Nabi Ishak AS merupakan zuriat Nabi Ibrahim AS dan hasil pernikahannya dengan Sarah. Sarah merupakan isteri pertama Nabi Ibrahim AS. Menjelang usianya yang lanjut, pada waktu itu, beliau masih tidak mempunyai anak anak dari hasil pernikahannya. Namun, Nabi Ibrahim AS dan Sarah tetap sabar dengan ujian dari Allah SWT.

Kemudiannya, Nabi Ibrahim AS menikahi Hajar. Hasil pernikahan Nabi Ibrahim AS dengan Hajar melahirkan seorang anak lelaki yang kelak menjadi bapa kepada keturunan Bangsa Arab. Beliau ialah Ismail AS. Nabi Ismail AS kemudiannya diletakkan di Bakkah (Makkah) bagi menghidupkan kawasan yang telah Allah SWT firmankan kepada Nabi Ibrahim AS.

Sarah masih juga tidak mempunyai zuriat dari keturunannya. Tiba-tiba datang seorang tetamu yang mampir kerumahnya. Tetamu ini datang dan seperti kebiasaan Nabi Ibrahim AS akan sentiasa memuliakan tetamu yang datang kerumahnya. Namun, kali ini tetamu ini tidak menyentuh sedikitpun hidangan untuk tetamunya.

Nabi Ibrahim AS kemudiannya berasa resah akan tingkah tetamunya ini. Dalam Al-Quran, Surah Hud telah menceritakan perihal ini dan siapakah tetamu ini sebenarnya,

فَلَمَّا رَءَآ أَيْدِيَهُمْ لَا تَصِلُ إِلَيْهِ نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً ۚ قَالُوا۟ لَا تَخَفْ إِنَّآ أُرْسِلْنَآ إِلَىٰ قَوْمِ لُوطٍ
“Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Malaikat itu berkata: “Jangan kamu takut, sesungguhnya kami adalah (malaikat-malaikat) yang diutus kepada kaum Luth”. (Surah Hud:70)

Maka, tenanglah hati Nabi Ibrahim apabila mengetahui hal ini. Baginda SAW kemudian telah dikhabarkan oleh malaikat ini bahawa baginda kelak akan menerima bayi lelaki dari zuriatnya bersama Sarah. Alangkah bahagianya hati Nabi Ibrahim AS mendapat berita ini. Pada awalnya, Nabi Ibrahim AS tidak mempercayai akan hal ini kerana maklum usia Sarah pada waktu itu telah mencecah 90 tahun.

Tetapi perancangan Allah mendahului segalanya,

قَالُوا۟ كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ ۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْحَكِيمُ ٱلْعَلِيمُ
“Mereka berkata: “Demikianlah Tuhanmu memfirmankan” Sesungguhnya Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.” (Surah Zariyyat: 30)

Kegembiraan buat Nabi Ibrahim AS bertambah apabila zuriatnya ini akan menjadi seorang yang alim dan rasul pada kemudian hari.

قَالُوا۟ لَا تَوْجَلْ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَٰمٍ عَلِيمٍ
“Mereka berkata: “Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kami memberi kabar gembira kepadamu dengan (kelahiran seorang) anak laki-laki (yang akan menjadi) orang yang alim.” (Surah Hijr: 53)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.