Apabila kebanyakan orang memikirkan tentang mumia, gambaran stereotaip yang sering muncul pastinya budaya Mesir kuno, dan prosedur mumifikasi yang maju melangkaui zaman dengan tujuan untuk mewujudkan jambatan antara hidup dan ma-ti, yang menghasilkan pengawetan ma-yat.

Walaupun kebanyakan mumia yang ditemui hari ini adalah hasil produk dari proses ini, ada beberapa kejadian yang jarang berlaku di mana tubuh mumia bukanlah hasil dari proses pengawetan yang disengajakan, tetapi terhasil dari beberapa bentuk kaedah pemuliharaan secara semula jadi.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Pada tahun 2011, seorang pekerja baik pulih jalan di China menemui sekujur ja-sad wanita yang sangat terpulihara semenjak 700 tahun yang lalu iaitu seusia dengan zaman pemerintahan Dinasti Ming. Penemuan ini menimbulkan banyak pandangan mengenai gaya hidup masyarakat era Dinasti Ming, dan meninggalkan banyak persoalan.

Siapakah wanita ini?  Dan bagaimana ma-yatnya kekal terpulihara selama berabad-abad?

 

Pekerja baik pulih jalan menemui makam seorang wanita dari Dinasti Ming di China.

Penemuan mumia China itu amat mengejutkan. Di Taizhou, Provinsi Jiangsu yang terletak di Timur China, pekerja baik pulih jalan raya membersihkan laluan untuk memperluaskan jalan raya. Tugas ini melibatkan kerja-kerja penggalian beberapa kaki ke dalam tanah. Mereka menggali sedalam kira-kira enam kaki di bawah permukaan ketika mereka tersekat oleh satu objek yang besar dan padat.

Mereka dengan pantas menyedari bahawa itu mungkin penemuan yang luar biasa, jadi mereka menghubungi sekumpulan ahli arkeologi dari Muzium Taizhou untuk menggali kawasan tersebut.  Mereka akhirnya memutuskan bahawa objek ini sebenarnya merupakan sebuah makam, dan di dalamnya mereka menemui keranda berlapis tiga.

Cecair coklat meliputi mumia ini

Setelah membuka keranda utama, para ahli arkeologi melihat terdapat lapisan sutera dan kain linen, dilitupi dengan cecair berwarna coklat. Ketika mereka melihat di sebalik lapisan linen, mereka menemui ja-sad seorang wanita dalam keadaan yang menakjubkan. Ma-yatnya hampir utuh, dari tubuh badan, rambut, kulit, pakaian, hingga ke perhiasannya. Perincian seperti kening dan bulu matanya masih terpelihara dengan sempurna.

Penyelidik masih tidak dapat menentukan dengan pasti berapa usia tepat ja-sadnya. Wanita ini dipercayai hidup pada zaman Dinasti Ming, yang bermula pada tahun 1368 hingga 1644. Ini bermakna mumia wanita ini berpotensi mencapai usia sekitar 700 tahun jika dia hidup pada awal permulaan Dinasti.

Wanita ini mengenakan pakaian tradisional dari era Dinasti Ming, dan dilengkapi dengan beberapa jenis barang perhiasan, termasuk cincin hijau yang sangat cantik. Dari jenis barang perhiasan dan sutera halus yang membalutinya, dipercayai bahawa wanita ini berkemungkinan merupakan kelas masyarakat awam yang berstatus tinggi

Keranda itu juga mengandungi tulang temulang, bahan seramik, penulisan kuno dan beberapa peninggalan lain. Ahli-ahli arkeologi yang mengkaji keranda itu tidak pasti sama ada cecair coklat di dalam keranda itu digunakan dengan sengaja untuk mengawet ma-yat atau mungkinkah ia hanya sekadar air bawah tanah yang merembes masuk ke dalam keranda itu.

Walau bagaimanapun, sebilangan penyelidik telah mendakwa bahawa ma-yat ini mungkin terpulihara kerana dikebumikan di lingkungan persekitaran yang tepat. Sekiranya suhu dan tahap oksigen yang diperlukan dalam air itu tepat, bakteria tidak dapat membiak, dan pereputan dapat diperlahankan atau dihentikan.

Mumia Dinasti Ming ditemui dalam keadaan hampir sempurna.

Penemuan ini memberi para penyelidik gambaran yang lebih mendalam mengenai adat istiadat Dinasti Ming. Ia memiliki gambaran yang sangat jelas tentang cara pemakaian dan perhiasan yang dipakai rakyat ketika itu, serta beberapa peninggalan yang digunakan pada masa itu. Ini dapat menjawab banyak persoalan mengenai gaya hidup, tradisi, dan aktiviti harian orang-orang dari zaman Dinasti Ming.

Penemuan ini juga membuka banyak persoalan baru mengenai keadaan apa yang menyebabkan pengawetan ekstrim ja-sadnya selama beratus-ratus tahun. Ada juga persoalan tentang siapakah wanita ini, peranan apa yang dimainkannya dalam masyarakat, bagaimana dia meninggal, dan apakah ada mana-mana bahagian yang diawet dengan disengaja.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Oleh kerana sifat penemuan ini agak terpencil, kebanyakan dari segala persoalan ini tidak akan pernah menemui jawapannya, kerana sukar untuk memberikan jawapan seperti itu hanya dengan satu set ja-sad dalam bentuk mumia. Sekiranya penemuan serupa dilakukan di masa hadapan, ia mungkin memberikan maklumat yang diperlukan untuk menjawabnya, dan persoalan lain tentang wanita ini.– mumia yang tak disengajakam.

RUJUKAN:

The Accidental Mummy: the discovery of an impeccably preserved woman from the Ming Dynasty: https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/accidental-mummy-discovery-impeccably-preserved-woman-ming-dynasty-002202


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.