Isaac Herzog sudah bengang. Joe Biden juga agak bengang. Dan sekarang rakyat Israel juga bengang. Kerana mereka kena melayan seorang bangang yang buat kerja secara membabi buta asalkan matlamat tercapai. Itulah masalah apabila Benjamin Netanyahu dapat kuasa. It’s my way or the highway. Apa yang dah jadi?
Pertama sekali, biar saya cerita sikit pasal Isaac Herzog. Beliau adalah Presiden Israel, jawatan head of state yang sedikit rendah kalau banding dengan Presiden Rusia. Di Israel, kuasa eksekutif ada dalam tangan Perdana Menteri. Di Rusia, kuasa pengurusan saja ada dalam tangan Perdana Menteri (eksekutif masih dalam tangan Presiden Rusia).
Nak faham pasal head of state dan head of government ni semua, saya cadangkan korang baca POLITIK UNTUK PEMULA. Link: https://bit.ly/3frB0C5
Pertembungan antara Biden-Trump ni dikatakan ‘political decay’ yang dah kronik kat Amerika. Kalau korang nak faham pasal istilah ni yang sedang berlaku di banyak negara, jemput baca POLITIK UNTUK PEMULA. Link: https://bit.ly/3frB0C5
Herzog adalah seorang figura disegani ramai kerana ayahandanya adalah Major-Jeneral Chaim Herzog yang bertempur dengan Transjordan di Latrun. Chaim bersara selepas Israel menang dalam Perang 1948 dan menjadi peguam sebelum masuk politik dan menjadi Presiden Israel Keenam.
Isaac Herzog (Amos Ben Gershom/CC BY SA 3.0.)
Ya. Keluarga Herzog sudah ada dua presiden – Chaim dan anaknya Isaac. Ni Netanyahu dah kembali berkuasa, barulah Isaac faham betapa jawatan ini adalah bala sangat besar. Beliau sudah memberi amaran: “Israel berada pada ambang keruntuhan perlembagaan” (Shotter, 2023).
Masalah Besar Di Sebalik Kegilaan Pemimpin
Benjamin Netanyahu mempunyai banyak masalah sebenarnya. Parti beliau gagal memperolehi majoriti dalam pilihan raya yang lalu. Jadi beliau kena berpakat dengan “anjing, dubuk dan serigala” untuk membentuk majoriti. Setelah mencapai matlamat, apa bahananya? Kena cakarlah – apa lagi.
Masalah sebenar adalah berkaitan dengan bidangkuasa kehakiman (judiciary system). Netanyahu dari dulu lagi sangat membenci bidangkuasa ini kerana beliau ada kes mahkamah (Tal, 2020). Dah ada kes mahkamah, tiada parti ingin bekerjasama dengan parti beliau. Sebab itu beliau jatuh demikian hari, diganti Naftali Bennett dan kemudian Yair Lapid.
Tapi Bennett-Lapid mengambil Mansour Abbas sebagai “parti komponen kerajaan”. Benda ni ramai geng Ortodoks benci gila, sebab Lapid dianggap mengkhianati bangsa. Maka mereka bersatu di belakang “parti-parti Yahudi” yang memilih Netanyahu jadi Perdana Menteri balik.
Jadi satu masalah sudah selesai. Namun timbul masalah baru: Aryeh Deri.
Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
Siapa Aryeh Deri ni? Deri ni pemimpin tertinggi parti Shas. Dalam politik Israel, parti Shas ni parti agama Judaisme. Memang jenis kalau bentuk kerajaan sendiri, nak buat “negara Judaisme”. Hari tu jer puak mereka dah cakap pengundi parti lain ni akan masuk neraka kerana tak pilih mereka. Kira boleh kata kaki penunggang agamalah parti Shas ni.
Netanyahu tak suka pun kat mereka ni. Terpaksa bekerjasama kerana parti lain tak nak Netanyahu. Sebab apa taknak? Sebab dia ada kes mahkamah. Ni sekarang kira Netanyahu dah berjaya bentuk kerajaan lepas berpakat dengan parti-parti Judaisme macam Shas, Tkuma, Gimel dan sebagainya.
Jadi apa masalahnya?
Aryeh Deri. Dia masalah sekarang.
Aryeh Deri (Sokuya/CC BY SA – 3.0.)
Netanyahu nak jawatan Perdana Menteri. Deri boleh sokong benda ni… asalkan Deri dapat jawatan Naib Perdana Menteri (kira jawatan sedikit rendah di bawah Timbalan Perdana Menteri), Menteri Kesihatan dan Menteri Dalam Negeri.
Tiga jawatan dia tapau terus. Kira tak melampau kalau cakap Deri ni “the most powerful man in Israel”. Kau pegang Menteri Dalam Negeri tu kira dah power gila-gila dah. Israel memang terkenal dengan politik bahagian.
Dulu Netanyahu pegang Menteri Kewangan bawah Ariel Sharon. Segala dasar ekonomi semua Netanyahu buat. Sharon jaga tentera jer. Kira walaupun Perdana Menteri Sharon, pelaksana kerajaan semua tu Netanyahu yang buat.
Semua nampak okay asalnya. Tiba-tiba Mahkamah Agung Israel keluarkan arahan suruh Deri dipecat. Kenapa? Kerana Deri tak layak jadi menteri atas sebab didapati bersalah dalam kes mahkamah.
Deri tak bayar cukai dengan betul. Dia mengaku bersalah tapi tak masuk penjara. Kira kena probation.
Maka atas sebab tu, dia TAK LAYAK pegang sebarang jawatan kementerian. SUDAH. Nak suruh Deri undur memang mustahil. Deri siap cakap, “kalau korang tutup pintu kat kami, kami akan masuk melalui tingkap. Kalau korang tutup tingkap, kami akan tebuk atap!”
Jadi nak taknak, Netanyahu ibaratkan mengisytihar perang terhadap mahkamah Israel (Gold, 2023). Demi dirinya. Demi Derinya. Atas sebab ini, 100,000+ rakyat Israel turun membantah di Jerusalem. Buat julung kalinya, bendera Israel dan bendera Palestin berkibar sebelah-sebelah!
Gambar bendera bersebelah banyak copyrighted. (Oren Rozen/CC BY SA 4.0.)
Bendera Israel berkibar nak tunjuk rakyat sayang negara mereka. Bendera Palestin berkibar nak hina puak-puak Ortodoks yang sangat membenci umat Islam dan Palestin. Sebab apa nak hina? Sebab warga-warga Yahudi yang membantah ni nak kerajaan Netanyahu bertindak kasar. Dan umpan nampaknya terkena. Kerana Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben Gvir sudah keluarkan arahan suruh polis turunkan bendera Palestin (Gotkine, 2023).
Netanyahu takkan dengar cakap siapa dah. Presiden sendiri dia buat pekak. Presiden Amerika dia ibaratkan bagi jari tengah. Demokrasi tergadai tidak mengapa – asalkan dirinya kukuh.
Inilah sebab kenapa kami jual buku KITAB TAMADUN YAHUDI. Nak tunjuk kat korang yang “mereka semua bersatu” adalah mitos. Jom beli dibit.ly/kitabtamadunyahudi
Korang kalau berminat nak tahu lagi mendalam pasal Yahudi, jemput baca KITAB TAMADUN YAHUDI. Link: bit.ly/kitabtamadunyahudi
RUJUKAN:
Gold, H. (2023, Januari 20). Israel’s democracy on the brink amid supreme court showdown with Netanyahu. CNN.
Gotkine, E. (2023, Januari 9). Israel’s Ben Gvir orders police to take down Palestinian flags, testing limits of his authority. CNN.
Shotter, J. (2023, Februari 13). Israel on brink of ‘constitutional collapse’, president warns. Financial Times.
Tal, A. (2020, Mei 24). Netanyahu defiant as he arrives for start of trial. CNN.




No comments yet