Mungkin ramai yang mengenai Warren Buffet sebagai billionaire serta ahli perniagaan yang punya visi tersendiri. Tapi, tahukah anda siapa rakan duet Buffet yang tak kurang hebatnya dalam bidang perniagaan?
Charlie Munger mempunyai banyak perbezaan dengan Warren Buffet. Mereka ada pendirian politik berbeza, malah kegemaran yang berbeza. Namun, mereka ada banyk persamaan dalam bidang pelaburan serta perniagaan.
Munger lahir pada tahun 1924 di Nebraska, dan bapanya seorang peguam waktu itu. Ketika zaman remaja, Munger pernah bekerja di Buffet & Son, sebuah kedai runcit milik datuk kepada Warren Buffet.
Sewaktu belajar di kolej, Munger telah mempunyai kecenderungan dalam bidang pelaburan dan perniagaan. Malah dia memiliki cara tersendiri untuk meramal pelaburan terbaik yang boleh dilakukan oleh seseorang.
Kerjaya pertamanya adalah sebagai peguam hartanah di sebuah firma guaman. Namun, dia hanya mampu bertahan setahun sahaja di situ. Munger kemudiannya menyertai sebuah firma pelaburan bersama rakannya, Jack Wheeler.
Munger sebenarnya telah mengenali Buffet pada tahun 1959 melalui kenalannya. Ketika itu, Munger hanya berusia 35 tahun. Mereka telah berkongsi banyak idea yang sama dalam bidang analisis pelaburan.
Setelah menjadi rakan baik, Buffet akhirnya berjaya meyakinkan Munger untuk meninggalkan kerjaya lamanya dan menyertai perniagaan yang dimilikinya. Perlahan-lahan Munger telah menguasai kemahiran pelaburannya sehingga dia menjadi penasihat pelaburan pelabur yang unik itu!
Semasa mereka mula melabur bersama-sama, mereka telah membeli saham dalam syarikat tekstil. Kedua-duanya berganding bahu untuk mencari dan melabur dalam perniagaan lain yang menjanjikan kejayaan dan mengekalkan nama perniagaan tekstil yang gagal untuk syarikat induk mereka- Berkshire Hathaway.
Semasa dia dan Warren Buffett menjadi peneraju Berkshire, syarikat itu telah berjaya memulangkan keuntungan sehingga berlipat kali ganda. Ini adalah petanda kejayaan duo ini dalam membangunkan empayar mereka.
Munger sering menyebut tentang ini apabila ditanyakan tentang gandingan bagus mereka dalam pelaburan. Menurut Munger, “Saya fikir, Warren dan saya tahu kelebihan kecekapan kami lebih banyak daripada yang diketahui oleh orang lain.”
Dan, itulah yang membuatkan Munger dikenang sebagai rakan duo terbaik Warren Buffet!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih