut untuk mencari Nabi Khidr. Pernah memimpin jihad Bani Israel dan menahan matahari daripada tenggelam. Terkandung dalam Tafsir Tabari bagi Surah al-Baqarah ayat 50.

5-Nabi Armiya/Jeremiah (أرميا): Berdakwah kepada Bani Israel di Baitulmaqdis. Memperingatkan kaum Yahudi yang lalai daripada bahaya mendatang. Malangnya, amaran baginda tidak dihiraukan. Kaum yahudi akhirnya kalah perang, dihalau dan diperhambakan oleh raja Nebuchadnezzar II. Setelah kota Babylon jatuh, Armiya ditangkap dan diseksa musuh. Terkandung dalam Tafsir Tabari bagi Surah al-Baqarah ayat 248.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

6-Nabi Jirjis/Jurhas (جرجس/جرجيس): Allah mengajarnya ilmu isim menghidupkan yang mati. Berdakwah kepada raja Darriyan. Dibunuh dengan air panas, disiat, dipaku, dihumban ke kuali menggelegak sehingga maut sebanyak 70 kali. Setiap kali mati, dia hidup kembali sebanyak 70 kali juga. Terkandung dalam Tafsir Abd Razak al-Shan’ani bagi Surah Maryam dan Tafsir Ruhul Bayan bagi Surah Ibrahim ayat 26-27.

7-Nabi Qahthan/Hadun/Huwaida bin Hud (قحطان): Anak kepada Nabi Hud. Baginda berdakwah ke negeri Ahqaaf. Tinggal dan wafat di Hadramaut, Yaman. Orang terawal bercakap Bahasa Arab dan dipanggil bapak arab. Terkandung dalam Tafsir Bahrul Muhit bagi Surah al-A’raf ayat 57-85.

8-Nabi Syis bin Adam (شيث). Anak kepada Nabi Adam yang tidak lahir bersama kembar. Mewarisi Nur Muhammad di dahinya. Diturunkan kepadanya 10 suhuf suci. Orang terawal yang membina rumah dari campuran lumpur dan batu. Baginda yang memimpin solat jenazah buat bapa manusia, Nabi Adam. Terkandung dalam Tafsir Qurthubi bagi Surah al-An’am ayat 2.

9-Nabi Hanzolah (حنظلة): Berdakwah kepada kaum Rass yang menyembah pokok Syakh Dirakht. Termasuk dalam tafsir Surah Qaaf. Mendoakan keselamatan kaumnya daripada ancaman burung gergasi al-Anqa’ yang berleher panjang. Terkandung dalam Tafsir Kabir Fakhruddin Razi bagi Surah al-Furqan ayat 38-39.

10-Nabi Syamsun/Syam’un al-Ghazi (شَمْسُون): Baginda berdakwah ke tanah Rom. Dikhianati isterinya Dilaila sampai menjadi tawanan raja. Bernazar untuk jihad 1,000 bulan jika bebas. Dengan izin Allah, rambutnya menjadi basah dan terlerailah baginda daripada ikatan. Lantas dengan segenap kekuatan baginda merentap rantai besi yang membelenggu tubuhnya. Sebaik saja bebas, baginda meruntuhkan istana raja dengan menolak tiang-tiangnya cukup dengan tangan kosong. Dalam hadis Rasulullah menyebut, Syamsun tidak mempunyai pengikut dan masuk ke syurga sambil membawa pedang. Terkandung dalam Tafsir Qurthubi bagi Surah al-Qadr ayat 3.

11-Nabi Uzair (عزير): Allah menidurkan lelaki ini selama 100 tahun. Sebaik saja bangun, baginda merasa pelik. Kudanya telah mati tetapi bekalan makanannya masih elok. Apabila berjumpa dengan anak-anaknya, mereka semua telah tua manakala Nabi Uzair masih muda. Anak-anaknya mengenali baginda sebagai bapa kandung mereka yang hilang setelah melihat tanda di belakang badannya. Nabi Uzair disembah kaum Yahudi sebagai anak Tuhan kerana menghafaz Taurat di saat semua salinan kitab suci telah hangus dibakar Nebuchadnezzar II. Terkandung dalam Tafsir Tabari bagi Surah al-Baqarah ayat 259.

12-Nabi Hizqil bin Yuza( حزقيل): Nabi ini tinggal di negeri Babylon dan sering diminta nasihat oleh umatnya. Karamahnya ialah banyak ramalan masa depan yang dikatakannya menjadi kenyataan. Allah menunjukkan kekuasaanNya kepada Hizqil dengan menghidupkan semula 40,000 manusia dari sebuah kaum yang telah mati. Sebaik saja mereka hidup semula, keimanan kepada Allah dan Rasul bertambah. Terkandung dalam Tafsir Ibn Katsir bagi Surah al-Baqarah ayat 342.


Teruk kami dikecam kerana menerbitkan buku KITAB TAMADUN YAHUDI. Katanya kami pluralis nak dedahkan kalian pada pengaruh supaya jauhi Islam. Namun kami berpendapat kalian semua faham yang kami ingin bantu kalian faham tentang Bani Israil. Jadi bagi yang minat sisi sejarah ni, jom beli buku KITAB TAMADUN YAHUDI di bit.ly/kitabtamadunyahudi

Rujukan:

Tafsir Ibn Katsir
Tafsir Qurthubi
Tafsir Tabari
Tafsir Kabir Fakhruddin Razi
Tafsir Abd Razak al-Shan’ani
Tafsir Ruhul Bayan
Tafsir Bahrul Muhit

NOTA: Ada nabi dalam senarai ni bukan daripada Bani Israil secara direct. Namun atas dasar perbincangan dan perkongsian ilmu, kami ambil keputusan untuk tulis pasal mereka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply