Amalan pemumiaan selalunya dikaitkan dengan Tamadun Mesir Purba. Inilah peradaban yang sangat obses tentang penjagaan mαyαt untuk memenuhi hukum-hakam agama tradisi mereka.

Setiap amalan Mesir Purba dipanggil Ma’at. Firaun diharamkan berperang selagi mana tindakan tersebut tidak memenuhi kehendak Ma’at (Studwick, 2006). Akan tetapi, semua boleh faham situasi berbangkit.

Kalau Firaun merupakan cerminan Dewa Osiris, tentu sekali titah baginda memenuhi kehendak ketuhanan sekali gus menjadi Ma’at.

Konsep Ma’at adalah sama seperti timbangan dosa pahala untuk kebaikan “hidup selepas kehidupan”. Mesir Purba percaya bahawa tubuh badan bersifat suci.

Jadi mereka perlu menjaga tubuh badan melalui pemumiaan. Maka atas sebab ini, sebarang amalan pemumiaan Mesir Purba menjadi milik tamadun. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak benar. Bukan semua pemumiaan Mesir Purba merupakan hak tamadun firaun.

Penemuan Yang Mengejutkan

Lebih daripada 100 tahun yang lalu, mumia seorang lelaki purba ditemui di sebalik timbunan pasir Mesir Purba. Catatan tidak bercerita tentang pihak yang menemuinya, barangkali rangkaian haram yang terdiri daripada kalangan perompαk mαkαm.

Tetapi sejarawan percaya rangka ini ditemui di kota purba Gebelein tidak jauh daripada Sungai Nil. Mumia tersebut dibeli Muzium Mesir yang terletak di Turin, Itali pada tahun 1901. Pemilikan ini membuka jalan ke arah penyelidikan lebih mendalam.

Keadaannya Nampak Macam Diawet Semulajadi Pada Mulanya

Saintis mengesahkan lelaki purba ini hidup sampai umur 30 tahun sekitar zaman 3700 S.M. hingga 3500 S.M. Rangkanya diawet secara semulajadi, barangkali kerana faktor persekitaran Mesir Purba yang panas dan kering. Memang logik sangatlah rangka 6,000 tahun lalu menjadi mumia… kalau pengawetan semulajadi.

Masalahnya, dapatan saintifik yang lebih moden mengesahkan rangka ini tidak dimumia secara semulajadi. Sebaliknya lelaki purba tersebut memang diawet melalui proses sama seperti tamadun firaun.

Perkara ini amat mengejutkan – macam mana “proses firaun” digunakan… sedangkan sistem kefiraunan masih belum wujud?

Persoalan Bertambah Rumit

Setelah mengesahkan dapatan ini, saintis mula mencari asal-usul mumia misteri ini. Ada banyak cara untuk mengenal pasti asas penting ini.

Mula kena tengok balik kain kafannya yang didapati sezaman dengan Mumia Turin. Sisa kain pada dada dan pergelangan tangan kanan mumia misteri ini mempunyai kesan lemak haiwan dan minyak tumbuh-tumbuhan… sekali lagi, bukti pemumiaan.

Sebatian ini dianalisis saintis yang ingin memahami resepi bahan pemumiaan budaya pra-Mesir Purba.

Pameran

Sebatian ini didapati mempunyai gula, damar pokok, ekstrak tumbuh-tumbuhan untuk mewangikan rangka dan bahan nyahkuman. Paling mengejutkan, Tamadun Mesir Purba (sistem firaun) sebenarnya mewarisi cara pemumiaan daripada budaya pra-Mesir Purba ini (Weisberger, 2018).

Sayang sekali takat itu saja saintis boleh gali daripada sebatian ini. Resepinya sekadar boleh faham sahaja… tidak boleh dibentuk semula, atas faktor 1) rangka terlalu lama dan 2) tiada catatan Mesir Purba.

Mumia Misteri ini berasal daripada zaman sebelum sistem tulisan. Jadi cara pemumiaan diajar secara praktikal dengan arahan berbentuk lisan.

Tetapi perkara ini menokhtahkan bahawa Tamadun Mesir Purba tidak mutlak seperti disangka. Kerak utama pada institusinya iaitu pemumiaan itu sendiri dipinjam daripada budaya pendahulunya.

Perkara ini membangkitkan banyak teori sebenarnya… mungkin ada satu agama tulen yang sudah ditahrifkan ketika sampai pada Mumia Misteri.

Meskipun terpisah selama 1,000 tahun, amalan pemumiaan masih sama dengan tatacara firaun. Ini yang menarik tentang sains: lagi digali, lagi banyak persoalan yang timbul.

RUJUKAN:

Studwick, H. (2006). The Encyclopedia of Ancient Egypt. Sterling Publishing. Halaman 106-107.

Weisberger, M. (2018, Ogos 16). This Ancient Mummy Is Older Than The Pharaohs. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply