Hampir setiap hari kita akan dihidangkan dengan pempengaruh ataupun influencer yang berperangai pelik-pelik. Tidak kiralah di facebook, twitter, tiktok dan youtube sekalipun, golongan ini tetap wujud. Bila ditegur, terus melenting. Siap cakap lagi itu hanya sekadar konten untuk uji orang sekeliling. 

Jika diperhatikan, budaya influencer perangai pelik-pelik ni berasal daripada Barat. Dekat sana korang boleh tengok bermacam konten termasuk yang pelik-pelik. Mungkin kita tengok konten deme dapat sambutan, kita pun buat juga tanpa menyedari ia terkadang tidak sesuai uruf masyarakat. 

Disebalik segala keanehan dan perangai bukan-bukan sesetengah influencer, masih lagi wujud influencer yang berhati. Antaranya adalah Mr Beast. Mesti korang semua kenal sebab dia banyak kali viral seperti buat Squid Game dalam dunia sebenar. 

Siapa sebenarnya Mr Beast ni?

Mr Beast atau nama sebenarnya iaitu Jimmy Donaldson adalah seorang youtuber yang berasal daripada Amerika Syarikat. Dia bermula di youtube pada awal tahun 2012 ketika berumur 13 tahun. Pada masa tu, konten Mr Beast lebih fokus kepada mengira kekayaan youtuber lain.

Memasuki tahun 2018, video yang diupload oleh Mr Beast mulai viral sehingga mencecah ribuan tontonan dalam masa beberapa hari sahaja. Bermula di situ banyak video Mr Beast yang viral sehingga menjadi semakin popular. Macam biasa kalau nak bertahan, korang mesti keluar daripada zon selesa dan tidak terlalu bergantung kepada satu benda je. Sebab setiap benda ada had tempoh tertentu.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Mr Beast pun pelbagaikan kontennya kepada banyak perkara seperti main game dan react. Malah dia juga buka kedai jual burger. Kalau dia lahir dekat Malaysia, mungkin sekarang dia tengah tayang honda ketam second hand recon sambil cakap, “mana budak target, dah jadi CEO?”

Walau bagaimanapun berita baiknya adalah Mr Beast tak berperangai sedemikian rupa. Sebab apa yang dilakukan sangat mulia dan mungkin kita sendiri tak pernah terfikir nak buat.

Apa yang Mr Beast buat?

Dia telah bertekad untuk membantu 1000 orang hampir hilang penglihatan dan buta agar dapat melihat seperti biasa dengan cara pembedahan katarak. Kesemua individu yang dibantu ini memang dah putus harapan untuk sembuh sebab mereka kekurangan duit untuk merawat mata.

Bagi tujuan itu, Mr Beast telah meminta Jeff Levenson mengetuai program pembedahan katarak melibatkan 1000 orang buta. Ternyata Jeff Levenson juga turut berkongsi visi dengan Mr Beast. Sebab dia sendiri pernah menjalani pembedahan katarak. Setelah matanya betul-betul pulih, Jeff Levenson berasa sangat takjub kerana dapat melihat dunia dengan lebih jelas.

Jadi Jeff Levenson mahukan orang lain dapat merasai seperti nikmat yang dia dapat. Tapi 1000 orang yang cuba dipulihkan oleh Jeff Levenson hanyalah sebahagian kecil yang alami masalah buta dan hampir buta. Sebab ada lebih kurang 200 juta lagi insan yang mengalami masalah sama tetapi tidak miliki wang untuk cuba ubatinya.

Dalam pusingan pertama, 40 orang pesakit telah dipilih untuk menjalani pembedahan katarak. Paling menarik sekali adalah Jeff Levenson hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk melakukan semua pembedahan. Para pesakit pulak tidak menyangka ada orang yang sudi membantu mereka. Malah sanggup menawarkan rawatan secara percuma semata-mata mahu melihat mereka sembuh.

Apa yang dilakukan oleh Mr Beast ada diabadikan dekat saluran youtube dia. Kepada influencer dan youtuber di luar sana, sila contohi Mr Beast. Buat konten yang membina dan dapat membantu masyarakat. Bukan sekadar konten murahan yang bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Kena ingat tak semua daripada Barat tu buruk, mana yang baik tu kita boleh ambil jadi pedoman.

Rujukan

Sottile, Z. (2023, Januari 30). YouTube star MrBeast helps 1,000 blind people see again by sponsoring cataract surgeries. CTV News. Dipetik daripada https://www.ctvnews.ca/sci-tech/youtube-star-mrbeast-helps-1-000-blind-people-see-again-by-sponsoring-cataract-surgeries-1.6251398


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply