Nabi Musa AS merupakan seorang Nabi Ulul Azmi dan juga antara Rasul yang banyak ujiannya dalam menjalankan tugas baginda dalam menyampaikan wahyu dan perintah Allah SWT kepada umatnya. Di Mesir, baginda menyampaikan dakwahnya dan menyeru Firaun dan Pengikutnya untuk menyembah Allah SWT. Hal ini tercatat dalam Quran,
ٱذْهَبَآ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ ( ٤٣) فَقُولَا لَهُۥ قَوْلًۭا لَّيِّنًۭا لَّعَلَّهُۥ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ (٤٤)
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. (Surah Taha: 43-44).
Dalam dakwah Nabi Musa AS telah menghadapi pelbagai dugaan dan ujian yang dihadapi oleh Nabi Musa AS. Firaun bukan sahaja telah menganiaya Bani Israil bahkan menolak dakwah Nabi Musa AS. Justeru itu, Allah SWT mendatangkan pelbagai balasan untuk Firaun dan Pengikutnya. Antaranya, mendatangkan azab yang pelbagai untuk Firaun dan pengikutnya ini.
Namun, tetap sahaja Firaun tetap dengan kedegilannya. Akhirnya, Allah SWT telah mengazab Firaun dan tenteranya dalam Laut Merah.
Beralih kepada Firaun dan pengikutnya. Kini, Nabi Musa AS berdakwah kepada kaumnya yang degil dan tidak ingin mengikutinya. Kali ini cabarannya daripada kerabat Bani Israil sendiri. Bani Israil telah mengingkari Nabi Musa AS dan melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap dakwah Nabi Musa AS.
Dakwah Nabi Musa AS ini kemudiannya dikhabarkan dalam Quran berulang kali. Apa hikmahnya?
Kalau difahami secara umum, kisah Nabi Musa dan Firaun ini untuk menggambarkan kekejaman dan kezaliman Firaun dan kaumnya. Namun, jikalau difahami dengan lebih mendalam, mesej yang ingin disampaikan adalah Allah SWT memerintahkan agar umat di Akhir zaman ini mengambil ibrah dan pengajaran berdasarkan peristiwa peristiwa dan Dakwah Nabi Musa ini.
Hal ini selari dalam Firman Allah SWT,
فَاعۡتَبِـرُوۡا يٰۤاُولِى الۡاَبۡصَارِ
Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan! (Surah Al-Hasyr:2)
Oleh itu, pentinglah kita untuk mengambil pengajaran dan iktibar dari setiap kisah yang disampaikan dalam Al-Quran agar menjadi pedoman untuk kita tidak mengulanginya lagi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih